Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 3 comments
]

Adeeq beradeeq…..pernahkah anda mendengar sebaik-baik orang luar tidak boleh menandingi dan menyamai adeeq beradeeq?. Atau baik macam mana pun kita dengan orang luar, tetap jua tidak boleh nafikan peri pentingnya adeeq beradeeq?. Benar, adeeq beradeeq tidak dapat dibanding beza dengan orang luar. Hatta buruk, busuk mahupun hodoh laku adeeq beradeeq kita tetap jua tidak boleh nafi dan putuskan hubungan antara kita. Namun, bagaimana pula dengan hakikat jika kita miskin adeeq beradeeq ataupun kita miskin dengan keakraban ukhuwah adeeq beradeeq?.

Sedang orang luar sangat luar biasa untuk menerima kita lebih daripada apa yang diberi oleh adeeq beradeeq sendiri?. Dengan erti kata mudah, kawan-kawan dan sahabat kita lebih menghargai kita lebih daripada adeeq beradeeq sendiri?. Maka, apakah perlu untuk kita bezakan sayang dan kasihnya kita kepada mereka yang walaupun tidak punyai apa-apa hubungan tetapi ukhuwahnya seolah-olah sama dengan adeeq beradeeq kandung kita sendiri?. Jawapannya mudah, tidak perlu dan hargailah mereka umpama kita hargai adeeq beradeeq kandung sendiri.

Tamat muqaddimah, mari kita analisa apa sebenarnya yang ingin aku kongsi bersama kalian. Terlebih dahulu aku hulurkan jutaan kasih dan sayang buat individu yang walaupun aku tidak punyai apa-apa hubungan kandung, namun aku anggap mereka ini umpama saudara kandungku sendiri. Terima kasih buat Aini atas tulisannya bertajuk ‘Benci Baehaqie’ dan Nadia dengan entrinya ‘Selamat Ari Jadi Kepada Insan Tg mnYebabkan aK nOra Amir n Faz XdapaT makaN kFc itu.. ‘ serta adeeq beradeeq lain yang ada mencoretkan secebis ceritera tentang diri ini.

Anda hargai aku lebih daripada sebahagian adeeq beradeeqku menghargai diri ini!. Jujurnya, aku kurang berkeinginan untuk berkongsi apa-apa kisah berkaitan diri sendiri di ruangan kerdil ini. Cukuplah ruangan ini sekadar untuk berkongsi idea berkaitan perihal semasa dan untuk meluahkan isi hati terhadap sesuatu perkara. Namun, tulisan Aini adalah suatu yang mengejutkan!. Jangan silap tafsir!. Aku tidak marah, cuma terkejut apabila ada insan yang sudi untuk menyokong dan memahami manusia kerdil ini.

Tatkala diri ini seolah-olah dianggap firaun kecil yang perlu dicantas, tuhan hadirkan seseorang untuk membangkitkan semangat dan jiwa yang kian luntur dan bercelaru melalui tulisan di sisipan blognya. Terfikir juga, sokongan sahabat itu nyata ada dimana-mana dan dalam pelbagai bentuk dan versi. Kita tidak perlu bimbang jika kita ikhlas untuk menghargai erti sebuah persahabatan. Sahabat yang baik akan bersama-sama dengan saudaranya tidak kira senang mahupun susah bukan?. Disaat kita terkial-kial berdepan onak dan cabaran, sahabat hadir untuk menongkat semangat yang kian tumbang melalui sokongan berbentuk tulisan. Dunia makin canggih!, sokongan sahabat boleh hadir dalam pelbagai bentuk dan keadaan.

Maka, aku balas tulisan sahabat-sahabatku melalui tulisan ini. Aku mulakan dengan pengembaraan ke bumi Sabah/UMS. Seminggu sebelum aku berjuang di bumi Sabah, pernah jua hati kecil ini menghukum sesetengah sahabatku dengan perasaan kecewa terhadap bantuan dan sokongan mereka. Aku rasakan mereka tidak berikan komitmen dan sokongan sewajarnya untuk adeeq beradeeq yang akan berangkat ke Borneo. Aku akui, ketika itu aku marah, kecewa dan putus asa terhadap bantuan dan pertolongan mereka lantaran bantuan dan pertolongan yang aku dambakan tidak muncul walaupun dimalam akhir sebelum berjuang ke Sabah.

Namun, aku tergamam disaat aku dan adeeq beradeeq berdepan dengan masalah untuk menjejakkan kaki ke bumi Sabah. Bantuan dan sokongan hadir tak terduga. Ada yang sanggup mengambil risiko memarahi orang atasan melalui sms, ada yang tidak putus-putus menghabiskan kreditnya bertanyakan keadaan, ada yang menyokong dari jauh dengan kata-kata semangat melalui sms dan telefon, ada yang nekad membuat temu janji dengan orang atasan semata-mata tersentak dengan layanan yang diberikan.

Saat itu, aku terduduk dalam berdiri!. Aku sudah salah untuk bersangka buruk dan marah kepada adeeq beradeeqku. Satu lintasan di benak ini!, inilah sebenarnya keluarga debat. Kita bertengkar dan berkecil hati hampir setiap tika tetapi disaat cabaran hebat sedang menimpa, kita bangkit secara bersama. Lihat saja kisah ke Kulim Kedah!, disaat kita dibelenggu sikap buruk sangka, prejudis dan bertelingkah dalam beberapa perkara, siapa sangka kita mampu berhabis tenaga, wang ringgit dan masa untuk bersatu dalam dua buah kereta semata-mata untuk berkongsi kisah sedih salah seorang adeeq beradeeq kita. Walaupun hasilnya sia-sia, namun pokoknya itulah bukti kita sebenarnya tongkat menongkat antara satu sama lain.

Berbalik kepada kisah Integriti, LCCT menjadi saksi drama air mata mengalir laju dipipi. Disaat harapan kian lebur, semangat kian luntur dan keyakinan kian hancur, pernahkah kita menduga wang RM 557.00 rela dikeluarkan semata-mata untuk merealisasikan minat dan cita-cita bersama. Soal menang kalah itu lain ceritera, namun nilai ukhuwah dan cita-cita kita terlalu bernilai untuk kita patah dan kalah tanpa mencuba. Maka, wang RM 557.00 itulah petanda ukhuwah dan cita-cita debat itu terlalu bernilai untuk kita lepaskan.

Walaupun kita boleh memilih untuk tidak mengeluarkan wang sebanyak itu untuk menampung baki pengajian disini, tetapi kita sanggup mengambil risiko untuk berjuang walaupun kita sedar RM 557.00 itu mungkin lebur dihembus bayu Kinabalu. Itulah hebatnya keluarga debat. Itulah bernilainya hubungan adeeq beradeeq dalam kelab debat. Nilainya tidak boleh diukur melalui kata-kata, angka wang ringgit mahupun koleksi piala. Tetapi nilainya boleh diukur oleh sesiapa yang mahu memahami dan menyayanginya.

Tahukah kalian, jika bukan kerna keluarga debat,

Mungkin aku tidak akan kenal erti sabar dalam kepayahan.

Mungkin aku tidak ada kekuatan untuk berdiri dipentas ucapan.

Mungkin aku tidak berpeluang merantau ke negeri orang.

Mungkin aku tidak berkesempatan untuk bertekak semata-mata demi hak adeeq-beradeeq KDBM.

Mungkin aku tidak sanggup berjalan kaki dari kampus ke KHAR di tengah-tengah malam.

Mungkin aku tidak berpeluang bertilamkan karpet bilik persatuan semata-mata demi latihan.

Mungkin aku tidak berpeluang mengenali kerenah adeeq beradeeq beraneka ragam.

Mungkin aku tidak berpeluang menerima ucapan dan sambutan hari lahir di negeri Musa Aman.

Mungkin aku tidak berpeluang menyuap kek dan menerima hadiah kecil di Hari Keputeraan.

Mungkin aku tidak berpeluang untuk merasai pengalaman terlepas kapal terbang.

Mungkin aku tidak berpeluang menginap di Marina Court, bermain ting-ting di pantai Tg. Aru dan mendengar Amir membebel di Restoran Sempelang/Temberang.

Mungkin aku tidak berpeluang bertanya Nora dah cukup fakta?. Nak tambah fakta? disaat dia sedang meradang.

Mungkin aku tidak berpeluang melihat Cik Nad memegang palang dan berebut dengan usher untuk ke jamban.

Mungkin aku tidak berpeluang menikmati cengkodok keras Mini dan Nadia.

Mungkin aku tidak berpeluang menjerit wan win wan win bersama Cik Nad, Amir, Faz dan Hora Belacan.

Mungkin aku tidak berpeluang ke KZ dan KAB dengan Nad, Faz dan Mini semata-mata membantu junior yang dahagakan latihan.

Mungkin aku tidak akan berjaga dan sakit belakang hanya untuk RM 10.00 bagi satu tempahan.


Terlalu banyak untuk aku coretkan, namun cukuplah aku akhiri dengan ucapan. Terima kaseh buat adeeq beradeeqku di KDBM UPSI. Sesungguhnya, hubungan ini tiada nilai untuk didagang. Akan tetapku kenang dan pertahan walaupun dibenci umpama dagang tak bertuan. Walaupun kita bukan saudara kandung, tiada had untuk kita mesra dengan panggilan adeeq, kakak dan abang. Terima kasih untuk kasih dan sayang. Terima kasih untuk semua kenangan. Aku akan terus berjuang bersama kalian. Aku akhiri dengan keratin sms daripada Eddy Safbree ketika di Sabah baru-baru ini:

“Tidak semestinya jika patah dayung kita takkan sampai ke pelabuhan….tidak semua orang diberikan peluang untuk mendayung sampan seperti kamu, tidak semua orang dapat menjadi nakhoda diatas bahtera seperti kamu….anggaplaj ia secebis pengalaman yang amat berharga dan tidak semua mampu milikinya….walaupun perahu kita hanya kecil tapi ia menggerunkan lanun di samudera…..kamu tetap pejuang di hati beta…..titipkan salam beta kepada semua kapal yang lain…..huhu”


Coretan Panjang:
Peminat Cerita PKFZ-2-7-11

3 comments

F.Aminurrashidd said... @ March 19, 2010 at 9:41 PM

adeq beradeq memang pelbagai ragam nyerr.. namun bila dah nama adeq beradeq.. jalinan ikatan itu tetap terasa bae, waima jarang dapat bersua.. terbaekk.. :)

KAZA said... @ March 20, 2010 at 1:09 AM

Sob..sob...sob.. Tisuuuu... (sedey sgt baca entri adik2 ini)

Nuraini Munawar said... @ March 20, 2010 at 5:54 PM

abang long.....
nanges ni, nanges ni...
tisu! tisu!
mana tisu...............???!!!

sob sob sob..
thanks utk segalanya ahmad baehaqie.

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz