Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 5 comments
]

Warga siasah Malaysia mempunyai satu teori (baca: sistem meramal giliran) yang unik mengenai siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri di negara ini selama enam generasi mulai 1957. Sistem meramal giliran ini dikenali sebagai TEORI RAHMAN.

Teori ini bukannya teori dalam ertikata ilmiah yang sebenar-benar. Ia sekadar satu singkatan abjad kepada nama lazim Perdana Menteri Malaysia mulai dengan Tunku Abdul Rahman Putera, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan akhir sekali perkataan (N) yang baru saja dipenuhi oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Mengikut pendukung teori ini, bakal-bakal PM Malaysia selama enam generasi mulai 1957, adalah dari kalangan mereka yang pangkal namanya terangkum dalam abjad perkataan RAHMAN.

Teori ini pernah menjadi polemik hangat di era Mahathir bila Tun Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kata pendukung teori, Musa tidak akan menjadi PM kerana abjad pangkal namanya tidak menepati huruf A selepas M yang diisi oleh Mahathir.

Bila Musa meletakkan jawatan dan Tun Abdul Ghaffar Baba mengisi kekosongannya, para pendukung teori ini mengatakan Ghaffar mungkin menjadi PM sesudah Mahathir. Bagaimanapun proses politik menggantikan Ghaffar dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Oleh kerana abdaj di pangkal nama itu adalah A, maka pendukung teori itu yakin Anwar akan menjadi PM selepas Mahathir.

Hajat Anwar tidak kesampaian. Proses politik meminggirkan beliau daripada teori RAHMAN. Tetapi, Abdullah pula yang mengisi abjad A dalam teori RAHMAN.

Abjad terakhir N dalam teori RAHMAN ini dipenuhi oleh Najib semalam. Ini bermakna tamatlah curcuit teori RAHMAN ini. Dengan itu, mungkin muncul pihak yang akan mengemukakan teori-teori lain bagi meramalkan siapakah PM Malaysia di masa akan datang?

Mungkinkah akan muncul kesinambungan teori RAHMAN itu kepada RAHMAN BIN???....maka....nama yang tidak boleh dinafikan potesinya adalah tidak lain dan tidak bukan....BAEHAQIE....ya....BAEHAQIE....ha3....dan abjad I=IZZAH ANWAR....abjad N=NASARUDDIN MAT ISA....sama-sama kita tunggu dan lihat....ha3....

TEORI BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA:- RAHMAN BIN.....:


R=TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ


A=TUN ABDUL RAZAK


H=TUN HUSSIEN ONN


M=TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD


A=TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI


N=DATO' SERI NAJIB ABDUL RAZAK


B=BAIHAQI MOHAMMAD YUNUS


I=NURUL IZZAH ANWAR


N=USTAZ NASARUDDIN MAT ISA

ha.....lengkapkan teori ni.....R A H M A N B I N ............????....HA3....

5 comments

norzyah_zacksabri said... @ April 8, 2009 at 7:59 AM

abg baihaqi sengal!!! benci aku!!! ekekekke

n_dra said... @ April 8, 2009 at 7:39 PM

sengal plas plas..

diktator mulia said... @ April 9, 2009 at 5:49 AM

ha3....jelezla tu.....kiki

. said... @ April 10, 2009 at 2:38 AM

AMATTTTTTTTTTTTTTT
BERMOTIF..
NAMA TOK GURU YANG AJAR U ALL WAT BLOGNI..
BUKANKE JUGA CALON2 PM AKAN DTG? ULAS SIKIT

Hamba Ilahi said... @ April 10, 2009 at 8:08 PM

Amin. moga dipanjangkan umur dan dapat jadi PM. dulu aku pun ikut teori ni juga tapi lebih kepada teori RAHMAT.... T untuk TUAN GURU NIK AZIZ.sekalipun teori RAHMAN tetap aku pilih NIK AZIZ. hahha.aku bukan PAS tapi aku memerlukan pas ISLAM untuk memerintah negara yang dikatakan ISLAM ni. kata kawan aku negara orang ISLAM. papun doa moga segalanya akan lebih baik dengan kepimpinan yang baru....tahniah untuk Najib Tun Razak.

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz