Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]


Dua tiga hari lepas, Menteri Besar Perak Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah membangkitkan isu kehadiran mantan MB Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin di majlis majlis berkabung bagi memperingati kematian kontroversi Setiausaha Politik ahli Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Huat.

Cepat sungguh Datuk Zambry mengeksploitasi isu ini. Kenapa?. Tidak lain dan tidak bukan, isu ini umpama sebiji peluru yang dihidangkan kepadanya untuk ditembak ke kepala Nizar.

Demikianlah besarnya dendam dan kebencian Zambry terhadap musuh ketatnya itu. Tidak cukup dengan cara jijik digunakan untuk merampas Perak ditambah pula adegan lucu ciptaan beliau dan juak-juaknya di Sidang DUN Perak apabila Speaker Dewan V. Sivakumar diangkat saling tak tumpah pergaduhan budak tadika, kali ini kebencian Zambry diteruskan lagi dengan isu pegang lilin oleh Nizar.

Apa yang menarik, dengan komen sinis kepada wartawan, Zambry berkata:

” "Saya bukan ulama nak komen tentang tindakan Nizar. Biar orang agama komen tentang ini. Biar tok guru komen. Dia banyak tok Guru (Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi). Dia (Mohammad Nizar) pun tok guru juga. Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid. Dia lagi tahu apa yang dia buat,"

Lalu aku beleklah beberapa laman blog untuk mendapat jawapan terhadap impian Zambry itu.

Kata Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin, selagi tindakan itu bukan amalan agama tertentu, ia dibolehkan.

“Lilin bukannya alat keagamaan. Majlis memperingati yang diadakan itu pun tiada unsur-unsur keagamaan. Oleh itu, tidak salah sekiranya rakan-rakan Islam turut hadir memberi sokongan atau penghormatan terakhir,” katanya.

Syeikh Marwazi berkata, penyokong Islam yang hadir kemungkinan sekadar memberi sokongan politik, malah perhimpunan itu juga adalah berlandaskan fahaman politik, dan bukannya keagamaan.

“Mereka yang hadir juga tidak membuat sesuatu yang merujuk kepada perbuatan keagamaan, jika sekadar berdiri bersama lilin, tidak mengapa,” katanya.
Menurutnya, dalam kes ini, isu agama tidak timbul kerana kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Kehadiran orang Islam di situ hanyalah sebagai menyokong rakan-rakan mereka dalam politik sahaja, dan sekiranya boleh menimbulkan fitnah, eloklah sekiranya mengelak daripada hadir dalam perjumpaan seumpama itu,” katanya.

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz,

"Zambry ni orang politik bukan orang yang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun dia tak pakai, lagi pun keluar fatwa ni tugas mufti,"

Kata Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim,

”amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun dan bukan amalan agama”.

Itu adalah sebahagian jawapan yang diinginkan oleh Zambry. Aku tidak mahu terlalu berfokus kepada isu halal atau haram akan tindakan Nizar itu. Aku mahu mengajak kalian untuk mengimbas kembali beberapa perkara yang mempunyai persamaan dalam konteks isu tetapi dipandang sepi oleh Zambry and da Geng.

Pada 31 Julai 2007, Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2007 di Tugu Peringatan Negara.

Turut meletakkan kalungan bunga ialah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa menteri Kabinet dan ketiga-tiga Panglima Tentera Darat, Laut dan Udara.

Perbuatan itu telah menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung perbuatan yang melibatkan soal akidah dan dilihat menyamai perbuatan seperti orang-orang jahiliyah beribadat adalah haram dan menyamai perbuatan syirik.

Menurut Fatwa Mufti Pulau Pinang,adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat dengan meletakkan kalung bunga di tugu namun bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

Manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa :

“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Begitu juga dengan Fatwa Mufti Perlis bahawa berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 90.
Firman Allah:

”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Dan keterangan kepada ayat itu memberi maksud bahawa “Al-Ansab” merupakan batu orang-orang jahiliyah sembelih korban di sisinya dan beribadat kepadanya manakala berdoa adalah ibadat dan berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu.

Inilah rupa politikus bernama Zambry and da geng, jika benar beliau prihatin dan mahu mengambil berat akan hal ehwal agama, mengapa beliau bisukan mulutnya daripada menyentuh isu ini?.

Semuanya kerna isu itu tidak memberi keuntungan kepada karier politiknya, maka isu itu harus digelapkan daripada pengetahuan umum. Demikianlah wajah seorang pemimpin yang melalak kononnya berjuang atas dasar Islam.

Bak kata Karam Singh Walia, ibarat ayam berkokok, bunyinya merdu tapi ekornya penuh taik.

Inilah gambaran manusia bertopengkan agama, manis diluarnya namun realitinya penuh dengan najis yang tak bisa disorok daripada khalayak.

Sekalipun najis itu berjaya disorok tetapi bau busuknya tetap menjengah di hidung manusia yang prihatin akan kebenaran.

Jika benar Zambry prihatin akan hal ehwal agamanya, mengapa isu-isu dibawah dibekukan daripada bibir hitamnya?.....


yeah!!!...rambut sapa paling lawa Zambry???


mmmmuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhh...sayang adeq Zambry....


feewwwittt....tgk abang lah Zambry....romantik an???

Alahai Zambry.....Kadang-kadang kita terlupa....kita pun dua kali lima...

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz