Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 1 comments
]

(Perjalanan Untuk Pengakhiran Sebuah Kehidupan D' Alam Dunia)

Kematian…..itulah petanda pengakhiran sebuah kehidupan. Namun, begitu ramai khalayak yang terkeliru dengannya. Kematian bukanlah penamat mandatori untuk sebuah kehidupan. Namun, kematian merupakan sebahagian persalinan kehidupan seorang makhluk tuhan bergelar manusia.

Seringkali kita menganggap kematian itu suatu penamat abadi lantaran kedhaifan pancaindera kita untuk menerokainya secara halus. Itulah hakikat kelemahan kita, namun semua itu bukanlah penghadang untuk kita membutakan mata, memekakkan telinga, membisukan suara dan mengekang kewarasan akal.

Seharusnya, kita melihat kematian itu dari perspektif ilmiah dan bukti konkrit. Maksud aku, bukti konkrit itu adalah pernyataan ataupun perincian tuhan di dalam kitab agungnya al-Quran. Perkiraanku, semua umat manusia yang bertunjangkan kitab wahyu dan berpandukan dakwah para nabi menerima konsep kehidupan di alam lain.

Syurga & Neraka, aku percaya semua penganut agama wahyu menerima konsep tersebut. Namun, mengapa tingkah laku, gaya pikir dan gerak hati sebahagian daripada umat seolah-olah kabur dan sesat daripada panduan dan garisan pedoman yang termaktub dalam ajaran wahyu???

Tambah mencelarukan, apabila ada di kalangan umat manusia yang bertauhidkan Uluhiyyah dan Rububiyyah turut tergambar kekalutan mereka laksana umat diluar ikatan tauhid ini. Tingkah laku, respon dan gaya pikir mereka menggambarkan kematian itu suatu penamat abadi dalam kehidupan manusia.

Lantaran itu, tidak hairanlah proses pengebumian dilewat-lewatkan, upacara pengkebumian dilakukan secara besar-besaran, pengurusan mayat di permain-mainkan hatta kediaman terakhir mayat pun dicelarukan dengan pelbagai tingkah laku aneh. Tingkah laku yang diluar daripada norma dan kewarasan akal pikir manusia.
(Selamat Tinggal Dunia!!!)

Lihatlah dunia! Kematian Michael Jackson ataupun nama Islamnya Mikael (entah benar entah tidak wallahualam) dipersembahkan kepada dunia dalam pelbagai perkara yang meragukan, mengelirukan dan memeningkan.

Bermula daripada hembusan terakhir Michael Jackson sehinggalah perpisahan jasadnya dengan organ otak, layanan terhadap MJ amatlah keterlaluan berkaitan aspek kematian. Semuanya dianggap berharga, hatta gambarnya disaat-saat nazak pun dibida sehingga RM setengah juta.

Ditambah pula, keranda yang boleh kita simbolkan sarang@rumah terakhir manusia dibumi ini disadur dengan perak dan emas. Pengebumian MJ pula akan disertakan dengan beberapa peralatan dan barangan peribadi beliau sepeti sarung tangan putih.
(Jangan Biarkan Dia Terseksa!!!!)

Jika benar MJ sudah Islam, maka berdosalah manusia dan sengsaralah rohnya lantaran sudah seminggu lebih urusan pengebumiannya belum dilangsaikan. Sedangkan sehari pun, sudah dianggap terlalu lama untuk penyimpanan mayat. Urusan pengebumian perlu disegerakan. Itulah aturan agama Islam. Namun, semua itu dilupakan lantaran kewarasan akal tidak berbaris dilandasan sebenar.

Kematian Michael Jackson merupakan antara puluhan contoh dan tergolong dalam kalangan contoh terbaik kedhaifan akal manusia lantaran dipengaruhi emosi dan penolakan kerelevenan wahyu.

Kematian haruslah dikembalikan kefahaman ummat bahawa ianya bukanlah penamat mandatori dalam kehidupan. Namun, kematian merupakan sebahagian proses ataupun aturan khaliq untuk ummatnya.

Bersedialah kita untuk menamatkan sebahagian perjalanan dalam kehidupan di alam duniawi. Kemudiannya, kita akan berpindah ke alam Barzakh sebelum disambung ke alam seterusnya. Di akhirnya, akan sampailah kita semua di persimpangan terakhir dalam kehidupan manusia. Persimpangan yang aku maksudkan itu adalah persimpangan antara Syurga dan Neraka. Timbulkanlah seberapa banya persoalan ini.....agar kita akan tetap yakin dan percaya......

”dimanakah destinasi terakhir aku?.....Syurga ataupun Neraka???.....”

Kerna kematian itu satu kepastian.....maka bersedialah kita untuk menempuhinya.....

Al-Fatihah untuk Mikael (jika benar) dan seluruh roh muslim di seantero dunia.......

1 comments

neem said... @ July 6, 2009 at 10:43 PM

smg dia diramahti Allah.

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz