Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]


Sambil aku tunggu masa sesuai untuk check out dari bilik no. 1, rumah 2-9-3, aku luangkan sedikit masa untuk Filem IP Man!. Khazanah dalam pendrive Eddy ini sangat berguna sehingga membuatkan aku berfikir sejenak.

Perrrgghhh!!!!!.....

Percayalah dunia, dalam masa kurang 5 jam gua telah usha 2 x movie mandarin hebat lakonan Donnie Yen. Dan sememangnya aku menyatakan ianya adalah tirai penutup terbaik untuk filem-filem yang pernah aku layan untuk tahun 2009 ini selain 2012 dan Transformers.

Filem Ip Man (sebutan Yip Man), adalah sebuah tribute kepada seorang pakar kung fu di Fo Shan, sebuah pekan kecil di China. Yip Man juga adalah jurulatih kung fu (jenis Wing Chun) kepada bintang filem terkenal 70'an, Bruce Lee.

Sambil gua belek2 pendrive Eddy, tup2 ada movie bha…hu3. Terrrbaik!! Antara filem kung fu terbaik pernah gua tonton, atau antara filem martial art terbaik kot. Ip Man bukan sahaja menonjolkan aksi-aksi kung fu yang 'logik', tak kuat terbang dan diterima akal malahan juga plot penceritaan atau storyline adalah menarik. Pengarah Seni yang bersusah payah dalam membentuk kareografi untuk filem ini adalah pelakon merangkap ex-classmate Jackie Chan iaitu Sammo Hung.

Berkisarkan kehidupan lagenda kung fu ini, yang berlatar belakangkan tahun 30'an hingga 40'an, ketika Jepun menyerang China. Bagaimana persaudaraan, maruah dan harga diri boleh meluapkan gunung berapi. Nilai kekeluargaan dan persahabatan yang hebat juga menjadi suatu agenda utama yang di ketengahkan oleh pengarah Wilson Yip dalam filem Ip Man. Babak-babak lawak slapstik juga muncul ketika klimaks perlawanan, menjadikan filem ini lebih santai dan mudah dihadam oleh golongan umum.

Perkembangan watak juga menaikkan nafsu amarah gua untuk menonton filem ini sehingga habis. Bagaimana watak Ip Man dari seorang cool menjadi seorang pejuang, dan watak Li Chiu, seorang pegawai polis menjadi tali barut Jepun dan berubah menjadi sahabat yang baik. Pemilihan pelakon juga adalah terbaik, anda pasti akan berbisik dalam hati, "macam pernah tengok pelakon-pelakon ni". Ohh ya, watak isteri Ip Man dibawakan dengan jayanya oleh aktres cantik jelita Xiong Dai Lin. Aku ter pikat!! Inilah kriteria bini yang aku cari….ha3

Penataan bunyi memang terbaik. Anda boleh dengar bunyi tumbukan laju-laju itu dengan jelas sekali, umpama anda sedang menampar-nampar telapak kaki anda laju-laju...Laju sangat... Haa...macam tu. Tu lah bunyi Ip Man menumbuk!! Siapa tak teruja? Musik latar adalah sesuai, tidaklah seperti sebuah drama swasta TV3, babak berpisah dengan bapa tapi lagu latar OST Godfather...demmit….ngeh3

Secara keseluruhan, jika anda kepingin filem aksi lawan-lawan. Gua dengan penuh ikhlas mencadangkan filem Ip Man. Serius, ianya jauh lebih bermakna dari sudut penceritaannya jika nak dibandingkan dengan filem aksi tomoi, Ong Bak yang gaya aksinya sama sahaja dalam filem-filem aksi Thai lainnya.

Moralnya, jadilah padi, jangan jadi lalang. Hakikatnya, dua-dua mudah untuk bergoyang dan menurut setiap arah angin. Tetapi goyang-goyang padi, makin lama, makin berat isinya, makin kuning warnanya makin cantik gayanya dan semestinya, semakin tua semakin tunduk ke bawah dan kandungannya menjadi penyambung hayat buat makhluk Allah yang lain..

Tetapi lalang, makin meningkat usianya, makin tegak pucuknya, makin kuat ego dan sikap persaingannya, makin tajam sisinya namun diakhirnya tatkala usia sudah lanjut, rebah dibalik timbunan lalang-lalang yang lebih muda dan semestinya ia tidak memberi manfaat pun kepada sesiapa bahkan menyesak dan menyusahkan petani tatkala mahu membersihkan kebunnya.

Begitu juga kita sebagai manusia. Tatkala mentari terbenam, siang tidak hanya bertukar warna tetapi malam tiba dengan segala isinya. Tatkala kepala sudah beruban, rambut tidak hanya bertukar warna, tetapi petanda kematangan usia. Tatkala ilmu penuh didada, pengalaman bertambah seiring perkembangan usia, itulah petanda kita bukan manusia biasa, tetapi manusia luar biasa.

Ibarat padi, tatkala ilmu penuh didada, janganlah pula menyesatkan kita. Tatkala pengalaman membezakan tua dan muda, janganlah pula riak dan takbur memisahkan kita. Jadilah manusia yang sering merendahkan dirinya. Tatkala pujian hadir tak terduga dan kemahsyuran melimpah tak terjangka, ingatlah!! sebenarnya itulah petanda ujian Allah buat kita.

Samada kita mampu untuk menjadi hamba yang bersyukur dan memanfaatkan kelebihannya ataupun sebaliknya. Ingatlah!! syurga dan neraka itulah imbangan kurniannya. Janganlah disalah guna kelebihan yang ada tetapi guna dan kongsilah buat manfaat bersama.

Begitu juga kita sebagai manusia. Tatkala mentari terbenam, bulan tak kunjung tiba. Tatkala kepala sudah beruban, rambut sahaja bertukar warna. Sedang hati dan jiwa masih ditakuk lama. Tatkala ilmu penuh didada, tingkah laku menunjukkan sebaliknya. Tatkala pengalaman melimpah nafsu dan kesumat terus mendominasi tingkah laku kita. Itulah petanda, ilmu dan pengalaman tidak diguna sebaiknya.

Ibarat lalang, tatkala usia kian meningkat seiring peredaran masa, janganlah ego dan bongkak merosakkan kita. Tatkala ghairah dan agresifnya darah muda, janganlah nafsu dan tamak mendominasi persaingan sesama manusia. Tatkala kita berdepan perubahan usia daripada muda kepada tua, janganlah pula menjadi beban kepada manusia dek penyalahguanaan ilmu dan pengalaman didada. Tatkala manusia menjauhi kita, itulah petanda kita sudah tersilap langkah dan pastinya itulah peringatan tersirat daripada-Nya.

Konklusinya, jadilah kita manusia yang bersyukur atas nikmat dan kurnia-Nya. Janganlah pula kita menjadi sebaliknya. Aku suka watak IP Man!!....walaupun dianugerahkan kekuatan dan kelebihan istimewa. Dia masih seorang yang humble. Cool, relaks, setia and bla2. Jadilah manusia matang seiring perkembangan usia. Paling penting, bininya cantik lo0orh….ha3

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz