Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 2 comments
]

Sewaktu 2009 menghampiri penghujungnya dan dekad ini melabuhkan tirainya, anda mungkin bertanya tentang wajah hari-hari muka yang bakal tiba kelak. Sungguh, anda tidak berseorangan dalam hal ini.


Berlatarbelakangkan pelbagai gejala kerosakan yang melanda institusi-institusi kritikal “Ibu Kandung” ini dan kelembapan prestasi sepanjang tahun lepas, selain bencana alam tsunami membantai “bahtera” serta meletusnya “perang” membasmi “virus-virus” SARS dan H1N1 dari rongga-rongga hidung, tidaklah hairan jika ramai yang resah dan gusar akan nasib “bahtera” sepanjang tahun 2010 ini.


Namun begitu, tidak semuanya kelam dan muram. Pada setiap kesukaran, ada penyelesaiannya. Ya!, telah muncul cahaya perak di langit yang hitam. Barangkali ia adalah bayangan masa depan kita. Ia telah tiba jua akhirnya.

Ya, anda betul. Masa depan telah berada di sini. Ia mungkin tiba lebih awal. Bahkan ia terpanggil dan semacam dipanggil untuk sampai lebih awal? Ia begitu didambakan dan mungkin kerana itu jugalah ia menjengahkan mukanya lebih awal dari dijangka.

Ia semacam mengisytiharkan bermulanya kesedaran baru yang kian lama ditunggu dan dialu-alukan oleh banyak orang, tetapi dibenci oleh musuh-musuh perubahan dan pembaikan. Boleh juga dianggap kelahiran baru pejuang-pejuang separa veteran serta kemunculan baru para perintis perubahan dan bakal penggerak “bahtera” tersayang.

Selang sebulan entry dibawah dikarang, tidak terduga dan terjangka impian aku mula menampakkan titik-titik realitinya. Sebulan yang lalu, “bahtera” ini seolah-olah meniti titian usang. Muncul keraguan untuk tiba kedestinasi seterusnya. Manakan tidak, titian ini telah reput dimamah anai-anai. Dalam diam dan “sopan” menggigit dan mengunyah dibantu sang ratu cantik menawan.

Siapa sangka langit yang hitam diatasnya cahaya perak terang benderang. Cahaya yang aku inginkan rupanya dibalik awan yang hitam. Mudahnya, aku perlu alihkan awan hitam itu untuk aku cerahkan dataran daripada terus diliputi awan hitam. Awan hitam itu perlu aku hilangkan jika impianku itu mahu dijadikan kenyataan.

Terbuka KHAR adalah ukurannya. Permulaan buat bakal pejuang dan medan latihan separa veteran. Alhamdulillah ramainya yang boleh diletak harapan. Cuma perlukan latihan dan bimbingan berterusan. Pejuang-pejuang ini perlu aku lumurkan ilmu dan pengetahuan. Agar utuh dimedan perang.

Walaupun aku bukanlah manusia agung berimej hebat dan anak kesayangan lantaran sering bertelagah dengan tuan. Usaha kerdilku diharap mampu menyumbang buat kelahiran para pejuang. Pejuang yang dahaga dan laparkan kejayaan, ilmu dan pengetahuan.

Aku akui ilmu, gelaran dan pengetahuanku tidaklah gah seperti tok guru Cham Royal ataupun veteran kelab sanjungan kalian tetapi aku yakin dengan kesungguhan dan keazaman. Bahawa aku mampu membina “bahtera” idaman seiring bantuan teman dan “adeq-adeq angkatku” (Sepa Tutt????) sekalian……ha3…..

Paling penting terserah pada para pejuang. Usaha barisan separa veteran takkan mampu menghadirkan kejayaan jika bukan kalian juga seiring dan sejalan. Kuatkan disiplin, kesungguhan mencari ilmu pengetahuan. Insyaallah kejayaan menyusul dengan perkenan Allah tuhan sekalian alam.

Diakhirnya syukran khop khun khap buat sumer yang terlibat dengan Terbuka KHAR 2010, Cik Nad Jr., Faezal, Kak-Dier, Jo-Han, Bro. Faizi Test, Are-Piez, Faz, Ida, Prof., Mini, Azim KAB, Encik Ba’e (eh! Ader gak ker???), Aini, Pa-Weez, Nowaz, Amier, Zurin, Sue, Shifa, Aqwal, Polynia, Sae-Me, Azli, Madi, Shahril, Loqman, Baha, Biha, Suffian, Apeez, Nik Zaiton, Mahirah & Team, Leeya, Zam, Cik Mus & E-Ja. (SORI LAU ADER NAMER YANG TERTINGGAL). Ingatlah, kalian adalah cahaya dan sinar harapan Ibu Kandung……teruskan berusaha……

*Nota: (
Oleh kerana entry diatas ditulis sewaktu aku baru bangun dari mimpi indah bersama William Shakespeare, maka aku lampirkan literal untuk memeningkan lagi kalian….hwah3)

Mengikut Kamus En. Ba’e Edisi Terhad Bagi Tahun 2010, perkataan berikut didefinisikan sebagai:-

-Bahtera-Bahtera Terez
-Test-Selera Unik
-Adeq-adeq Angkat- Puan Ikan Kehabisan Air & Cik Lena Sungguh
-Anai-Anai-Anak Encik Isa
-Ratu Canteq Menawan-Encik Isa Sendirian Berhad
-Virus-virus SARS dan H1N1-Sebuah Perangai Bucuk
-Ibu Kandung-Bangunan Drakula
-Langit Hitam-Tradisi atau Budaya Agung Yang Selalu dipuja dan Diagung-agungkan Seperti Upacara Vodoo
-Cahaya Perak-Budaq-budaq Yang Belajaq Kat Perakla…..Budak Jr. UPSI…..
-Tuan Guru Cham Royal-Sekumpulan Manusia Yang Mempunyai Hilaian Ketawa Yang Menggerunkan
-Musuh-musuh Perubahan-Pejuang Tradisi atau Ortodoks

Disediakan oleh:-
Wakil Rumah 2-7-11

2 comments

MENJEJAK DEWASA~ said... @ January 22, 2010 at 3:44 AM

AWAN HITAM...
pergilah...
berlalulah...
nyah lah dari sini...
CAHAYA PERAK...
marilah ke sini...
berlabuhlah di bahtera indah ini....
kami rindu cahaya gemerlapanmu...
kami rindu lambaian pelangi di balik awan gemawan...
moga usaha kita yang tak seberapa diredhaiNya...
amin~

ninim said... @ January 22, 2010 at 3:55 AM

bae yang sengal
aku pecaya pada ngko tok bimbing kitorang
dalam dunia DEBAT
bukan benda lain erk

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz