Tahniah buat semua tentera KDBM UPSI atas kejayaan anda terpilih untuk mewakili armada perang UPSI di pertandingan Debat IKIM & ASTAR.......
(Ahli Lembaga Mesyuarat Tingkap)
Kita Adalah Pejuang....
Kepingin Mahkota Kejuaraan.....
Buat Langkah Permulaan.....
Moga Makbul Doaku Tuhan......
Mahkota Kejuaraan Segak Ditangan.....
Kasihanlah Adeeq-Adeeqku Sekalian.....
Bersungguh Siang Dan Malam....
Mentelaah, Mengkaji Di Perpustakaan.....
Ada Terlentok Ada Terlentang.....
Demi KDBM Tersayang.....
Kerna Semangat Pejuang.....
Adeeq-Adeeq Tanpa Malu Dan Segan....
Mintak Pinjam Meja Bang!
Kami Nak Siapkan Konsep Dan Bahan.....
Alhamdulillah Hasrat Diperkenan....
Berbekal Keropok Dan Minuman....
Bersaksikan Kabus Ala2 Cameron Hihgland....
Rancaknya Adeeq-Adeeq Berbincang.....
Gigihnya Durank Walaupun Ada Menguap Panjang....
Termasuklah Presiden Terhoyong Hayang....
Katanya Tido Kene Cukup Jam.....
Kalau Tak Rasa Nak Pitam.....
Cik Nad-Cik Nad Macam-Macam......
Katanya Utamakan Kesihatan....
Nanti Cepat Ketemu Tuhan.....
Pepoon Aku Bangga Ngan Korank....
Buat Para Pejuang......
Teruskan Perjuangan.....
Insyaallah Beroleh Kejayaan....
Yakinilah Kemampuan....
Kuatkan Persefahaman....
Itulah Rahsia Kejayaan Berpasukan....
Akhirul Kalam....
Tq Buat Semua Adeeq Beradeeq KDBM....
Khususnya Kepada Siapa Yang Berikan Bantuan.....
Tak Kira Pagi Tak Kira Malam.....
Ikhlas Dariku Makaseh Yea Teman-Teman....
Membantu Tanpa Imbuhan.....
Insyaallah Allah Sediakan Ganjaran.....
(Teruskan Senyum Geng......Jangan Termenung Memanjang.....Kalah Menang Adat Pertandingan.....Perr Yang Penting Kita Kompidem!!!.....Gambar Sekadar Hiasan....Ngeh3...)
Good Luck Team IKIM & ASTAR UM!!!!!
Direwang Oleh: Tokey Pau Yik Mun!!!!

RUMAH 2-7-11-Presiden Kelab Debat Bahasa Melayu UPSI (KDBM UPSI), Cik Nurul Nadia Binti Ahmad Nazaray telah mengesahkan spekulasi pembelian bas rasmi Kelab Debat Bahasa Melayu UPSI.
Baru-baru ini tersebar khabar angin bahawa Majlis Tertinggi Kelab Debat Bahasa Melayu UPSI telah mendesak Presiden untuk membeli sebuah bas rasmi bagi mengatasi masalah pengangkutan untuk menjayakan sesuatu program kelab ataupun membawa penyokong yang ramai ke mana-mana pertandingan debat intervarsiti Malaysia.
Perkara ini mula mendapat perhatian serius dalam barisan kepimpinan kelab setelah mereka tercabar dengan andaian sesetengah pihak bahawa KDBM UPSI tidak ada duit. Lebih-lebih lagi saingan terdekat KDBM iaitu PERMAS juga diura-urakan akan membeli sebuah bas rasmi. Kejayaan membeli bas rasmi ini dianggap kejayaan secara tidak langsung KDBM terhadap PERMAS.
Keseluruhan kos pembelian bas rasmi ini ditampung melalui dana khas hasil kejayaan pasukan berani mati KDBM menjayakan projek cat pondok bas di Universiti Oxford baru-baru ini. Presiden KDBM juga secara peribadi telah mendermakan keseluruhan wang PTPTNnya untuk menampung kos pembelian bas rasmi ini. Sebagai mengenang jasanya, ahli kelab telah bersetuju untuk menjadikan poster Presiden sebagai penghias dinding bas.
“Saya terharu dan berasa seperti terpinga-pinga ahli kelab sudi meletakkan poster saya di dinding bas, saya harap dengan kejayaan membeli bas ini KDBM akan terus maju tanpa sebarang kontroversi lagi,” kata Ahli Parlimen Taman Bahtera Terez, Nurul Nadia Binti Ahmad Nazaray.
Sementara itu, Setiausaha KDBM mengumumkan seekor kambing akan disembelih bagi meraikan kejayaan KDBM membeli bas rasmi ini. Urusan masak-memasak ini akan ditaja sepenuhnya oleh syarikat catering terkemuka negara iaitu Rasmini & Adnan Attijarah wal Abuyyah Katering. Malam gilang gemilang itu juga turut mendapat liputan rasmi daripada BBC dan akan disiarkan keseluruh pekan Tanjong Malim sahaja.
"Insyaallah saya dan adnan akan menjamu hadirin nanti dengan menu terbaik kami iaitu cengkodok bawang bertatahkan sos cili cap jalil," kata CEO Rasmini & Adnan Attijarah wal Abuyyah Katering, Rasmini Nurung.
Tambah menggempakkan, pemilik butik tersohot tanah air iaitu ADIE THE MAKE-UP ARTIST turut menyumbang dengan tajaan solekan percuma. Pengarah Urusannya, Are-Peez menyatakan hadirin lelaki akan ditaja dengan persalinan kain batik dan baju kebaya, manakala hadirin perempuan pula akan memakai persalinan baju jaket dipadankan dengan kain pelikat.
“Inilah antara gimik dan kelainan yang ingin kami terapkan dalam majlis meraikan pembelian bas rasmi KDBM ini,” kata saudara Are-Peez.
(Vokalis Kumpulan Ya Budu!)
Malam gilang gemilang itu juga akan diserikan dengan nyanyian dikir barat oleh kumpulan dikir terkenal, Ya Budu! yang dianggotai Abu Handhalah, Noraini, Ain, Zurun Jazlin, Suehana, Wan Kedah dan Aqwal. Menurut pengelola majlis, antara gimik pembukaan majlis nanti ialah tarian ballet yang akan dijayakan oleh Pa-Weez dan Noo-Waaz.-Berita Bae (BERBAE)
KENAPA?
1) Kenapa perlu bercakap berasap berapi berdegar-degar kalau dah ada mikrofon yg sensitif bunyi di depan? (Aku jawab: perasan tak sound speaker tu tak mengadap ke muker die…so, dorang dengar tak samer cam kita dengar…..ngeh3…)
Mahu audience pekak kah? (Aku jawab: sebab cuping telinga dier mengadap belakang speaker) Kamu ingat dengan bercakap begitu, orang akan mempercayai kamu? (Aku jawab: sebab tu dorang cakap berapi-api dan bingit kasik orang tak dapat dengar ngan clear per dorang propa….) Setakat cakap berapi-api tidak membuktikan apa-apa. (Aku jawab: eh tak….membuktikan suara dier leh kalahkan jenna jin per….sumer kening jer tak terangkat) Harusnya kamu tenang, tarik nafas, cakap dengan lantang (bukan menjerit!) (Aku jawab: ala…time nak branak pon….doktor suh tenang, tarik nafas, push slow-slow….tapi menjerit jugak….lebih kurang gini….hupp!!!.....iiiiieeeee ayayayayyaya…….then….kuweeek2…baby nangis….kan2???...). dan bercakap benar, bukan memperkatakan sesuatu yg membolehkan orang tidak hormat kamu. (Aku jawab: cakap benar pon orang tak hormat kiter gak….kener AUKU lagi…..hmmm…)
2) Kenapa perlu melemahkan orang lain untuk memperlihatkan kekuatan sendiri? (Aku jawab: jungle of law deeq….saper kuat kiter gusyuk buntutnyer…..saper lemah kiter tending buntutnyer……idea made by: Niccolo Machiavelli ) Kamu ini memang kelakar! Kalau beginilah cara kamu, tak ada orang akan mempercayai kamu. (Aku jawab: eh ader…..mengikut kajian bro….yang kalah tu kebanyakannyer bersuara lemah lembut dan bercakap dalam mood mamai atau mabuk…..iysshh….leh caya ker ni??...) Jangan memperlekehkan org lain, kelak kamu pula akan diperlekeh. BEWARE! (Aku jawab: besela deeq….matlamat menghalalkan cara….wah gitu!!!!...eh silap ain marah….wah gini!!!!....)
3) Kenapa kamu kata org tidak hormat kamu sedangkan kamu sendiri tidak hormat org?
(Aku jawab: aah kan…..regular jer ayat ni….tapi kan….ader part kiter perlu hormat….ader part kiter perlu lantang….opppsss….AUKU….) Orang mcm kamu inilah yg akan membuatkan dunia kucar-kacir dan kacau bilau. (Aku jawab: setiap bender ader pro and kontra…..setiap orang ader perspektif berbeda…..setiap orang bercitarasa berbeda…..kalau tak….satu dunia berebutkan cik no-waaz tau….terkedu cik-Paa….banyak saingan….marah kesatuan bini dunia…..lakinyer berebutkan cik nowaaz……marah kesatuan andartu dunia……xdek laki mo taween….coz sumer menunggu cik no-waaz sorang jerk…..kan2???...) Sepatutnya kamu hormat org lain jika mahu diri kamu dihormati, ada faham? (Aku jawab: paham-paham…..kadang-kadang mudah kita menuntut orang hormat dan tak biadap dengan kiter….tapi kiter jugerk tidak mengaplikasikannyer….)
3) Kenapa perlu bersikap angkuh dan bercakap besar? (Aku jawab: sebab bercakap tak payah deeq….nak buet tu yang payah deeq…..bro akan belikan satu bas khas untuk KDBM UPSI…dinding bas bro akan catkan muker cik Nad Miss press kiter.....mudah kan??...hwah3…) Sah-sahlah org tak akan respect kamu secara automatik (ini bukan pembuktian automatik tp berdasarkan analisis lengkap) memandangkan sikap kamu yg jelek! (Aku jawab: ni mesti baca buku Aini nih…wah….da pandai da wat penaakulan mantiq ea……ha3) Kamu ingat dengan bercakap besar akan membuatkan org percaya akan kamu? Jangan harap! (Aku jawab: betoi2....tapi jangan bidas camni erk time IKIM nanti....ngeh3) Sila cepat-cepat sedar diri sebelum anda mati disambar petir. (Aku jawab: isyyhh….dahsyat tu….nauzulillah minzalik…)
P/S: Memilih ialah satu kewajipan. Memilih dengan bijak pula satu kemestian. Jika tersalah pilih, salahkan diri kamu sendiri. Nilai dengan mata hati, bukan dengan lutut dan kaki. (Aku jawab: ha….dengaq tu cik-Paa….eh2 tersebut pulak dah….aah betoi2…..moga MPP yang dah terpilih ini akan memacu perubahan dan menunaikan segala cakap besaq anda semasa berkempen baru-baru ini…..buktikan kepada cik Noo-waaz bahwa kamoo semua tidak bercakap besaq……ingat yee…..)
Diciplak oleh: Tukang Ketuk Meja!!!












.jpg)

