Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]

Cerita suhaimi dalam blognyer, seorang lelaki main kayu tiga kini putus cinta serentak. Menurut encik suhaimi lelaki itu telah biol dan tersadai di kandang kuda….kih3(sori mi aku tambah bagi syadis sikit na…)

Jika diteliti cerita encik suhaimi itu, motifnya satu. Bahana bermain kayu tiga angkara nafsu buta sehingga menodai kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan dalam membina sebuah ikatan....(ceeiit! Jiwang plak daah)

Situasi ini bukanlah asing dalam kehidupan di dunia ini. Apabila ter’kantoi’nyer pra-poligami seperti cerita encik Suhaimi itu, lazimnya kaum adamlah sasaran paling strategik untuk dihentam sesuka hati.

Paling agresif sudah tentulah kaum hawa. Lelaki itu biasanya akan dihidangkan dengan lauk pauk yang cukup enak sekali. Menunya sudah pasti, nasi minyak maki hamun, ayam golek tempeleng, satay tarik rambut dan macam-macam lagilah.

Tidak cukup dengan itu, tindakan kaum hawa itu sudah semestinya akan meraih simpati dan akan beroleh sokongan padu daripada golongan sejenisnya.

Kononnya, lelaki seperti itu wajar dihumban kedalam lubang taik, dibakar dalam kawah gunung berapi dan disiat-siat dagingnya untuk dihidangkan kepada encik singa dalam zoo serta pelbagai lagilah hukuman yang dirasakan layak diterima oleh si laki-laki itu.

Lazimnya, kesalahan si laki-laki itu akan diangkat dan dikeji tanpa direnung dan diteliti dengan rasional mengapakah tragedi seperti dalam cerita encik Suhaimi itu terjadi?..

Pernahkah anda semua terfikir, mengapa lelaki berlaku curang?… Adakah mungkin kerana wanita lain lebih lawa lagi?

Ramai wanita menjawab,

“Nama lagi lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!” Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan wanita merasa tenang pun. Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual, actually.

Pada pendapat aku, lelaki tidak mempunyai sebarang sebab mengapa mereka berlaku curang. Mereka tidak mempunyai alasan kukuh, malah jika ditanya dengan lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi seolah-olah mereka sendiri juga tidak tahu apakah sebab utama sebenarnya.

“Tapi mungkin kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan?”
If ever aku yang berlaku curang, maybe aku sendiri tidak tahu menjawabnya. Kadang-kadang tu aku sendiri terasa nak tergelak mendengar alasan-alasan yang diberi apabila lelaki-lelaki ini tertangkap berlaku curang.

Pernah dengar alasan, “I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…itu yang I cari ’Baby’ lain!”

YES, memang dia orang tahu apa yang dia orang nak…tetapi untuk memberi sebab utama, mulailah terkial-kial dengan berbagai alasan yang tak masuk diakal pun sempat direka ciptanya :-

Kata lelaki, Masa awal-awal dan masih cinta…

• “Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”
• “You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
• “I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
• “I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
• “I’m a good listener, you can talk about anything to me.”


Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…

• “You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
• “You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
• “You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
• “Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
• “You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”


Aiih…cepat bebenor berubahnya ya…Hehehe…terkena kaum lelaki minggu ni. Tapi relax arrr…bukan aku nak menyalahkan sesiapa cuma aku sendiri curious and wondering, why do men cheat on women?!

Tidak ingatkah janji anda pada yang tersayang dulu-dulu? Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan wanita?…pernah aku bertanya pada seorang lelaki yang pernah curang dengan isterinya sehingga membawa kepada berkahwin dua,

“Best ke ada dua bini ni?”

Katanya, “Dalam 10, sedapnya hanya 1…tak sedapnya ada 9!”

“Habis tu, buat apa kahwin lagi satu kalau macam gitu rupanya?” tanya aku.

“Masa tengah gatal dulu, tak tahu…jadi aku kahwin lagi satu, tapi setahun kahwin, dah ada anak…rupa-rupanya sama aje. Balik-balik jadi macam bini yang pertama jugak!…Sekarang, mulailah nak menggatal cari yang ketiga!”

”Ai…biar betul!”

“Hehehe…gurau aje..tak larat dah aku pun.”

Jadi, kesimpulannya…

Anda (siapa anda?...hihihi) berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika. Hakikatnya, apabila anda bersama yang pada pandangan anda lawa, cantik dan masih sexy…apabila sudah beberapa lama…nikmatnya akan sama juga, liurnya akan tawar juga, ghairahnya akan kendur juga....(ha3...something jerk aku tulis ni...) anda akan JEMU jugak akhirnya...

Rasanya, konklusi mudah untuk masalah seperti dalam citer encik Suhaimi itu…LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time....

Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah wanita yang sama sahaja. Kesian orang pompuan!......kih3…

Nasihat aku kepada kaum lelaki :

Carilah wanita yang benar-benar ekau suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, lenggoknya, personiliti…senang citer….suka semualah.

Kemudian bayangkan yang ekau akan grow old together…kalau boleh nampak bahagia…then aku pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua….

Nasihat aku kepada kaum wanita :


Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan anda berdua agar pasangan anda tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, ubah cara sentuhan dan panggilan!

Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luar biasa. Barulah happening dan teruja pasangan anda tuuu…kikikiki

Paling utama, cecklah diri anda selalu….kadangkala kaum anda terbiasa dengan sikap suka menyalahkan pasangan sedangkan perubahan lelaki mungkin juga berpunca daripada kelakuan, perangai dan layanan anda…..

Konklusinyer,

To encik Suhaimi, cam marah bebenor anda kepada lelaki itu….ke girl-pren anda turut dikebas oleh si laki-laki itu???....hihihi….guaru jak mi….menghangatkan spekulasi….

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz