Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]

Seorang anak muda, dalam perkiraanku dia lebih muda dariku….dalam wajah mudanya yang diusik keluh kesah menuju ke arah aku. Tepat aku melihatnya, dia terus bertanya,

“Bang masuk internetkah?” Tanpa fikir untuk meneka itu ini, aku terus jawab, ” Ya.” Dia melihat aku dalam anak matanya yang lebih tajam, lantas menyoal lagi, ” Abang pasti melihat gambar - gambar lucahkan?”Aku tersentak. Darah seperti dibuka kepala paipnya untuk segera menerjah ke muka. Gelabah adalah penyakit aku masa kecil....

Aku tarik nafas, agar darah panas itu menyejuk sedikit. Angin lawan api. Aku hembus balik. Air lawan api. Bila selesa sedikit, aku lantas jawab, ” Apsal!” Anak muda itu seperti terkejut. Tandanya kelihatan pada matanya yang membulat dan keningnya sedikit terangkat. Mulutnya memacul kalimat, ”saje tanya bang...” Aku melihatnya. Kemudian aku melihatnya lagi. Bila aku rasa telah menguasainya, aku memegang bahunya. Tidak, aku menyentuhnya saja hanya untuk dia merasakan kehadiran aku di hadapannya, lalu dia memberi perhatian kedua selepas dia menguasai yang pertama.
Aku berkata, ” Dik...ko takde adab!” Anak muda itu tersentak. Kepalanya mundur ke belakang, tidak tubuhnya.

Dia yang telah aku ikat itu bagai tergamam dan ketakutan. “Kenapa bang?” Ah, aku tahu dia cukup menghormati aku. Anak muda ini cukup beradab, cuma sedikit mentah. Budak - budak, getus hati aku di sambar ego. Begitulah manusia bila telah menang. Ego tak sudah - sudah. Aku menarik tangannya sambil mendorongnya duduk. Betul - betul menghadap aku. ” Mari aku ajarkan....” Selepas dia kembali selesa dengan aku sebagai temannya, manusia senior padanya, aku mulakan.

“Apa ko dapat jika aku jawab, ya atau aku jawab tidak tadi?”

” Sejak bila ko diajar untuk bertanya dosa orang lain?”

” Jika ko rasa malu membuka pekung di dada sendiri, tidakkah aib dan salah ko meminta orang lain membuka pekung mereka juga?”

Aku lalu mengajarnya bagaimana menanggung beban dosa dan maksiat, seperti diceritakan oleh ustazah wahibah twahir dalam kelas Tasawwur Islam...Setiap kita melakukan dosa. Dosa daripada perlakuan maksiat dan munkar yang bermacam - macam. Dosa dari hati yang lalai, lidah yang menjarah, panca indera yang melanggar dan merempit, bahkan sikap dan akhlak kita yang jengkil. Kita berdosa kerana kita adalah manusia. Setiap manusia mesti berdosa. Jika tidak kerana dimaksumkan oleh Allah, para anbiya’ juga berdosa. Mereka juga manusia.

Tetapi dosa adalah penyakit yang menyerang manusia. Kerananya manusia menjadi lemah dan mati. Ia mesti dibuang sesegeranya sebelum ia menjalar dan merebak lalu mencetus penyakit yang lebih parah. Ia kuman yang sesetengahnya boleh membunuh.
Dosa juga adalah keaiban dan kehinaan. Ia mesti ditutup. Ia mesti tidak didedahkan. Apabila ia terdedah atau didedahkan, ia akan merendahkan kedudukan tuannya di mata manusia yang beriman, apatah di mata manusia yang berpenyakit yang seronok penyakitnya menjangkiti orang lain pula. Dia mungkin kehilangan kepercayaan orang lain kepadanya.

Kerana itu dosa mestilah dijauhi dan dielakkan. Jika berlaku dosa, ia mesti dibuang sesegeranya. Jika ada dosa, ia mesti ditutup dan disembunyikan daripada pandangan manusia seluruhnya. Jauhilah dosa dengan sifat taqwa. Hilangkanlah dosa dengan taubat. Sembunyikanlah dosa dengan penutup. Maka tanamkanlah dan bajailah sifat taqwa, nescaya kita tidak mudah berdosa kerana taqwa mendorong kita membenci dosa dan menyukai ketaatan. Segeralah bertaubat dan beristigfar. Ia bagai angin kuat yang menggugurkan dedaun kering dari rantingnya. Ia lalu memucukkan daunan yang lebih segar dan menghijau.

Tutuplah dosa diri dengan tidak melakukannya secara terang - terangan dan bisukanlah lidahmu daripada menceritakan dosa dan aib yang engkau lakukan secara sendirian.
Bersyukurlah kerana dikurniakan taqwa yang terlalu didamba orang beriman. Bersyukurlah kerana dimudahkan bertaubat daripada dosa yang mengeraskan hati dan jiwa. Bersyukurlah kerana disembunyikan dosa diri daripada pengetahuan manusia.
Besarnya kasih sayang Allah kepada kita kerana betapa banyaknya dosa kita ditutupNya daripada penglihatan manusia.

Bodohnya kita apabila mendedahkan dosa dan aib yang telah ditutupi Allah kepada manusia. Apabila Allah ingin menghukum hambanya di dunia, didedahkan keaibannya dan perlakuan jahatnya kepada seluruh manusia, lalu runtuhlah segala maruah diri yang dibina. Murkanya Allah pada manusia yang membuka aibnya sendiri selepas ditutupiNya.
Tidak sama dosa terang - terangan dengan dosa yang dilakukan secara sembunyi.
Begitulah aku menyudahi tazkirah khas pada anak muda itu. Dia khusyu’ sekali mendengarnya. Mungkin melebihi aku sendiri.

Dia bangun sambil mengucap terima kasih. Aku senyum dan berkata, “Aku juga berterima kasih kat ko.” Dia berkata, ” Kenapa bang?”
Aku menjawab, ” Kerana soalan ko tadi mengajar aku betapa besarNya limpah kasih Allah pada kita semua.”

Betullah kata - kata ulama, jikalah dosa itu berbau, nescaya ku tak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhku dikesani orang kerana dosa - dosaku…dosa....bagaimana untuk aku menghindarinya....tanya hati....tanya jiwa....tanya akal.....tanya niat....dimana titik permulaan untuk aku jejaki buat penghapusan dan kifarah dosa-dosaku???.....

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz