Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]

Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan. Kebebasan bersuara bukan sahaja bermaksud kebebasan bersuara secara percakapan verbal, tetapi termasuklah kebebasan untuk mencari, menerima dan menyebarkan maklumat atau idea, tanpa mengira medium yang digunakan. Di akhirnya, kebebasan bersuara tidak boleh diasingkan dengan konsep kebebasan berfikir, menilai dan membuat pilihan.

Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR). ICCPR mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai "hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan. Kesemua manusia akan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat".

Di samping itu, kebebasan bersuara diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia Eropah, benua-benua Amerika, dan Afrika. Kebebasan bersuara dan menyuarakan pendapat mempunyai sejarah panjang sebelum instrumen hak asasi manusia antarabangsa ini diperkenalkan. Dalam etika Islam kebebasan bersuara mula diistiharkan dalam khulafah A-Rashidun iaitu oleh Kalifah Umar pada abad ke-7.

Hakikatnya, hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di mana-mana negara dan hak ini lazimnya dihadkan. Dalam tempo ini, sering saja hak ini dicabul dengan pelbagai cara dan helah untuk kepentingan pihak tertentu. Bagi melindungi pencabulan tersebut, pelbagai alasan dan omongan diwujudkan demi mengaburi pandangan khalayak daripada menyedari mahupun mengekang tindak balas ataupun tuntutan untuk mendapatkan hak ini.

Lazimnya, kaedah seperti memanipulasi medium kebebasan bersuara, gerakan propaganda dan permainan sentimen sering saja diadaptasi oleh pihak berkepentingan demi mengaburi pandangan umum daripada menggunakan hak ini. Evelyn Beatrice Hall telah mengutarakan satu peribahasa mengenai kebebasan bersuara:

"Saya membangkang apa yang anda katakan, tetapi saya pertahan sampai mati hak anda untuk mengatakannya. (I disapprove of what you say, but I will defend to the death your right to say it)"

Berdasarkan peribahasa tersebut, kita boleh membuat satu kesimpulan mudah. Dalam hidup, sudah tentu perbezaan pendapat akan wujud. Namun, sekalipun kita tidak bersetuju dengan sesuatu pihak, kita tidak boleh mengekang mahupun menutup hak mereka untuk menyatakan pendapat, idea, prinsip dan pilihan hatinya.

Setiap manusia dijamin akan haknya untuk membuat pilihan dan menurut kata hatinya. Kita tidak boleh mengekang mahupun menyekat hak ini. Sekiranya hak ini disekat, sudah semestinya tindakan balas atas nama penindasan dan keadilan akan meletus. Sering saja tidakan balas ini tidak menguntungkan sesiapa. Baik pihak ditindas mahupun menindas.

Lihat saja Demonstrasi jalanan bagi menyerahkan memorandum memansuhkan ISA di ibu kota baru-baru ini. Abstraknya, kebebasan berhimpun untuk menyatakan pendirian, idea, prinsip dan pilihan hatinya termasuk juga dalam kategori kebebasan bersuara. Walaupun demonstrasi ini dikutuk oleh pihak yang tidak menyetujuinya, hakikatnya sub kebebasan bersuara ini tidak boleh dinafikan.

Mudahnya, demonstrasi ini timbul akibat daripada pencabulan dan sekatan keatas kebebasan bersuara. Kita perlu menerima hakikat, kebebasan media di negara kita masih meragukan. Contoh jelas, perhatikan liputan berita-berita di media elektronik. Fikirkan dengan logik, benarkah kita menjunjung prinsip hak kebebasan bersuara dalam liputan media massa?. Liputan yang dipenuhi oleh unsur-unsur propaganda, bodek dan permainan sentimen merupakan petanda utuh untuk menggambarkan sekatan kebebasan bersuara.

Di satu pihak, ruang untuk menyerang musuhnya dibuka selebar-lebarnya sedang dipihak lain ruang itu ditutup serapat-rapatnya demi kepentingan perutisme pihak berkepentingan. Bahkan, pihak yang tidak digemari akan dolendeh dan ditelanjangkan bulat-bulat sehingga tiada langsung ruang untuk bernafas dan menjawab serangan yang dilemparkan. Demikianlah gambaran kebebasan bersuara dinegara kita berkaitan pergolakan politik semasa.

Jika kita buka kelopak mata buat pemandangan di seantero dunia, terdapat banyak lagi insiden-insiden yang meruntuhkan ketamadunan manusia hanya kerana manusia ingin bertindak balas dan membalas dendam akibat daripada pencabulan dan sekatan keatas kebebasan bersuara.

Contohnya, pada tahun 1989 tentera negara China membunuh secara kejam ramai anggota penunjuk perasaan yang menuntuk hak asasi dan demokrasi di Tian'anmen yang dipanggil Gerakan Demokrasi 4hb Mei. Kebanyakan anggota penunjuk perasaan ini merupakan pelajar, dan orang awam juga dikatakan terbunuh dalam kejadian 'massacre' ini. Akibatnya, dunia mengutuk keras tindakan keras kerajaan CPP ini dan meletakkan sekatan ekonomi terhadap kerajaan ini.

Berbalik dalam ruangan persekitaran kita. Bermula daripada aspek komunikasi melibatkan dua orang manusia(suami-isteri, pakwe-makwe, adik-beradik, teman-teman) sehinggalah dalam ruang lingkup komuniti setempat. Kebebasan bersuara sering saja dipandang mudah dan tidak diangkat sebagai tunjang dalam budaya kehidupan kita.

Kita perlu menerima hakikat, kadangkala kita merasakan hak kita wajib untuk didengar dan diikuti oleh orang lain. Namun, sering saja kita terlupa kadangkala kita sudah terperangkap dalam situasi yang tidak mesra kepada kebebasan bersuara. Selalunya amat mudah untuk kita menghukum orang ini begini-begini dek kerana tidak bersetuju ataupun sekepala dengan kita, sedang hakikatnya kita tidak pernah mahu mendalami dan memahami pendapat, idea, prinsip dan pilihan hatinya.

Contoh mudah, pagi tadi aku sempat membelek akhbar Harian Metro. Tertarik aku untuk mengaitkan isu ini dengan topik kebebasan bersuara.

Isunya, seorang isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Su, telah mendakwa suaminya iaitu Khairulhisham Abdul Khalid atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap isteri hingga cedera dan sengaja melakukan hubungan seks serta aktiviti seksual tidak diingini pasangan dengan meliwatnya.

Si isteri telah merintih dan meminta untuk didengar perasaan dan luahan hatinya akibat daripada sifat kebinatangan si suami. Hampir 9 tahun haknya berkaitan kebebasan bersuara dan kebebasan mendapatkan pilihan hati telah dinafikan oleh si suami. Hasilnya, si suami telah dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan.

Konklusinya,
Bukanlah aku ingin mencadangkan bahawa tiada sebarang sekatan mahupun halangan perlu diambil atas segala ketidakpuasan hati ataupun semua pihak perlu dilayan dan dipenuhi tuntutan hatinya. Namun, aku melihat ketidakpuasan hati boleh diselesaikan secara baik, aman dan damai sekiranya kita menghormati dan cuba memahami hak, pendapat, idea, prinsip dan pilihan hati antara kita.

Kita perlu mengangkat nilai-nilai demokrasi dalam pengamalan kehidupan harian kita. Toleransi, muafakat, musyawarah dan istiqamah perlulah kita angkat untuk kita jadikan teras dalam pelayaran kehidupan bersama. Pencabulan untuk semua ini tidak akan mendatangkan manfaat mahupun kebaikan untuk kita bersama. Percayalah! Semua ini bisa menghancurkan bahtera yang kita bina bersama.....

Salam penyuburan demokrasi buat semua.....


Qoululhaq....walauka namurra,....
(berkatalah benar...walaupun ianya pahit)
sabda nabi S.A.W

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz