Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]


Aku makin maluat dengan politik Malaysia. Saban hari telinga dan mata aku asyik dihidangkan dengan percakaran, percaturan dan pembohongan politikus. Sambil tangan menongkat dagu, satu persatu laman akhbar aku selidiki. Tidak ada benda lain selain permainan politikus semata-mata.

Apa kena ngan politikus Malaysia ni?. Itulah persoalan ligat bermain di benak fikiran aku. Tidakkah kalian sedar ekonomi negara dan kehidupan rakyat gundah gulana dek kerna krisis ekonomi global?.

Apakah setiap undi yang dipangkah itu hanya berfokus kepada perebutan kuasa dan pembuncitan perut kalian dengan hasil mahsyur negara semata-mata?.

Terbaru, Haji Hadi Awang buat hal lagi. Selepas isu Kerajaan Perpaduan hampir merobohkan bahtera parti sekali lagi kenyataan beliau tidak membawa apa-apa manfaat pun buat pengukuhan keyakinan khalayak terhadap PAS untuk menjadi alternatif terbaik buat UMNO.

Seharusnya, dengan momentum sokongan rakyat yang dilihat sedang beralih arah kepada pihak pembangkang, perkara-perkara ataupun isu-isu yang boleh merencatkan sokongan rakyat perlu dijaga dan dielakkan seandainya momentum PRU-12 ingin diteruskan dalam PRU-13 nanti.

Namun, keyakinan aku terhadap transformasi politik di Malaysia bersandarkan kemunculan Pakatan Rakyat yang dilihat sudah mampu memecahkan feudalisme UMNO dan BN selama 52 tahun kian terhakis dek kerna beberapa isu yang menyelubungi pakatan ini.

Mungkin salah media mahupun salah aku dalam mentafsir kenyataan Hadi Awang, namun tak kisahlah apa yang penting isu-isu seperti itu seharusnya ditutup daripada diungkapkan. Aku pasti, Hadi Awang sudah arif dengan permainan politik Malaysia.

Isu-isu yang boleh diumpama bola tanggung seharusnya dielakkan kerana musuh dan juak-juaknya sudah semestinya menanti isu sebegini untuk dieksploitasi bagi mengembalikan kembali sokongan rakyat terhadap mereka.

Bagi sesiapa yang malas menclick,silakan baca statement Haji Hadi Awang di bawah:

"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kapada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek undi PAS."

Bagi orang yang sudah tidak percaya dengan konsep ketuanan rakyat, mereka sudah boleh tersengih.

Bagi mereka yang mempercayai konsep satu kesatuan ummah iaitu satu masyarakat yang tidak prejudis terhadap bangsa, agama, orientasi seksual, jantina atau cara berpakaian mereka juga sudah tentu akan tersengih.

Mereka sudah boleh tergelak ketawa mendengar statement bodoh dari pemimpin yang semakin hari semakin hilang keyakinan aku terhadap corak kepimpinannya.

Aku tidak menyokong Barisan Nasional. Memanglah mahasiswa dikunci mulutnya dengan AUKU yang melarang kita untuk menganggotai mana-mana parti.

Namun, sebagai seorang warganegara yang dijamin haknya untuk bersuara dan memilih, aku mengambil pendekatan untuk menyokong mana yang benar membangkang mana yang salah.

Secara jujur, ini parti yang menolak ataupun tidak berminat untuk mengangkat al-Quran dan Hadis sebagai teras perlembagaan negara. Maka, sebagai seorang Islam sudah semestinya aku menolak secara total perjuangan sebegini.

Umpama imam tidak mengikut rukun solat, awal-awal lagi solatnya sudah tertolak.....perjuangan berasaskan nasionalisme tidak ada nilainya....

Sekarang kita ada Pakatan Rakyat. Berpakat untuk rakyat. Besarnya harapan kita untuk melihat gabungan ini mampu mencipta suasana lebih baik untuk kebaikan kita semua.

Buktinya, lihat saja keputusan PRU-12 betapa besarnya harapan kita untuk melihat negara bebas daripada korupsi, penyelewengan dan keadilan dalam menjunjung prinsip demokrasi dan syariat Islam.

Tapi mendengar statement dari Haji Hadi yang menghina pakaian orang Iban ditambah pula dengan pelbagai kes-kes yang melibatkan pemimpin pakatan ini telah membantutkan keghairahan aku untuk meyakini gabungan ini sebagai alternatif terbaik untuk menerajui dan melakukan transformasi dalam negara.

Dalam PR sendiri ada parti Democratic Action Party (DAP) yang berkata mereka bertindak secara demokratik.

Tetapi lihat di Kampung Buah Pala Gelugor, isu kandang Babi, spekulasi merobohkan rumah ibadat Hindu dan Buddha, isu negara Islam dan keluar-masuk gabungan dengan sendirinya melambangkan kebodohan politikus Malaysia.

PKR, usah ceritalah. Kes Elizabeth Wong, percakaran pemimpin, lompat parti dan macam-macam lagilah. Makin hari makin pudar semangat aku untuk mengikuti perkembangan parti ini.

Dan, satu perkara yang menarik untuk dilihat adalah persamaan budaya borjois antara dua gabungan politik negara. Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Apa itu Borjois? Dalam kamus bahasa Inggeris - borjois itu bermaksud satu kelompok masyarakat atasan yang mewakili keluarga untuk mentadbir negara. Mereka ini sama ada raja, aristokrat,atau ahli politik.

Tak caya?

Anwar Ibrahim ada Wan Azizah,ada Nurul Izzah, Lim Kit Siang ada Lim Guan Eng, Mahathir ada Mukhriz, Karpal Singh ada Gorbind Deo, Abdullah ada Khairy, Tun Razak ada Najib, Tun Hussein Onn ada Hishamuddin.

Di sebelah pembangkang atau kerajaan sekalipun - mereka ada kaum kerabat.

Dan borjois ini bergantung sepenuhnya kepada kekuatan kekeluargaan bukan berasaskan kekuatan diri sendiri. Ini benar, cuba lihat cerita Cina zaman dahulu kala yakni di zaman-zaman Wong Fei Hung mesti ada melibatkan nama keluarga.

Dan bila nak melindungi nama keluarga ada kalanya perlu menyerang keluarga lain, kaum, agama atau apa-apa yang berlainan untuk menunjukkan keutuhan keluarga atau dinasti mereka.

Cuba tonton cerita Cina dahulu kala, keluarga ini ada Kung Fu Gerak Naga, dan keluarga lagi satu ada Kung Fu Gerak Singa. Mereka mesti bersaing untuk mendapatkan anak murid untuk mendapatkan yuran mengajar kung fu.

Dan untuk bersaing kung fu mana yang lebih hebat mereka bertarung sesama sendiri. Yang menang akan dijulang, yang kalah akan menuntut dendam.

Sama juga situasinya dengan hari ini dulu siapa kung fu paling hebat, sekarang siapa duit paling banyak. Dan untuk mengumpulkan banyak duit perlu menumpaskan keluarga-keluarga lain.

Atau ada masanya bergabung dengan keluarga lain untuk menumbangkan keluarga lain. Dan mereka ini selalu mementingkan puak sendiri. Bila dah mementingkan puak sendiri maka racistlah jawabnya.

Mereka bukan peduli berapa ramai hamba rakyat yang mati. Mereka tidak peduli berapa ramai yang tidak ada makanan di dapur. Mereka mementingkan prestij keluarga dan seterusnya menjulang nama keluarga.

Ini tidak ada kena mengena dengan perpaduan ummah dan segala jadah yang dicakapkan di kaca TV.

Jadi kaum borjois ini tidak pernah mementingkan rakyat.

Jadi apa yang tinggal untuk rakyat?

Yang berbaris ilek, yang berpakat ilek?

Wahai kaum buruh yang bekerja, wahai kaum petani yang meringkuk kepanasan, wahai kaum nelayan yang meredah samudera, wahai golongan mahasiswa yang bernafas dalam ruang informasi sedarlah kamu semua sedang digunakan oleh kelompok borjois ini.

Solidariti kepada kaum buruh Korea Selatan yang pernah merusuh dan mogok kerana kesedaran diri bahawa mereka sedang dieksploitasi oleh Lee Myong Bak atau Roh Moo Hyun yang mencilok US$1 juta duit rakyat.

Solidariti kepada kaum pekerja di Guadeluepe, Sepanyol, di Chad dan di seluruh dunia. Kaum pekerja seluruh dunia sudah sedar yang mereka sedang diperalatkan oleh borjois.

Sedarlah, tiada manusia yang waras akan diam membisu bilamana terpampang didepannya kekalutan, kebobrokan dan kebengongan sekelompok manusia yang berjuang untuk harta kekayaan dan kebuncitan perutnya dengan cara memanipulasi sentimen rakyat.

Kekalutan, kontroversi dan pertelingkahan antara politikus melibatkan dua gabungan ini menyebabkan aku merasakan sudah tidak ada parti yang boleh dipercayai lagi....

Apa yang ada....tunggu dan lihat sajalah.....apa akan terjadi....

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz