Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]

Selamat Hari Raya & Selamat Pagi….sambil aku belek-belek internet, tertarik aku dengan perutusan Selamat Hari Raya oleh seorang YB….hu3…marah sungguh gaya tulisannya…kata orang….bom lama zaman Jepun dah meletop…..kebaboom!!! bunyinya….tahap gegarannya adalah subjektif….mungkin lebih kuat daripada gegaran bom Atom di Hiroshima & Nagasaki….ataupun….paling kurang boleh lawan dengan gegaran C4 Altantuya…terserah pada penilaian individu terlibat....ironinya, kesan kedua-dua tragedi ini bukan alang-alang kepalang dahsyatnya. Hancur lebur dibuatnya….tiada langsung sisa-sisa berguna….begitulah bahana letupan bom….lama kah baru kah…..kesannya tetap sama….musnah!!!...

Begitu juga perihalnya dengan YB….aku suka gelaran YB kerna gelaran ini regular dengan dunianya….perutusannya sungguh syadis dan dahsyat….lama terpendam didasar bumi….akhirnya meletop…..sasarannya jika tidak ada sebarang keraguan….adalah aku!!!....alamak!!!....pagi pertama di KHAR terasa cam ada peluru dari blog satu sedang melayang-layang mencari sasaran di kepala aku….sasaran paling strategik adalah antara dua kening aku…..rasionalnya, jika peluru “penabur” tersebut tepat ke sasaran…..mampus terus!!!.....hu3….demikianlah dahsyatnya penangan peluru penabur itu….mungkin ada yang tertanya-tanya….tergaru sana-tergaru sini…..mengapa aku gunakan istilah peluru penabur?....persoalan menarik….mudah….kerna tulisannya ditulis secara serangan bertubi-tubi….sasarannya tidak disebut nama dan batang tubuhnya…..namun….adat muncung senapang….jenis apa pun pelurunya….muncung tetap dihala ke sasaran….tepat atau tidak tembakan itu….lain pula kisahnya…..hmmm…..detik hatiku….tajam tulisannya….dalam maknanya…..menyala amarahnya…..tapi….satu perkara….cetek analisisnya…..

Mengapa??...mungkin ada yang percaya dan mengangguk-angguk apabila membaca perutusannya….mungkin ada yang akan terheyot-heyot….terkumat-kamit….dan ter macam ter lagilah bibir mulutnya menyumpah seranah sasaran YB tatkala menyelami dan mendalami isi hatinya….mungkin….kerna itulah lumrah pemikiran manusia….sering berubah-ubah….baca disana….setuju disana…..baca disini…..setuju disini…. manusia…asalnya pun….nasia….lupa maksudnya…..umpama kata Mahathir…”Melayu Mudah Lupa…”….mungkin akan ada kepala yang angguk-angguk bila menghayati perutusan YB….mungkin juga yang akan geleng-geleng kepala bila membaca khutbah isninku….terpulang….”la iqrahafiddin…..” kita hidup dalam ruangan demokrasi….anda bebas untuk menilainya…..namun mana yang lupa harus diingatkan semula…

Aku tidak mahu membalas ataupun memberi jawapan terhadap peluru penabur YB terhadap aku…..bak kata Nizam Bakeri time Debat Integriti di UTM dulu…..sampai Debat Integriti tahun depan pun tak habis….kalu sinun kata buruk….sinin kata baik…..macam aku cakap tadi….penilaian manusia adalah subjektif…..”anda” bebas memaki, mencerca mahupun menghina aku….aku tak pernah halang….Cuma….aku seperti kalian….bukan tunggul….ada mulut, ada otak, ada hati…..ketiga-tiga komponen ini tentu saja berbeza antara kita…..anda ada penilaian dan jawapan anda….begitu juga aku…..tapi….ini bukan perkara penting untuk kita bahaskan…..

Baik…sepanjang di UPSI….ada 3 kelab/persatuan saja aku pernah sertai….SMU, PERMAS & DEBAT….aku bukanlah gergasi dalam ketiga-tiga komponen ini…..hanya bilis kecil…..bagi aku….keciknya, dhaifnya, ceteknya pengetahuan, pengalaman dan kecekapan aku daam beorganisasi….ikhlasnya, ketiga-tiganya tersangat berbeza….jadi….aku cuba kutip perbezaan itu untuk dijadikan sebagai satu cara….yang membentuk keunikan dan kepelbagaian….perkara ini mampu membentuk satu kelebihan buat manfaat bersama…..SMU ada style & pendekatannya….PERMAS ada style & pendekatannya……DEBAT pun ada style & pendekatannya….ikhlas dariku…..SMU terbaik dikalangan yang dhaif dari segi pengurusannya…..analisa aku berpandukan MSK yang pernah aku sertai…PERMAS pula bagiku terbaik dari segi corak & idea organisasinya…..dan DEBAT pula terbaik dari segi pencapaian program luarnya…..(analisa ini hanya berfokus kepada pengalaman dan ilmu yang aku peroleh dari kalangan mereka ini sahaja…) maka, secara mudah….aku cuba satukan keunikan dalam ketiga-tiga badan untuk untuk membentuk satu roh dalam debat…kerna, aku merasakan jiwa aku bersama DEBAT adalah lebih dari semuanya…..maksud aku minat, semangat dan komitmen aku lebih dekat dengan DEBAT….banyak sebabnya, paling penting…..hubungan adik-beradik merupakan sebab terpenting untuk aku banggakan….atas semangat adik-beradiklah aku mahu lihat kejayaan dan kebaikan untuk kelab….maka aku mengajak anda wahai YB untuk kita renungi bersama….

Atas semangat adik-beradiklah aku sanggup dedah keluhan dan aduan suara-suara ghaib dibelakang dan suarakan pandangan dan idea untuk kemajuan kelab…..walaupun aku terpaksa bertegang leher dan bermasam muka dengan anda wahai YB….jasa anda kepada aku terlalu tinggi YB….aku tidak lupa...Cuma…anda perlu terima hakikat….begitu ramai ahli yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan anda…..Cuma….suara mereka tidak dizahirkan secara berdepan….apakah anda merasakan kritikan dibelakang lebih baik daripada kritika luaran???...terpulang….realitinya….kritikan di belakang lebih tajam dan syadis rasanya daripada kritikan luaran….aku suarakan pandangan secara berdepan….mungkin anda merasakan aku ahli paling bermasaalah dan kurang asam….hakikatnya….cara aku lebih bertamadun untuk memperingatkan anda daripada suara-suara ghaib dibelakang…..Saidina Umar sendiri…..diawal perlantikannya….”taatlah aku jika aku benar…jika aku menyimpang…maka tegurlah aku…..ingkarilah aku”….dijawab oleh seorang pemuda….aku akan luruskan kamu dengan mata pedang!!!!....sedang pemimpin agung pun mampu tunduk dengan peringatan pedas ahli dipimpinnya….fahamkan kaedahnya???...….ya!!! cara aku kurang asam….tapi….itulah kaedah terbaik untuk aku sedarkan anda bahawa kepimpinan anda ada masalah dan perlu diperbetulkan…jika aku dirasakan bermulut jahat ataupun celupar….ayat-ayat yang aku terbitkan di hadapan anda wahai YB adalah ayat-ayat yang pernah dimuntahkan oleh suara-suara ghaib….mungkin aku ahli paling teruk bagi anda….terpulang…sekali lagi…demokrasi…. ….

Atas semangat adik beradik jugalah aku kritik untuk dilakukan perubahan demi menstabilkan kelab…..apakah anda kabur bahawa “bahtera” sebenarnya sedang berhadapan dengan pelbagai masalah?.... ….pertelagahan antara anak-anak kapal, ribut taufan….masalah logistik dan macam-macam lagilah sedang melanda kita semua….semua ini cukup berbahaya jika anda sayangkan “bahtera”….aku tidak letakkan bebanan ini atas bahu anda YB….jangan salah faham…..maksud aku….pengendalian bahtera tidak berada pada landasan sepatutnya…..lantaran itu aku terbitkan contoh keunikan dan kelebihan SMU, PERMAS & DEBAT itu perlu untuk kita hubung jalinkan…. pengendalian bahtera perlu diperbetulkan….mengapa bebanan itu seolah-olah dipikul oleh anda seorang saja?, mengapa anda terpaksa berkejar kesana kesini, berhabis sana berhabis sini???....mengapa anda terpaksa menanggung bebanan kerja seolah-olah bahtera tidak ada anak-anak kapal???...aku mahu perbetulkan keadaan….aku mahu membantu supaya anda tidak terbeban…..aku tahu bebanan bekerja tanpa ada sokongan…..aku faham luahan anda….namun…hakikat yang sukar untuk anda terima…..anda tidak memanfaat, mengguna ataupun menggerakkan jentera yang anda miliki dengan sepenuhnya…..tugas menjaga kewangan…..Bendahari…..tugas berurusan dengan pegawai HEP…..Setiausaha/MT Perhubungan & Pengantarabangsaan (jika ada)….tugas menguruskan beberapa portfolio dan urusan dalaman kelab….orang no 2 anda…..perancangan kelab, pengurusan aktiviti, penyediaan peserta & pertandingan, pengurusan aktiviti dalaman & pelbagai…..anda mempunyai Exco/MT…..anda boleh tumpukan kerja-kerja meningkatkan prestasi anak-anak kapal untuk bersaing dengan lanun-lanun diluar….mudah & ringan bukan???...namun, persoalannya, mengapa anda terpaksa bergerak sendiri dan memikul bebanan yang maha hebat ini secara berseorangan???....kerna anda tidak menggunakan jentera dan pembantu anda dengan sempurna dan berkesan….natijahnya….kertas kerja, pengurusan aktiviti, urusan jurulatih, perhubungan dan semuanya terpaksa dipikul oleh anda sebagai nakhoda....

Atas semangat adik beradik jugalah aku cuba membantu…..aku tak boleh katakan bantuan aku cukup sempurna/maksum….Cuma…apa yang termampu…itulah yang cuba aku bantu….mengapa tidak ada ahli/aku bertanya kepada anda….cmner program atau apa-apa yang anda terbitkan itu?...kerna anda bekerja berseorangan…..kemudian…anak-anak kapal dan penumpang mula menjauhi bahtera….ada yang bersara…ada yang buat endah tak endah….ada yang bermuncung….ada yang berpot-pet sana sini….itulah hakikat yang perlu diterima…seperti yang anda sendiri ucapkan….pahit untuk ditelan….tapi itulah hakikat yang perlu kita terima…paling penting…..persoalan tersebut bukanlah luahan hati aku semata-mata….luahan ini pernah terbit oleh orang atasan dalam program usahasama dengan PERMAS baru-baru ini….ikhlasnya…tulisan aku dibawah bukan untuk memaki hamun mana ahli……anda pakar bahasa Melayu…..kritik dan maki hamun adalah berbeda sama sekali…..apa yang aku nukilkan cuma mengkritik orang yang terlibat supaya tidak berulang perkara sama…..apakah tulisan aku dibawah terkandung ayat celakalah kau!!!/sial!!!/bodoh!!!!/setan betol!!!! Ataupun ayat-ayat setan yang seangkatan dengannya???....aku tidak pernah menyatakan sebarang paksaan ataupun wajib ikut dalam tulisan aku…..aku hanya kritik dua tiga orang individu…..kata setuju…..namun….ghaib disaat program berlangsung….mesej pun tidak apa pun tidak….aku tidak bercakap kepada mana-mana individu yang nyatakan ketidakhadirannya….apa yang aku maksudnya…individu yang berjanji……senyap sepi….tidak ada mesej langsung….baik disaat program sedang berlangsung ataupun disaat selepasnya….itu yang aku maksudkan…..anda perlu faham makna disebalik tulisan aku…..bukan disebabkan program itu program aku….maka aku melenting….tidak….sebelumnya….berapa ramai yang menyuarakan hasrat dan pendapat berkaitan bahtera…..tidak dimaklumkan aktiviti….terpinggir…..didiskriminasi…..macam-macamlah….jadi….aku cuba pulih dan ubah mentaliti ini….aku mahu kumpulkan semua ahli….aku mahu buka lembaran baru….jangan ada yang terpinggir…..sama-sama hidup dan gerakkan bahtera kembali…..namun….apa jadi???....suara yang selalu kritik di belakang sebelum ni….pun tidak muncul-muncul jugak….ini yang cuba aku kritik…Cuma….ada satu ayat seorang ahli cukup kasar bunyinya bagi aku…..maka….aku perlu ketengahkan jawapan aku…..

Banyak yang ingin aku perkatakan….namun…cukuplah setakat itu…..konklusinya….aku bukanlah manusia maksum….hakikat itu akan tetap aku junjung sampai bila-bila…Cuma….atas semangat adik beradik….aku suarakan pandangan aku….kerna aku yakin….adik beradik bukanlah bermaksud tidak boleh ada teguran/kritikan…..kerna itu bukanlah hubungan yang baik….kerna hubungan adik beradiklah kita perlu tegur….baiki sesame kita….kerna kita tidak ada apa-apa kepentingan pun….Cuma….hanyalah secebis harapan yang terbaiklah buat kita semu..namun....

“Jika aku perlu menutup mulut…..kemudian kebaikan akan menyusul….maka wajarlah aku berbuat demikian…..namun….jika aku menutup mulut…..sedang keburukan terus menimpa……maka celakalah aku bersikap demikian…..”

Hanya yang terbaik buat semua adik beradikku d’ alam debat UPSI…..Salam Hari Raya….Maaf Tuturku Pinta….

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz