Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]

Dont Give Up Bae!!!

Asslamaualaikum dan salam hormat buat semua teman-teman yang sudi menghabiskan masa diruangan kecil aku yang tak seberapa ni. Tinggal 3 hari saja lagi untuk aku menyiapkan diri sebelum aku mengangkat pedang (lidah), mendepankan perisai (ilmu & pengetahuan), mencaturkan strategi (minda) dan menyerang secara kolektif disamping mempraktikkan pelbagai seni peperangan bersama 4 jeneral (kaza,hairi, johan & aku). Namun aku merasakan tahap persediaan dan kekuatan logistik aku disaat peperangan sudah hampir meletus masih lagi ditahap kurang memuaskan. Maksud aku, semangat, keberanian, keagresifan aku belum cukup baik untuk menjadi jingsaw terbaik untuk melengkapkan kekuatan dan memacu perjuangan pasukan.

Disaat ini, aku merasakan nafsu untuk `membantai' musuh masih belum berada ditahap secukupnya. Lantas, fikiran aku ligat berpusing, apakah plan atau usaha aku untuk kembali berada di landasan perjuangan sebenar?. Apakah strategi aku untuk melengkapkan diri dengan ciri-ciri unggul laksana pejuang ulung di medan tempur? huh! ibarat pantun mudah ini, jiwa kacau!, kepala pening!, semangat pudar, hati runsing!. hmmm.....ketika aku meletakkan tangan didahi, sambil lagu HIM `HEARTACHE EVERY MOMENT'sesuai dengan situasi aku berkumandang, sambil kakiku bersilang dan bergoyang-goyang. Aku teringat akan cerita nelayan Jepun dengan ikan tangkapannya. Mungkin akan beroleh jawapan untuk menukarkan keadaan aku ini supaya kembali ampuh dalam persediaan di medan perang Debat Integriti di UTM 15 Mei ini....

Tahukah kalian, masyarakat Jepun begitu menggemari ikan yang segar. Tetapi, bekalan ikan di lautan Jepun adalah terhad. Maka, para nelayan terpaksa menangkap ikan di kawasan laut dalam yang lebih jauh daripada daratan. Maka, semakin jauh ke laut dalam, semakin lama masa yang diambil untuk membawa balik ikan ke daratan. Syarikat perikanan ini mendapat satu jalan penyelesaian dengan menyediakan peti sejuk beku di dalam bot. Akan tetapi, masalah tetap muncul yang mana ikan menjadi tidak segar selepas beberapa hari di lautan.Orang jepun tidak menggemari ikan yang tidak segar!Maka, harga ikan sejuk beku ini dijual dengan harga yang lebih murah kerana permintaan yang rendah.

Syarikat ini tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian dan akhirnya telah mengemukan idea dengan menyediakan tangki ikan! Teorinya begini, ikan hidup yang ditangkap akan terus dimasukkan ke dalam tangki ikan hidup-hidup! Maka, ikan tersebut di bawa balik ke daratan dalam keadaan hidup-hidup. Akan tetapi, masalah tetap timbul kerana walaupun ikan tersebut masih hidup, tetapi masyarakat jepun tidak dapat merasai kemanisan ikan yang segar. Hal ini adalah kerana ikan tersebut menjadi pasif yang menyebabkan daging ikan tidak segar.Maka, syrikat perikanan ini terus bertungkus lumus memerah idea bagi menyelesaikan masalah ini.

Akhirnya timbul satu idea yang cukup bernas bagi mengatasi masalah yang timbul. Syarikat ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyimpan ikan di dalam tangki air yang ditambah dengan ikan jerung kecil di dalamnya! Walaupun terdapat ikan yang menjadi mangsa kepada ikan jerung ini, akan tetapi kebanyakan ikan masih lagi hidup apabila sampai ke daratan.Ikan yang dibawa balik mendapat permintaan yang tinggi kerana ikan ini masih segar dan isinya manis. Hal ini adalah kerana, ikan-ikan ini terpaksa berenang dengan aktif untuk mengelakkan diri daripada di makan oleh jerung tadi.

Ironinya cerita ini dengan kehidupan kita seharian adalah disaat kita hampir tersungkur ataupun keraguan akan keupayaan diri kian memuncak, kita perlu menganggap cabaran dan dugaan umpama ikan jerung kecil tadi....ikan jerung yang aku maksudkan tadi sebagai satu cabaran yang akan menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif. Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita seekor ikan jerung kecil dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam. Jadikan masalah, kekangan dan cabaran dalam kehidupan kita ini sebagai satu bentuk tenaga yang boleh menggerakkan kita untuk lebih berusaha dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

Akhir kalam buat semua teman, doakan kejayaan kami dan pasukan UPSI dalam peperangan DEBAT INTEGRITI ANTARA UNIVERSITI AWAM MALAYSIA DI UTM JOHOR. Peperangan kedua selepas peperangan di Final Exam baru-baru ini nyata memenatkan aku....namun, inilah peluang aku untuk menjadi manusia yang kalis dengan cabaran dan kekangan hidup!!!...yah!! semangat beb!...ha3..

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz