Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 3 comments
]


Assalamualaikum w.b.t,

Esok aku akan berangkat ke tanah istimewa untuk mengerjakan rutin dan kewajipan sebagai seorang Muslim beriman. Beriman?? layan jelah.....hu3....Keberangkatan aku kali ini tidak diiringi sesiapa pun. baik ahli keluarga mahupun ahli Kelab Debat Bahasa Melayu UPSI (KDBM).

Tambahan pula, dengan status bujang dan single (ha3) maka kepala aku tidak perlu sibuk memikirkan tentang tiket dan jadual perjalanan anak maupun bini-bini sekalian (bini-bini??? insyaallah...). Lagipun raya tahun ini akan aku gunakan untuk beribadat kepadan-Nya.

Sudah lama aku merindui tanah istimewa ini. Tidak ada yang lebih menggembirakan hati dan menenangkan jiwa melainkan jika aku dapat menjejakkan kaki ke tanah tumpah ini. Aku percaya, setiap manusia yang beriman, tentu saja akan menuruti dan kepingin sepertiku.

Tertera di tiket, aku akan berlepas pada jam 3 p.m esok. Hatiku berdebar-debar menantikan detik itu, kerna itulah niat dan hasrat murni aku sejak sekian kalinya untuk menjejakkan kakiku di sana. Insyallah, walaupun pemergianku tidak berteman, ketibaanku tentu akan disambut oleh seseorang.

Tempoh perjalanan tidaklah lama. Insyaallah, jam 8 malam aku akan sampai ke gua musang ataupun lebih dikenali di England dengan nama Fox Cave. Insyaallah kepulanganku akan disambut oleh dua orang hero dan heroinku dikampung. Inilah tanah istimewa yang aku rindukan yakni Mentara New.

Sebelum tu, tadi aku berkesempatan keluar makan di Restoran Mapele bersama y.b2 sekalian. Kata Shaiha, kenyang giler sebab ikut kepala aku hu3. Bercerita bab makan banyak ni, satu perkara yang menarik perhatian aku. Boroi!!!!


(Ada yang berminat????....ngeh3)

Ramai yang cakap lelaki boroi tanda bahagia, sejauh mana kebenarannya?? Persoalan yang timbul bagaimana pula kalau lelaki yang belum lagi berkahwin tetapi telah pun boroi??(macam????) Mungkin itu tanda hidup kita (lelaki boroi) memang bahagia dan mungkinkah makin boroi selepas berkahwin bermaksud semakin bahagia??

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah boroi setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki "bujang senang" lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.


(Pilihlah Menu Terbaik Untuk Keleperan Peyoot Anda...)
Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk ‘makan di rumah?.

Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga.

Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan.Walaupun aku merasakan wanita sebegini sudah terdesak sebab waktu single malas ke dapur.....ngeh3

Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali,periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu.

Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat! Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh.

Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain ‘boroi?. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah.

Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang ‘slim? dan masih tampan.

Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang…namun itulah hakikatnya. Maka, nasihat ikhlas buat Cik Nad, Aini, Nora, Ain, Zack, Biha dan Amir....Amir???...carilah bakal suami yang boroi.....bak kata kajian tu, lambat dan rendah risiko untukl mendapat title "Mak Jan".....Mak Jandala......ha3...

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat.

Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga. Nasihat Ikhlas dari Encik Baehaqie, Pakar Diet Pilihan Anda.....kah3.....

3 comments

Amir Batrisya~ said... @ November 24, 2009 at 4:26 AM

bukan ke laki boroi lagi cepat m*mp*s??!!..
hm, selamat menjadi boroi!!..
hehe~
xkan carik laki boroi!-haha~

F.Aminurrashidd said... @ November 24, 2009 at 9:25 PM

geli aku tengok gambo perot tuh.. boroi tahap kuasa 18 dah tuh.. heheh

Anonymous said... @ December 22, 2009 at 5:50 PM

boroi2 sensitif oi...

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz