Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 2 comments
]


pengakhiran itu penting..
bagaimana akan diri ini akhirinya itu juga penting..
kerana bukan sahaja destinasi yang dituju itu menjadi sasaran, akan tetapi perjalanan sepanjangnya itu yang menentukan detik bagaimana akan diri akhiri perjalanan hidup...

ada kalanya akan diri dirobek duri di jalanan,
ada kalanya akan diri dihempas runtuhan batuan,
ada kalanya akan diri direjam lembing tak bertuan,
ada kalanya akan diri diludah dosa silam,
ada kalanya akan diri diuji bukan kepalang ..

adakah diri akan berpatah pulang kerana luka yang dialami?
ataupun ia menjadikan diri lebih cekal,
lebih kuat dalam menghadapi dugaan yang bakal datang di hadapan itu nanti..?
dalam perjalanan hidup,
ada kalanya kita akan tersadung, lalu jatuh..
apakah yang perlu kita lakukan saat ia berlaku sedemikian?
adakan kita akan cuba untuk bangkit kembali?
kerna jika tidak, perjalanan kita akan tersadai di situ sahaja.
tak mungkin dapat kaki melangkah saat wajah mencium bumi..
adakah sukar untuk bangkit kembali..?
telah Allah kurniakan tangan dan kaki buat diri,
mana mungkin sukar untuk diri bangun setelah jatuh dek tersadung pada unjuran bumi..
biarpun kerap kali dicuba, kita akan jatuh..
bertanyalah pada diri.. "adakah ini pengakhiran buat ku?"
ketahuilah, selagi diri masih terus berusaha, pintu kejayaan itu masih terbuka..
ia hanya menanti saat izin dariNya untuk membenarkan diri melangkah menerusinya..

kan tetapi, saat diri berputus asa, dengan pantas, pintu kejayaan itu akan menghempas tutup dengan rapi.. dan tiada lagi ruang untuk membolos padanya..
bila diri mula melangkah..
bagaikan tiada erti penat lelah
bila diri mula diuji
hati mula tercarik tusukan duri dari kanan dan kiri
bila diri terasa akan kecundang
bagaikan tiada lagi sinaran yang akan mendatang
bila diri mula bersedia untuk mengundur
seribu persoalan lahir tanpa kendur
bila diri mula menyepi..
lantas kesuraman menyelubungi diri..
bilakah diri akan sedar..
setiap yang terjadi hikmah kan tiba
mungkin takkan ia hadir dalam sekelip mata
mungkin juga bukan esok mahupun lusa..
namun, janji Ya Rabb itu pasti..
diri hanya perlu sabar..

kerna di akhir penantian ini..
sinar akan pasti bergermelapan di dalam kegulaman silam..
persoalan buat diri..
"adakah diri sanggup untuk terus berusaha sehingga ke titisan terakhir?.."
perjuangan untuk diri moga jaya menghancurkan dosa dan noda…..
dihujung kamar diri tadahkan tangan mohon mahgfirah-Mu ya Rabb….
kerna hayat tetap ada penghujungnya,
tidak kiralah bila masanya,
mana tempatnya,
bagaimana caranya,
kita tetap akan laluinya,
maka Rabb,
akhirkan perjalanan hidup ku sebagai mu'min yang sejati,
yang teguh iman di hati sanubari,
bukan mukmin khasirin,
dek noda dan dosa...

berikanku sirotol mustaqim....sebelum hayat tiba di penghujungnya...

D' Hujung Kamar 2-7-11,
Al-Baehaqie.....

2 comments

Nuraini Munawar said... @ February 16, 2010 at 11:37 PM

moga kita dipermudahkan meniti titian sirat,
mendapat buku hisab dengan tangan kanan,
dan moga bersama Muhammad s.a.w di hari pengakhiran nanti.

khaulah mujahidah said... @ February 17, 2010 at 11:38 PM

"kullu nafsin dzaa iqatul maut.."
..tebus dosa silam dengan taubat nasuha..

yakini bahawa Dia Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

siiru 'ala barokatiLlah..

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz