Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]

Dua tiga hari ini kita dihebahkan dengan perlawaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara anak jantan dengan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Namun sehingga ke hari ini, sahutan daripada pihak yang diundang nampaknya sayut untuk didengar.

Entah sanggup entah tidak….hmmmm...entahlah. Apa yang ada hanyalah suara-suara halus yang berselindung disebalik gerombolan akhbar dan media massa takhlukan setia abdi. Suara-suara mempertahankan pihak diundang ligat berkumandang walaupun tidaklah sekencang mana. Pelbagai helah dan kaedah dikumandangkan untuk mengelakkan berlakunya pertembungan idea, perbahasan fakta dan pengukuhan prinsip buat keyakinan khalayak.

Bagi aku, semua itu hanyalah satu alasan menggambarkan ketakutan dan kekalahan secara tidak langsung buat pihak diundang. Mengapa perlu berdolak dalih dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah?. Mengapa perlu ditimbulkan alasan tidak ada titik penyelesaian?. Mengapa perlu dihebahkan kaedah berdebat ini tidak perlu kerana konsepnya dihukumkan hanya untuk cari salah?.

Sememangnya itulah debat. Bagi para pendebat, aku pasti anda ada pengalaman dan pengetahuan akan maksud keadaan cemas, berdolak dalih, mental block dan pelbagai lagi perasaan yang hanya bermaksud anda tidak bersedia, tidak ada hujah, tidak mempunyai fakta yang konkrit dan tidak ada premis yang benar/kuat!.

Bagi aku, keadaan itu menggambarkan pihak diundang tidak mempunyai kekuatan mental yang utuh, tidak mempunyai prinsip perjuangan yang kukuh, tidak mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menyatakan apakah hala tuju mahupun kiblat perjuangan anda! Maka secara mantiqnya, anda telah kalah sebelum berperang!.

Semua ini penting bagi aku. Jika pihak diundang tidak mahu untuk bersemuka secara gentleman, mengapa pihak diundang dan juak-juaknya terlalu gagah dengan kenyataan dan tindakan umpama kelakuan Ahmad Nisfu dalam Filem Pendekar Bujang Lapuk yang hanya tahu melalak dan berlagak kuat disebalik samseng-samseng upahannya?.

Tentu sekali jawapannya mudah, anda adalah penakut dan tidak ada kekuatan tersendiri untuk menyatakan pendapat dan prinsip anda. Lantaran itu, anda hanya berani untuk melalak disebalik kenyataan media sahaja.

Kaedah itu sememangnya selamat untuk golongan yang tidak ada kekuatan dan kejantanan yang utuh. Anda hanya perlu melalak dan melalak tanpa ada bantahan mahupun tentangan daripada lawan, kemudian anda hanya perlu senyum kambing kurap dan selesai!.

Seandainya anda memilih untuk berdepan secara berdebat, anda tahu akan akibatnya, lidah anda mungkin kelu dan nada suara anda mungkin berubah tergagap-gagap seterusnya khalayak akan dihidangkan dengan irama eeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....................errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..........................seperti yang pernah dialami oleh mantan kita sebelum ini semasa Perhimpunan Agung Parti Malayu Terbesar, di akhirnya anda tersipu-sipu kemaluan bahana kedungguan otak dan ilmu. Wah! Jalan selamat.....berdolak dalih kemudian alihkan perhatian khalayak dengan isu lain. Anda selamat!

Jika benar anda mahu menjadi pemerintah yang disanjung tinggi, dihormati dan disayangi, keluarlah daripada bayangan orang lain. Berjuanglah anda di medan debat tanpa perlu berdolak dalik seandainya anda yakin anda berada di pihak yang benar, mempunyai prinsip yang jelas dalam perjuangan dan yakin kebenaran harus ditegakkan, kepalsuan perlu dijahanamkan!.

Namun, sekiranya anda hanya mampu berbahas di Parlimen bertongkatkan bantuan juak-juak disekeliling, maka apakah layak anda diiktiraf pemimpin yang baik?. Dalam sistem syura Islam, pemimpin yang dipilih adalah berdasarkan kepada beberapa ciri, antaranya ialah dihormati, kukuh asas ilmu agama, petah berbicara dan jelas akan prinsip perjuangannya.

Hatta dalam pemilihan pemimpin kabilah Arab pun sebahagian syarat untuk menjadi ketua perlulah petah berbicara. Lihat!. Ummat yang hidup seribu tahun dahulu pun bijak akal pikirnya dalam memilih pemimpin sedangkan kita pada hari ini gah dengan laungan moden dan demokrasi! Tidak mampu untuk memilih pemimpin yang berkualiti.

Memang benar, pemimpin yang dipilih tidak harus dinilai kepada aspek kepetahan semata-mata, namun itulah sebahagian daripada ciri-ciri yang perlu anda penuhi wahai sang pemerintah!.

Jika anda tidak mampu untuk berbicara dengan yakin, bagaimanakah anda mampu untuk memperjelaskan prinsip dan hala tuju perjuangan anda supaya lebih diyakini khalayak?. Umpama kisah imam yang tidak tahu rukun solat dan membaca al-Fatihah! Bagaimana imam tersebut mampu meyakinkan makmum untuk berimamkan dia?. Sedang solat tersebut tentu saja terbatal dan ditolak tuhan. Demikian juga pemimpin, pemimpin yang tidak berani dan kabur akan prinsip dan halatuju perjuangannya, bagaimana?

Konklusinya, mengapa takut sangat untuk berdebat?. Sedang anda gah dan yakin untuk melalak diseantero dunia, andalah pemimpin yang mempunyai wawasan, prinsip dan kekuatan. Cukuplah sekali anda ”bersandiwara” disebalik kekuatan orang lain kemudiannya anda berdiri dengan gah itulah hasil kekuatan dan kebijaksanaan anda sedang anda sebenarnya penakut dan berada dipihak yang tidak benar.

Akhirnya, hayati prinsip Saidina Umar al-Khatab dalam memilih seorang pemimpin!

Di dalam khutbah perlantikannya yang singkat, Umar r.a. menegaskan:-

“Sesungguhnya orang Arab laksana unta yang jinak yang patuh mengikut penggembalanya. Oleh kerana itu, penggembala harus memperhatikan ke mana hendak dibawanya unta tersebut. Adapun aku, demi Tuhan Ka'bah,aku kan membawa mereka di atas jalan yang lurus..”

Khutbah Umar r.a ini telah disambut oleh seorang yang hadir di majlis tersebut dengan mengatakan mereka akan meluruskan Umar dengan mata pedang jika beliau menyeleweng!

Ini adalah satu garis kebijaksanaan yang sangat baik bagi umat Islam di masa Umar al-Khattab r.a kerana mereka sangat patuh apabila diperintah dikerjakan dan apabila dilarang dihentikan segera.

Oleh kerana itu, tanggungjawab yang besar terletak atas pemimpin bagi membimbing umat yang dipimpin ke jalan yang benar dan umat yang dipimpin pula amat komited bagi mempastikan yang pemimpin tidak menyeleweng dari kebenaran. Amat malanglah bagi makhluk yang setia menongkat pemimpin yang tidak benar!!!....wallaualam...

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz