Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]

Dua tiga hari ini antara isu yang menarik perhatian aku adalah berita kemangkatan Sultan Johor dan juga tragedi gempa bumi di Haiti. Dua kisah berbeza kronologi tetapi sama hala tuju dan pengakhirannya. Ditengah liputan hangat media tentang kemangkatan Almarhum Sultan Johor, muncul pula kisah Aduka Taruna yang dikecam hebat lantaran tulisan berani matinya yang berjudul “mampos buat cara mampos la”. Dua-dua cerita orang mati…..

Lalu gegak gempitala seluruh Malaya dengan jeritan dan pekikan individu-individu yang berlabelkan rakyat sejati, Melayu sejati dan bermacam-macam lagilah. Sempat juga aku belek blog aduka taruna ( http://adukataruna.blogspot.com/) untuk aku dapatkan gambaran sebenar apakah yang berlaku. Umpama goreng pisang panas, blog yang asalnya biasa-biasa saja kini telah bertukar menjadi blog paling hangat di Malaya.

Berbakul-bakullah makian, kejian, sumpahan dan sindiran “pejuang Melayu” sekalian dek tergurisnya hati dan perasaan mereka membaca tulisan yang menghina raja mereka. Terkini, Aduka Taruna sudah bertukar imejnya, daripada seorang ” grafik boy” kepada “gari boy”.

Kemudian, aku teruskan pencarian maklumat seterusnya (ala-ala detektif Conan).
Aku taip di Google Sultan Johor Remix (hasil maklumat sebuah blog “pejuang Melayu”) dan muncullah you tube berjudul Sultan Johor Remix. Dalam klip video itu terpampang rakaman ucapan Almarhum Sultan Johor sedang berucap dalam majlis perasmian projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Tetapi suaranya sudah diubah suai. (ada masa boleh tengok sendiri, http://www.youtube.com/watch?v=rRPBkBls0k0)

Aku teruskan lagi, ” Sultan of Johor is Dead ! Bravo!” tulisan dalam blog (http://guttermalaysia.blogspot.com/2010/01/bravo-sultan-of-johor-is-dead.html) juga wujud tulisan yang cuba mengimbau sejarah silam Almarhum.

Aku teruskan lagi, taip saja di Google perkataan “Sultan Johor….” Akan keluarlah cadangan seperti berikut, “Sultan Johor Tampar”, “Sultan Johor Samseng”, “Sultan Johor Bunuh” dan banyak lagilah. (seperti biasa, ada masa boleh try cari….hu3).

Terfikir gak aku, maunyer lokap penuh kalau gini....hu3

Berbalik perihal Aduka Taruna, teringat aku akan seorang pemuda. Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya. (http://www.youtube.com/watch?v=H5CpNayC2AU&feature=related)

Begitu juga di Thailand, seorang wanita bernama Daranee Charncherngsilapakul dijatuhi hukuman penjara selama 18 selepas dia didapati bersalah menghina pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej.

Demikianlah antara puluhan kes yang melibatkan penzahiran amarah dan perasaan tidak puas hati oleh manusia biasa terhadap manusia luar biasa. Apakah Aduka Taruna akan berduka didalam penjara seperti mana yang dialami Muntazer al-Zaidi dan Daranee Charncherngsilapakul dek tindakan berani mati?

Dah puas aku menyelongkar, maka timbullah 7 persoalan di benak ini, mungkin gambar-gambar berikut mampu menampung persoalan di benak ini:-

1. Dimana nilainya harta, nama dan mahsyur?.

(Michael Jackson kini keseorangan mendepani nasibnya di alam barzakh)

2. Kukuhkah lagi doktrin Demang Lebar Daun dalam kalangan masyarakat kita?
(Pembunuhan beramai-ramai keluarga diraja Nepal pada 2001 menjadi detik awal kehancuran sistem beraja di negara itu)

3. Mengapa dicipta jurang, darjat dan kelas sesama manusia, sedang didalam al-Quran telah terang lagi bersuluh manusia diakhirat kelak akan diadili dan dikelaskan berasaskan amal ibadat semata-mata?
(Nelson Mandela terkenal dalam perjuangannya untuk menghapuskan dasar Apartheid di Afrika Selatan)

4. Mengapa adat dijunjung melebihi tuntutan hukum dan syarak?

Fatwa Pulau Pinang
bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat dengan meletakkan kalung bunga di tugu namun bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

Fatwa Pahang
di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa :“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan

Fatwa Perlis
bahawa berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 90. Ayat itu bermaksud:
”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab (berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

5. Mengapa taksub dan agresif dalam sesetengah perkara sahaja?

(Kain rentang ini selamat daripada didakwa)

6. Apakah kita sudah bersedia untuk berselimut kain kapan, berbantal tanah merah, berteman cacing dan kala, beristana liang lahad, bertugu nisan dan berkenderaankan keranda?


7. Mengapa kita lebih takut manusia melebihi Allah?

(pernah ditakuti dan diakhir hayatnya diaib sebegini...)

Diakhirnya, aku tutup persoalan ini dengan dua artikel menarik (cam biasa, rajin-rajinla membukanya…..hwah3):-

• Artikel Abdul Aziz Bari (http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6438626.asp)

• Revolusi sosialis dan revolusi demokratik: Oleh John Rees (http://74.125.153.132/search?q=cache:yzRHrElIwuoJ:arts.anu.edu.au/suara/rees3.rtf+pemansuhan+sistem+beraja+di+Iran+pada+1979&cd=7&hl=en&ct=clnk)

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz