Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 2 comments
]


Sebaik sahaja dua tugasan penting : “Debat IKIM” dan “Debat ASTAR”, jam 1.00 pagi ini ( 20 Februari 2010/hari Ahad) ; dunia ini bagai saya yang punya. Lapang rasa dada. Luas dan ringan apa yang ada di otak, langkah kaki makin mudah dan laju geraknya. Senyuman tak usah cerita….sentiasa bermain dibibir menandakan perjuangan panjang tanpa tidur yang sempurna itu bolehlah dianggap mencapai matlamat dan sasarannya. Bukan mudah untuk menamatkan tugasan ini dengan noktah kejuaraan, namun tak mengapalah jika ini sahaja hasil anugerah-Nya.

Teringat kata-kata Jufazli (UMS), “Menang….Allah yang bagi”, aku sambung….”Kalah….Usaha Lagi”. Dua suku dalam dua pertandingan bolehlah dikira nikmat dan anugerah tak ternilai daripada Allah buat kita. Berbekal pengalaman dua tiga sukat, kesungguhan tak kenal penat, bantuan pensyarah dan ustaz. Pandangan idea senior dan abang Mat, Alhamdulillah dengan berkat dan juga rahmat, kita mampu untuk mencapai apa yang disyarat….

Cuma belum mampu apa yang dihajat. Nikmati dan terokailah pengalaman dan kepayahan mencari ilmu, susahnya berdepan dan menyelesaikan cabaran (masalah) demi merealisasikan motto “Mencari Mahkota Kejuaraan Sulung” kelak suatu masa harapan kita akan dimakbul. Mudahnya, aku lebih suka memberi istilah cabaran kepada sesuatu masalah kerana kita akan mudah berfikir untuk menyelesaikannya tanpa sebarang konflik. Semoga pengalaman ini memberi kebaikan buat semua.

Lumrah belajar…tidak pernah berakhir dalam episod hidup manusia walaupun mati itu akan hadir bila-bila masa. Kita perlu mengingati diri bahawa hidup ini penuh dugaan, ujian dan cabaran. Setiap inci cabaran itu mesti dihadapi juga walaupun kita berusaha untuk menghindarinya. Selagi kita tidak cuba mendepani cabaran itu, selagi itu kita tidak tahu kemampuan kita yang sebenarnya. Maka hargailah diri sebagai manusia yang diberi kekuatan akal dan tubuh badan untuk menyelesaikan sesuatu cabaran dengan baik.

Merungut dan bersungut adalah perkara biasa dalam hidup manusia. Ia hanya helah bela diri sebagai penenang jiwa untuk semakin bergerak ke depan. Kerja kena buat walau mulut itu bertugas juga tika waktu mengingatkan persoalan itu dan ini. Kenapa begitu dan kenapa begini. Ahh….namanya MANUSIA. Kalau tidak bercakap tidak sah. Selagi mulut masih terbuka dan lidah masih bergetar menutur tutur bicara/menghambur ungkapan berbisa, selagi itulah kita akan merungut dan mengeluh lantaran apa dihajat tidak terkota. Namun tak mengapa, lambat laun tetap akan tiba……teruskan usaha “Mencari Mahkota Kejuaraan Sulung” impian kita sekeluarga.....

Buat semua yang terlibat dengan gerak kerja Debat IKIM dan Debat ASTAR, Syukran Jazilan aku hulurkan buat kalian. Moga Allah anugerahkan bingkisan rahmat atas ehsan dan bantuan. Ustaz Misnan, Ustaz Anhar, En. Kama, En. Nizam, Abang Mat, Bro Faiezie, Jo-Han, Kama, Kaza, Kak Maton dan semua yang terlibat membantu keluarga KDBM UPSI, terima kasih atas bantuan anda. Banyak ataupun sedikit bukanlah ukuran, apa yang penting kesungguhan dan bantuan anda tetap bernilai buat kami.

Buat tenaga kerja IKIM, Nad, Minie, Nora@Hora, Madi, Amier dan Aini….terima kasih atas memoriez hebat di IKIM…..tak lupa juga buat team UMS yang sudi menjayakan program jelajah Briecfield dan Sentral malam-malam buta….kih3….buat tenaga kerja ASTAR, Razi, Loqman, Suhaimi, Madi, Faizal, Aini, Shahril dan Pa-weez….tahniah atas kejayaan anda….tak lupa juga buat Kak-Dier, Kaza, Muz, Bro Faiezie, Minie, Nora@Hora terima kasih atas komitmen anda semua…..dan….khop khun khap juga buat cheyayaya dan Amanina atas khidmat “Spesyel” anda…..kih3…..

Akhirul kalam, debat adalah seni yang indah dan akan terus malar sebagai seni yang berbeza dengan yang lain. Debat bukan suatu kepastian dalam pembinaan idea dan pendekatan dan juga bukan suatu nilai yang berbentuk mudah untuk diselami. Julanglah ia demi seni dan nilai yang dimiliki bukan semata kerana habuan yang dijanji. Andai yang dicari adalah habuan diberi. Andai yang dikejar julangan nama sendiri untuk diabadi. Selamanya dan pasti kepuasan dan kegembiraan tidak akan tiba untuk anda.

Diconteng Oleh:
Anti-Belacan

2 comments

cahaya mataku said... @ February 20, 2010 at 8:08 PM

motip sgt rakyat gua musang ni anti belacan :)

moga Allah mendengar & memakbulkan doa kita..
amiin ya Allah...

F.Aminurrashidd said... @ February 21, 2010 at 9:37 PM

aqu konpius, apa motip ko letak gambor manusia boroii nieh? merencat aku nak baca tahuu?.. hahahah ;P

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz