Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]

Hidup ini sememangnya telah ditetapkan oleh tuan penciptanya. Sedang kita melayari keasyikan hidup ini….sebenarnya kita terlupa, semua ini umpama sebuah skrip yang sudah diatur plot penceritaanya….

Buat semua teman, aku ingin berkongsi sebuah cerita. Cerita yang telah lama dikarang skripnya. Cuma olahannya mungkin berbeda-beda bagi setiap ummat manusia. Namun, semuanya berfokus kepada arah yang sama.

Cerita ini adalah cerita kita, skripnya ditulis untuk kita, pelakonnya adalah kita, pengarahnya sudah tentu Allah Yang Esa…..

Satu hari selepas hujan di awal petang, ada seorang pemburu yang asyik memburu. Tidak ada lain dalam fikirannya selain dari hasil buruan yang bakal diperolehnya. Dia berjalan dan terus berjalan sepertimana hari-hari biasa, untuk memburu.

Dalam tak sedar, rupa-rupanya pemburu itu sedang diintip oleh seekor harimau. Apa lagi, kali ini harimau itu pula yang memburu pemburu itu. Dia lari sekuat-kuatnya. Harimau semakin mengejar.

Mujur si pemburu sempat melihat sebuah telaga yang berada berhampirannya. Apa lagi, segera dia terjun ke dalam telaga itu dan mujur, dia sempat berpaut pada akar yang terjuntai di dalam telaga itu.

Harimau itu mengelilingi mulut telaga dan sesekali menjenguk ke bawah. Pemburu sangat takut. Sesekali harimau itu mengaum dengan kuat kerana perutmya sudah begitu lapar dan dia terbayangkan nikmatnya meratah daging manusia.

Si pemburu melihat ke bawah pula. Di lantai telaga, ada seekor ular besar yang sudah bersedia mengangakan mulutnya sambil lidahnya terjelir-jelir.

Pemburu tambah ketakutan. Di atas harimau, di bawah ular. Dia terbayangkan dirinya, apakah menjadi makanan salah satu daripada haiwan ganas itu. Si pemburu akhirnya tersedar, ada lubang rahsia di dinding telaga itu.

Lubang rahsia itu mampu membawanya keluar dari kegelapan, ketakutan dan ancaman di dalam telaga tersebut. Ya, hanya dengan masuk ke dalam lubang rahsia itulah dia dapat menyelamatkan diri daripada amukan harimau dan ular.

Si pemburu menghampiri lubang rahsia tersebut. Dia ingin mnyelamatkan dirinya. Namun, dia menangguhkan niatnya apabila terlihat, di dada lubang rahsia itu terdapat sarang labah-labah yang sangat cantik.

Tambahan pula, percikan air hujan yang masih bergantungan melekat di dada sarang labah-labah, kelihatan cukup indah dan berwarna-warni disuluh cahaya matahari. Si pemburu benar-benar terpegun.

Pemburu menangguhkan niatnya untuk masuk ke lubang rahsia. Dia terasa rugi jika sarang labah-labah yang indah itu dimusnahkan. Dia cukup terpukau dengan keindahan sarang labah-labah yang bersifat sementara itu.

Namun, pemburu tidak sedar. Akar tempat dia berpaut, menjadi semakin rapuh. Ada dua ekor tikus sedang mengacip akar yang dipautnya. Akar tersebut menjadi semakin genting.

Harimau masih kelaparan dan berlegar-legar di atas sana. Ular masih menjelir-jelirkan lidahnya yang bercabang. Tikus masih terus megacip akar tempat si pemburu berpaut hingga menjadi semakin genting dan genting. Manakala pemburu, masih terpukau dengan keindahan dunia.

Buat temanku, kitalah pemburu itu. Pemburu yang sentiasa sibuk mengejar urusan dunia dan hanyut disebalik keagungannya. Sehinggakan kita terlalai dan terleka untuk berabdi kepada-Nya, cuai untuk mematuhi suruhan-Nya, alpa disebalik peraturan-Nya...

Sedang Harimau itu adalah maut yang sentiasa mengejar kita. Tuhan telah memaktubkan, maut tidak akan melepaskan kita dan akan sentiasa mendampingi kita...

Perigi, adalah lubang kubur kita. Ke situlah kita akhirnya nanti. Tempat paling akhir di dunia ini. Lantaran itu, kemana mahupun sejauh manapun kita melarikan diri daripada harimau (maut), nescaya destinasi terakhir ditujui adalah perigi (lubang kubur)....

Ular, adalah seksa kubur yang menanti kita kerana kelalaian kita sendiri. Sememangnya kita tidak maksum, maka saiz dosa kita adalah penentu kepada sekuat mana bisa mahupun ancaman ular yang sedang menanti kita....

Akar adalah keimanan yang telah kita bentuk dengan acuan sendiri. Akar inilah yang membantu kita untuk bergantung dan berpaut. Sememangnya kita akan dibaham oleh harimau (maut), namun akar (iman) itulah yang akan memandu kita untuk berhadapan dengan harimau itu...

Tikus adalah masa yang sentiasa menunggu kita....semakin lama, semakin genting kedudukan kita. Tikus (masa) itu tidak akan berhenti daripada menggigit akar tempat kita berpaut. Tentu sekali, akan sampai masanya akar itu akan putus jua akibat digigit oleh tikus....

Lubang rahsia adalah pintu agama. Jika kita melangkah dan memilih agama, kita pasti akan selamat. Itulah alternatif yang kita miliki untuk menggapai kesenangan dan kedamaian disana.....terpulang kepada kita untuk menggunakannya ataupun mengabaikannya sedang kita juga yang menanggung kerugian....

Dan sarang labah-labah adalah dunia yang cantik, tetapi bersifat sementara. Sedang kita terpesona dan sayang untuk meninggalkannya, nescaya kita akan kecundang dalam keasyikan lamunan ciptaan dunia....
Percayalah skrip seperti ini telah ditulis dan sedang diolah oleh tuan directernya....maka, terpulang kepada kita sebagai pelakon untuk menghasilkan sebuah cerita yang terbaik mengikut ilham dan kehendan tuan directornya......

Janganlah kita menjadi pelakon yang malas untuk mematuhi aturan skrip tuan director mahupun meminda-minda aturan skripnya, kelak hasilnya adalah buruk dan bahananya kita penanggungnya.....

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah...

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz