Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]


"Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan
ini?

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan
menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan
seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegerkan semua tempat dengan
suaraku (yang perlahan ini).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana untuk memenuhi hajatku kecuali jika
mereka menggerakkan (kursi roda) ku.

Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku, yang
diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan."

"Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut
menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian
semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua
telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap
kami sehingga tiada satu kaumpun bangkit menyatakan kemarahan kerana
Allah... Tiada satu kaumpun (di kalangan kalian) yang bangkit menentang
musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas
kami dan menukarkan kami dari golongan mulia yang dianiaya dan dizalimi
kepada pembunuh dan perampok serta pengganas... (Tidak adakah yang mahu
bangkit menentang musuh-musuh) yang telah berjanji setia untuk menghancurkan
dan menghukum kami.

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada
kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan penjenayah Zionis
dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu
mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya,
badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan
kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil
mengumandangkan, "Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang
dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan
bantulah hamba-hambamu yang beriman!"

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti
kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu
kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati
berdiri dan berhadapan dengan musuh, bukan mati membelakang (dalam keadaan
melarikan lari) dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami,
wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakar buat umat yang diam dalam
kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat
bendera putih kerana kami telah belajar bahwa kami tetap akan mati walaupun
kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai
mujahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sekuat mungkin. Tugas membela
kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian
kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa
sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajiban yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah
penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai
pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini."

"Ya Allah, kami mengadu kepadaMu... kami mengadu kepadaMu... kami mengadu
kepadaMu... kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya daya kami.
Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang
lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah
kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Ataukah kepada musuh yang
berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang
ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan,
wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah
yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirusakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu bercerainya kesatuan (umat) kami,
berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya
kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak berdayanya
umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami..."

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz