Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 7 comments
]

Intro

Salam Ramadhan buat semua, sudah lama aku tidak mengetuk laptop untuk berkongsi cerita bersama kalian. Bukan ape....xde mood nak menulis...banyak sebab musyababnyer, antaranya internet kurang ligat berbanding dulu, sibuk sikit (sikit jerrr) ngan asignmnt & bla2.....

Berita Semasa


Tanjung Malim-Petang tadi, wartawan lokasi cik Rasmini melaporkan ramai katanyer budak debat berangkat ke RTM, Kuala Lumpur untuk majlis berbuka puasa disana. Mesti penuhlah entri durank lepas ni kan....almaklumlah, tempat glamour, makan sedap dan ada publisiti plak tu.....tahniah untuk semua atas kesempatan kesana....

Analisa Berita

Namun, satu perkara yang menarik perhatian aku...hari ini juga genap seminggu program berbuka puasa di Sungai Samak. Jika dibandingkan dengan program berbuka puasa di RTM hari ini, nescaya jauh panggang dari apilah. Untuk melihat perbandingan dua program ini, aku permudahkan melalui perbandingan berikut:

a) Gelap vs Terang
b) Hutan vs Bandar Kosmopolitan
c) Lampu Malap vs Lampu Berkelip-kelip
d) Makanan Masak Sendiri vs Katering/Buffet Hotel
e) Pasir vs Karpet
f) Jalan Becak/Berlubang-lubang vs Lebuhraya
g) Kereta Kancil vs Bas
h) Kamera Mini & Cik Nad vs Kamera Tertera Logo RTM


Demikianlah antara berpuluh-puluh perbedaan dua majlis ini. Pastinya prestij, glamour, vougenya program RTM itu amat jauh untuk dibandingkan dengan program di Sungai Samak. Minat hadirin hadiratnya sudah tentu mudah untuk kita teka dan ramal. Kebetulannya, dua program ini jatuh pada hari yang sama yakni dihujung minggu yang ada kuliah....cuma...tarikhnyer berbeda....

Kisah d’ Sungai Samak

Idea untuk mengadakan satu majlis yang mampu mengumpulkan semua warga debat UPSI telah tercetus pada minggu sebelumnya. Imaginasi aku membayangkan satu suasana meriah dan harmoni dipenuhi hilai tawa, senyum manis dan gurau senda bersama akan wujud apabila semua warga pendebat UPSI berkumpul bersama. Sudah lama rasanya keluarga debat tidak berkumpul bersama. Seingat aku, program terakhir yang berjaya mengumpulkan seluruh keluarga debat UPSI ialah Malam Gala Debat (Maaf jika tajuk kurang tepat) di zaman broder Faizi & da geng masih lagi aktif bersama kelab. Selepas itu, keluarga debat seolah-olah hilang serinya tatkala transformasi kepimpinan berlaku. Semakin hari semakin jauh rasanya ukhuwah antara kita.

Imaginasi Kepada Realiti

Lantas, terdetik satu idea di benak ini untuk menganjurkan satu program yang mampu menghidupkan semangat, ukhuwah dan nostalgia zaman-zaman sebelumnya. Lebih-lebih lagi disaat keluarga debat berhadapan pelbagai konflik dan kejatuhan prestasi dalam pertandingan yang disertai. Maka, kata hati berbunyi, wajarlah aku menghidupkan kembali sel-sel yang telah mati. Kerana aku percaya, setiap sel-sel yang wujud dalam badan bergelar Kelab Debat Bahasa Melayu UPSI ini mampu untuk dihidup dan digerakkan kembali, paling penting setiap sel ini ada fungsi, kelebihan dan manfaat tersendiri-tidak wajar untuk dibiarkan terus mati.....Lalu, lahirlah sebuah idea untuk mewujudkan majlis berbuka puasa. Manfaat Ramadhan ini tidak wajar untuk diketepikan. Hajatnya mahu menghimpunkan seluruh manusia yang bergelar pendebat UPSI. Tambah gah lagi, saat inilah semua alumni, senior dan junior UPSI boleh berkumpul kembali.

Terus aku sebarkan sms kepada nakhoda-nakhoda penting untuk aku pinta sedikit idea dan sokongan bersama. Aku percaya, idea ini terlalu sukar untuk aku bergerak seorang diri. Aku perlukan sokongan dan dokongan semua kerna aku yakin dan percaya, ini bukan majlis perkahwinan encik Baihaqi ataupun majlis mana-mana individu.....ini majlis yang didalamnya wujud roh, semangat dan jiwa keluarga debat....majlis ini hak milik bersama. Maka gerak kerja pun perlulah bersama. Lagipun, tujuan aku terbitkan idea inipun untuk bergerak, berhibur dan bergumbira bersama-sama.

Alhamdulillah, walaupun ada yang meragui ataupun tidak bersetuju dengan idea ini. Sangkaanku majoriti yang hadir memberikan maksud bersetuju melalui reaksi mereka. Perbincangan berlaku, idea baru datang mencurah-curah, setiap halangan diketemukan dengan cadangan dan alternatif pilihan. Nah! Inilah hasilnya bila kita menjunjung muafakat dan musyawarah. Otak aku seorang tidak mampu untuk memikirkan semua itu, sekalipun mampu ianya tidak akan wujud dalam masa yang singkat.

Kata putus diambil, rancangan disusun dan digerakkan. Hampir semua manusia bergelar pendebat UPSI dihubungi. Alasan, halangan/kekangan yang dihadapi oleh mereka sememangnya satu cabaran untuk aku kumpulkan semua keluarga debat. Itulah cabaran dan tugasan yang perlu aku pikul untuk aku jayakan majlis ini. Jika gagal maka gagallah majlis ini. Kerna tujuan aku mewujudkan majlis ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengumpulkan semua keluarga debat.

Keluar masuk penyertaan ahli dalam sesuatu program adalah perkara biasa yang perlu kita hadapi. Namun, cabarannya bukanlah semudah disangka. Selepas membuat bajet dan kira-kira, aku perlu dapatkan sekurang-kurangnya 20 orang pendebat untuk mengelakkan masalah kewangan dan kecelaruan kos perbelanjaan daripada berlaku. Saat itu, semangat aku kian pudar memikirkan alasan dan kekangan yang dihadapi oleh pendebat untuk tidak ikut serta dalam program ini. Namun, melihat kesungguhan Cik Nad Jr dan Hairi aku tidak boleh kalah....alhamdulillah, disaat akhir list ditangan aku menunjukkan angka 23 orang boleh hadir dalam majlis ini.

Dugaan, Cabaran dan Hakikat Yang Perlu Diterima

Hukum alam telah membuktikan, kita merancang tuhan yang menentukan. Disaat program sudah siap sedia untuk dijalankan, satu demi satu sms diterima mengatakan terpaksa menarik diri atas pelbagai alasan yang diberi. Sebelumnya, ada yang menyatakan sibuk dengan program Ihya Ramadhan, Wacana dan macam-macam lagilah. Beberapa jam sebelum majlis mahu dilangsungkan pun masih ada sms yang menyatakan 50-50 disebabkan berkejar ke perpustakaanlah, ada kelas gantilah, perbincangan kumpulanlah, siapkan asignmntlah, tak boleh sembahyanglah, ada meetinglah, mahallah dan macam-macam lagilah.....terduduk aku memikirkan masalah ini. Wajarkah aku teruskan program ini disaat semuanya sudah digerakkan. Kepalaku pusing memikirkan kuantiti makanan yang dibeli, sewa pengangkutan dan penglibatan peserta yang kian mengecil.

Kata Cik Nad Jr....”alang-alang baik teruskan jer Bae”....teringat juga kesungguhan Johan, Hairi, Kadir, Faizal, Mini, Razi, Kama, Kaza, Aini, Cynthia, Fawiz mencari dan menyediakan juadah untuk dibawa ke Sungai Samak dan kesudian Remy men’sponsor’ sesuatu untuk program, aku putuskan, tak mengapalah. 5 orang ke, 3 orang ke aku akan teruskan. Alhamdulillah, daripada kira-kira 30 orang warga pendebat UPSI dan 23 yang menyatakan sudi hadir, seramai 11 orang pendebat telah hadir untuk menjayakan majlis. Siapa kata jumlah yang kecil program sukar dijalankan, buktinya lihat saja entri & gambar di blog cik Nad Jr...hu3...Terima kasih buat semua yang sudi hadir kesana. Bukti kemeriahan bersama akan terukir dalam memori siapa yang hadir dan realitinya boleh dilihat melalui kepingan gambar tanda ukhuwah kita bersama.

Kenangan Terpahat, Ukhuwah Tersemat, Hasilnya Nikmat.....Balasan Jerih dan Keringat

Mandi sungai malam-malam buta, teka usul, pusing botol, regu, solat terawih, diskusi debat, gotong royong memasak dan pelbagai lagi aktiviti kelolaan Kamarudin akan kekal dalam ingatan bersama. Kemeriahan itu tetap dirasa walaupun kita meraikannya dalam keadaan sederhana. Buat insan bernama Johan, Hairi, Kadir, Faizal, Mini, Razi, Kama, Kaza, Aini, Cynthia, Fawiz dan Nadia terima kasih atas komitmen anda walaupun ada yang terpaksa balik awal dan tidak dapat hadir diakibatkan kematian keluarga.

Kepada yang mengisytiharkan dirinya sanggup hadir tetapi gagal menzahirkan diri anda seperti dijanjikan aku halalkan kredit aku....hu3....roh aku tidaklah terlalu berdukacita kepada manusia yang tidak dapat hadir tetapi boleh mengirimkan satu sen sms menyatakan tidak dapat hadir. Tetapi roh aku terlalu berdukacita dengan manusia yang terus menghaibkan dirinya tanpa khabar berita. Lebih-lebih lagi manusia atasan, sunyi sepi tanpa ada pertanyaan ”okeykah program Bae?” ”ada masalah ngan program x Bae?” ataupun ”ade ape2 lagi yang xsettle yg boleh dibantu?” ataupun satu lagi, ”barang-barang program dah dihantar belum Bae?” kepadaku...

Akhir kalam, selamat kembali buat semua yang sudi menghadirkan diri ke majlis berbuka puasa di RTM. Alhamdulillah, program Ihya’ Ramadhan, Wacana, assingmnt, discussion n bla2 lagi tidak menghalang anda berkunjung kesana. Almaklumlah, hari ini hari jumaat....hu3.....

Selamat Hari Raya....

Ampun Maaf Dipinta Buat Semua.....

7 comments

F.Aminurrashidd said... @ September 11, 2009 at 10:49 AM

Bae, bukak Puasa kat RTM becozz ramai yang nak pi sebab FREE.. tapi, antara sg Samak dan RTM.. dua dua aku x pegi.. heh

nadianarzaray said... @ September 11, 2009 at 12:49 PM

hahaha..bae..ni entry mu yg plg bnyk masuk nama ak..huhuhu bangga siot..bakal pres letak nama ak dlm blog dia..paperr hal sowry arr bae..ak x membantu sepenuhnya..tp pgram tuu gempaq seiii..nntkan volume II sg samak..heeheheh

diktator mulia said... @ September 11, 2009 at 5:02 PM

free ke byar ker ttp bbza....rtm free pon prgram org...sg. samak prgram sapew?...ho3...konnya sibukla apela...cmla aku xdk asgmnt, discuss n bla2....hu3...haikatnyer terang lagi bersuluh bro....pepon tqla atas bntan ko....jasamu ttp dkng....cik nad....jan dok loklak na....ang tu asyik tido jerk...brg xanta2 g seiyh....ko dok pgl aku pres nanti aku wat entry promote ang....ha3

nadianarzaray said... @ September 12, 2009 at 9:17 AM

cehh!!!!ang tuu yg kuat tdo..ngata ak..aiseyyy...
ok2 nnt kt p antar barang..
ak lg kerr driver dia..aiseyy...ak kalo stakat bw jerr ak ok laa..ni kalo tong gas dia ak gak yg angkt..huhuhu..xsnggup..heheheh

diktator mulia said... @ September 12, 2009 at 2:57 PM

xkshlah....aku angkt ataih bahu ang....pastu ang pikui la sorang2 p masuk stor eah.....wahawahawa....sosej tu...ingt pesan sirul....jgan dguna kjln yg salah....ingat ramadhon cik nad.....kakaka

nadianarzaray said... @ September 12, 2009 at 8:01 PM

aiseyyy.......sejak ble ang ang sirul nii jd kronisme???patut arrr dok buli ak jerrr arii tuu..kalo cam tuu ak malas arr nk p antar brg....kalo ak gak yg angkt..ishhh2..

diktator mulia said... @ September 13, 2009 at 5:51 AM

uih....ko jan wat pasai...marah d pres permas bru ang tau....ha....yelah...aku angkt....sok ko cr kete ah....ho3...

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz