Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 4 comments
]

Respon untuk entry Sg. Samak vs RTM cukup memuaskan hati aku….hu3….nampaknya sudah ada yang keluarkan luahan hati berasaskan hakikat sebenar. Inilah penyakit manusia, hipokrit. Keras bunyinya….manusia sebegini akan menzahirkan pendirian dan lahiriyah sebenar apabila diprovokasi ataupun di hentam bertubi-tubi. Bukanlah sesuatu yang asing ataupun pelik bila kita mendengar, mak nyah lari mengalahkan Usain Bolt bila dikejar polis….ha3…memang sinis bunyinya, namun itulah hakikat.

Bila bercakap soal hipokrit, setiap manusia tidak boleh lari daripada sifat ini. Namun, lambang untuk kita mengelakkan diri daripada bersikap hipokrit adalah jujur, berterus terang dan luahkan pendapat/perasaan anda secara berdepan. Namun, kaedah ini selalunya sukar untuk dilakukan dan sukar juga untuk diperlakukan. Hakikatnya, inilah cara terbaik untuk kita lari daripada sifat hipokrit....

Kaedah terbaik untuk menterjemahkan isi hati manusia sebegini adalah melalui provokasi ataupun serangan tersirat/tersurat...maka akan berdentumlah dan terpekiklah suara hati yang tersembunyi dibalik senyum manis/sinis....umpama kisah mak nyah tadi, bila ada provokasi oleh polis....maka sifat kejantanannya akan keluar...hu3....

Tertarik aku dengan ayat terakhir dalam entry seorang junior aku. Mungkin dia bukan junior kepada aku dalam perspektifnya. Tidak kisahlah, itu bukan isu penting untuk dibahaskan. Katanya,

"ni bukan anjuran kelab debat tapi under hep... so x perlu nak pertikaikan sape yg pegi n yg x pegi... kenapa kami pergi?? kerana kami free...kalo x free kami xkan pegi ok... so x perlu untuk mengungkit dan mebangkit.... sebelum tu cermin diri sendiri... da..."


Mungkin tafsiran aku berbeda dengan maksud sebenar yang ingin disampaikan. Namun, tetap jua aku merasakan ayat/respon ini ada kaitan dengan tulisan aku di bawah. Tak kisahlah, itu pendapat anda. Namun, seingat aku....saat aku menjemput junior ini untuk sama-sama berbincang, aku terima sms darinya...”Bae...aku lewat sikit, makan jap....ape2 keputusan...aku sokong..” kemudian, sewaktu di Sg. Samak, cik Mini ada maklumkan kepada aku...katanya...” si junior ini mau kemari....kononnya ramai ’kawan-kawannya’ ikut serta....kemudian, terdengar juga perkhabaran majlis di Sg. Samak mahal/berbayar...erm...satu situasi bz...satu lagi boleh juga menjengah kesana.....mana satu ni bro?>..hu3.....Sibuk adalah suatu alasan yang rutin untuk digetarkan oleh bibir....hakikatnya, semua manusia diatas muka bumi ini sibuk...kecuali....penganggur....hu3.....mungkin aku terlupa untuk menyatakan aku juga sibuk....konklusinyer....aku akan terus sibuk & terus sibuk selepas ini....hueh2...

Inilah yang aku katakan hipokrit. Maaf sekiranya terkasar, namun inilah hakikat....disamping itu, wujud juga suara-suara ghaib isu bayar dan free menjadi alasan kukuh ataupun sandaran maksum untuk tidak turut serta dalam sesuatu program. Timbul persoalan di benak aku....berapa banyak program pelajar tanpa penaja yang bersifat free/murah?....satu perkara yang menarik, beberapa bulan lepas...kelab telah melakukan satu ’percutian’ di Teluk Batik...kosnya berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan Sg. Samak...RM 100.00 VS RM 15.00...aku tak tau jika ada yang berpendapat kosnya tidak jauh berbeza...nak kata pengisian di Teluk Batik bermanfaat dan terlalu menarik...aku kira terlalu dangkal untuk berkata sedemikian....namun, tidak ada masalah untuk turut serta/mengeluarkan wang saku untuk ke sana...

Paling hampir....dua tiga minggu lepas, junior ini pernah juga menyertai program di UITM Shah Alam....asalnya kos RM 30.00....sebelum bertukar free....ya! program ini memang vouge, prestij, mahsyur.....masuk tv lagi katanya...hu3...namun, persoalan juga wujud di benak aku....apakah prestij, mahsyur dan glamour ini juga termasuk dalam prasyarat untuk mengikuti sesuatu program?....satu pertanyaan menarik untuk beribu-ribu jawapan yang pelbagai....

Jika dipertikaikan soal kos, baiklah....peluang untuk aku jelaskan...kos penginapan di caj RM 7.00, pengangkutan satu hari RM 65.00....selebihnya makan dan minum sebanyak dua kali....lu kira sendiri bro...Dusun Bay kenakan pakej, RM 15.00 satu kepala....sekali makan, pergi sendiri....PERMAS adakan majlis berbuka puasa, RM 3.00 sahaja....menunya, ayam kari dan sayur kubis tambah tembikai, kek pisang, agar2 dan airnya oren....namun, makanan di Sg. Samak, ditolak kos penginapan dan kenderaan bolehlah kita anggarkan sekitar 3 ringgit lebih...itupun jika semua 23 orang yang menyatakan setuju itu hadir....bayangkan menunya, ayam bakar, ikan patin bakar, sup ayam, ulam, kuih badak berendam, agar-agar, buah, nasi goreng, sosej bakar (tertinggal di rumah cik Nad), minum malam, biskut dan airnya bandung cincau tajaan kama restaurant...hu3....kalu nak bangkitkan soal mengungkit...aku akan dedahkan kos sebenar adalah melebihi bajet tersebut....namun biarlah ianya menjadi satu misteri tanda keikhlasan hati individu tertentu....lu kiralah bro....mahal kah? Ataupun alasan semata-mata......pendedahan ini bukan untuk mengungkit ataupun mempropagandakan majlis itu...namun inilah jawapan untuk keraguan dan kecondongan persepsi anda...

Di akhirnya, anda telah melondehkan alasan sebenar disebalik pelbagai lagi jawapan yang diberi....tulisan aku di bawah bukan untuk mengungkit....namun untuk mendapatkan apakah reaksi dan jawapan sebenar...kerna...aku yakin dan terlalu yakin....ramai manusia yang berani dan berdegar-degar mengutuk/tak berpuas hati/ membantah dibelakang....namun di hadapan....ibarat kata pepatah, pijak semut pun tak mati.....terima asih atas teguran anda....aku selalu cerminkan diri.....disebabkan itu aku tidak berselindung untuk berkata jujur daripada hati aku...walaupun ianya menyakitkan kalangan individu yang hampir dengan aku....

Buat junior.....ayat terakhir aku berbunyi..... klu ko free mntak dtg face 2 face ngan aku bro...amcm??....byk gak klu kiter berdiskusi...ayat last ko mmg mantap bro...klu ko ckap dpan2 lagi best....aku tggu ko ckap kt dpan2 ni....come on...xbape best lwan kt blog...tq...salam ramadhan...remember....aku tggu ayat last tu face 2 face dpan aku....hu3...ok?...

4 comments

shahida nalini said... @ September 12, 2009 at 12:47 AM

erm..kadang2 manusia susah nk fahami isi hati kita...tp bila kita cuba luahkan ada org yg akan cuba utk mncari kesalahan kita pula..maaf sebab xdpt turut serta n thanks byk2 sbb ajak shahida..huhu

Qaseh Rai'ha said... @ September 12, 2009 at 6:29 AM

xm0 gad02...
kan satu team.

=)

nadianarzaray said... @ September 12, 2009 at 7:15 AM

weii sosej tertinggal kat umah ak pon nk masuk skali kerr...aisyyy..malu2..lupa nk wat cam nerr...nk kna g antar sosej tuu kat umah korang sumerr ke??
hehehheeh..

diktator mulia said... @ September 12, 2009 at 2:53 PM

to cik qaseh....x gado...cm bg satu cbran....ho3...face 2 face lagi baik....sbb....bhsanya tu blh than kuang...(kata nabil...lu pikir la sdri....)...

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz