Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 4 comments
]


(Entry ni aku tulis time cuti sem baru ni.....sambil feeling ngah meluap-luap, aku zahirkanlah apa yang aku sedang pikirkan time tu....ngeh3.....nak publish xbley coz blog aku ni baru leh dibukakkan kunicnyer.....idak tau ngaper yerk.....)

Apabila seseorang sedang termenung keseorangan kerana memikir dan melayani emosi serta ingatan semalam, banyaklah waktu yang terluang baginya untuk berfikir. Di dalam kesunyian dan kesepian sepanjang termenung keseorangan, maka akan terbayang-bayanglah di dalam fikirannya segala kejadian, peristiwa yang berlaku dan kesan-kesan yang telah timbul, sehingga jelaslah kepadanya masalah dan keadaan yang dihadapi dan juga cara bagaimana persoalan-persoalan itu dapat diselesaikan.

Memang benar kata orang, dalam kesepian begini datanglah pelbagai ingatan, perasaan dan juga ilham. Demikianlah yang telah terjadi kepada aku semasa sedang termenung keseorangan dalam tempoh percutian baru-baru ini. Aku mulakan nukilan ini dengan petikan kata-kata Tunku Abdul Rahman dalam bukunya yang berjudul 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Hayati dan dalami makna disebaliknya:

“Sekalipun saya bukanlah seorang pengarang, tetapi oleh kerana saya mempunyai masa yang banyak dengan tidak ada apa-apa yang hendak dibuat semasa saya terbaring di hospital, maka saya terfikir eloklah apa yang ada di dalam kepala saya itu dikumpulkan menjadi sebuah buku.

Saya teringat kepada kata-kata hikmat ”Didalam sesebuah negara yang penduduknya terdiri daripada orang-orang buta, orang yang mempunyai satu mata adalah menjadi raja”. Ketika di hospital itu saya mempunyai sebelah mata, dan oleh kerana saya tidak ingin negara saya dan penduduk negara ini menjadi buta kapada segala hakikat yang sebenar yang kita mesti hadapi, maka inilah peluang saya untuk melahirkan pandangan saya.

Saya tidak mempunyai pengalaman dalam lapangan kewartawanan, oleh itu tulisan yang merupakan pendapat saya di dalam buku ini janganlah dinilai dari segi kewartawanan atau kesusasteraan. Pada saya buku ini merupakan satu ikhtiar untuk membuka mata rakyat negara ini kepada hakikat yang sebenar, dan membuka segala kepalsuan dan perbuatan tipu helah, supaya dengan itu timbullah kesedaran bagaimana kita semua dapat memainkan peranan masing-masing dengan sebaik-baiknya untuk hadapan negara kita.

Buku ini bukanlah ditujukan kapada dunia, tetapi kepada saudara-saudara senegara yang tahu dan kenal orang-orang yang disebutkan di dalam buku ini. Saya suka membentangkan kepada mereka perkara dan kejadian menurut pengetahuan dan penyiasatan saya, mengenai hal-hal yang sebenar yang telah berlaku menurut pandangan saya, sekalipun ia dahsyat. Inilah tujuan saya dan saya harap mereka akan merenung dan memikirkan seperti yang telah saya lakukan di atas peristiwa sedih yang kita semua telah alami, sambil berazam bahawa kejadian itu tidak akan berulang lagi buat selama-lamanya.”

Pada 8 Desember 2009, berlabuhlah tirai Pertandingan Debat Diraja Antara IPTA Malaysia bertempat di Universiti Malaya, maka dengan takdir Allah Subhanahu Wata’ala keputusan dan perjalanan debat berlangsung seperti yang dikehendaki oleh-Nya.

Tahniah buat Universiti Kebangsaan Malaysia atas kemenangan di Final Royal 2009. Tak lupa juga buat pasukan UTHM yang dilabel underdog pada awalnya kemudian bertukar menjadi Giantkiller untuk mara ke pentas perdana 2009. Nyatalah nama, label, anggapan, prestij, glamour, ranking dan superstar bukanlah penentu mutlak dalam dunia debat. UTHM telah membuktikan debat memerlukan keseimbangan, semangat berpasukan, kesungguhan, strategi, percaya antara satu sama lain untuk dijadikan tonik mujarab menjejakkan kaki ke pentas perdana.

Hakikatnya, label, anggapan, prestij, glamour, ranking dan superstar hanyalah aksesori terindah yang menghiasi dunia debat. Buat manusia yang pernah berkecimpung dalam dunia ini akan mengerti hakikat tersebut. Namun, buat manusia yang tidak mengetahui hakikat ini akan menyanjung itu yang dianggap sebagai teras yang perlu dijaga dan dibajai dengan sungguh-sungguh. Teringat aku akan perbualan bersama saudara Syamsul di UM baru-baru ini. Aku ajukan persoalan tentang perjalanan debat kontemporari, jawabnya:

“Orang terlalu pentingkan aksesori debat seperti bahasa puitis dan gaya memukau sedangkan taktikal dan teknikal debat seolah-olah diabaikan”.

Satu pendapat bernas buat sesiapa yang menyetujuinya. Sepanjang penglibatan aku dalam lapangan ini, aku juga pernah tersentuh dengan sindiran manusia. Pencapaian aku dalam Debat ini dijadikan ukuran. Sedang pencapaian pasukan seolah-olah dilupakan. Tercetus juga dibenak ini, mungkin inilah kepuasan dan kejayaan yang diinginkan setelah lama berjuang.

Dan aku telah berjanji dan berazam didepan manusia. Aku tidak perlukan pencapaian dan nama. Aku dambakan kemenangan pasukan. Aku tidak giurkan lapangan lain untuk mencipta label dan jenama diri. Aku mahu tumpukan lapangan ini. Jodoh aku dengan dunia debat kian ke penghujungnya. Aku yakin dan percaya, aku tidak terfikir dan berkeiinginan untuk memanjangkan tempoh pengajian semata-mata memanjangkan hayat debatku…hu3.

Aku hanya ada tempoh setahun saja lagi untuk berjuang bersama teman-teman dalam lapangan ini. Lantaran itu aku telah berazam untuk membentuk generasi pelapis yang seimbang disegenap posisi. Kerna aku tahu, mungkin juga aku mengakhiri debat tanpa apa-apa kejuaraan di pentas intervarsiti. Tetapi aku tetap puas seandainya kejuaraan akan muncul diera generasi pelapis ini. Aku mahu tinggalkan KDBM UPSI berwaris dan berpusakakan pendebat-pendebat tidak terhad dan kuat. Kerna realitinya, kejuaraan tidak akan muncul dengan hanya bersandarkan kekuatan individu tetapi kejuaraan memerlukan keseimbangan disegenap posisi. Paling penting, impian aku ini insyaallah akan tercapai bersandarkan sokongan “saudara senegara”.

Lihatlah pasukan bola sepak kita. Bertahun-tahun disindir dek prestasi, ranking dan kejuaraan tak seberapa. Tetapi siapa sangka 17 Desember 2009, mereka membuktikan andaian pengkritik bahawa hanya pasukan seperti Thailand dan Vietnam yang dibarisi pemain hebat akan dikalung pingat emas adalah dongeng dan meleset. Mereka buktikan, tanpa pemain superstar, harapan tinggi mahupun ranking terbaik dunia mereka mampu menumbangkan Thailand dan Vietnam. Apa yang ada hanyalah kesungguhan, persefahaman dan perjuangan kolektif dimanfaat sebaik mungkin untuk mengakhiri penantian 20 tahun negara.

Tahniah aku ucapkan kepada pasukan Bawah 23 Tahun Malaysia atas kejayaan menundukkan Vietnam 1-0 di Final Sukan Sea Laos. Walaupun dianggap gol nasib, tetapi itulah bukti kejayaan akan hadir seandainya kita mempunyai keseimbangan dan kekuatan disegenap posisi. Baik penjaga gol, pertahanan, midfielder mahupun striker perlu memainkan peranan secara kolektif. Kejayaan lazimnya dianggap mustahil untuk dicapai jika sesebuah pasukan terlalu bersandarkan kekuatan individu. Kecuali jika ada individu yang benar-benar layak untuk diangkat sebagai istimewa, perkara itu bolehlah diterima. Dalam dunia bola sepak, Maradona adalah contohnya.

Bila berbicara soal istimewa, Maradona memang istimewa kerana skil, pengalaman dan kebolehannya tidak boleh siragui oleh sesiapa. Maradona membuktikan hakikat ini dengan kemampuannya memacu dan membantu kemenangan pasukan sendirian. Diasaat pasukan terkial-kial untuk menang, Maradona muncul sendirian memacu kemenangan pasukan. Maka wajarlah Maradona diangkat sebagai istimewa. Lihatlah dua gol Maradona dalam perlawanan dengan England pada tahun 1986 menceritakannya. Uniknya, dua gol ini hadir dalam dua keadaan dan mengundang reaksi berbeza.

Gol pertama, Maradona secara kontroversi telah melompat dan menumbuk bola menggunakan tangan untuk menjaringkan gol seterusnya mengatasi penjaga gol England, Peter Shilton. Pengadil yang tidak nampak penipuan Maradona mengesahkan gol tersebut walaupun dibantah oleh pemain England. Maradona menamakan gol tersebut sebagai “Hand of God” kerana gol tersebut dijaringkan dengan “sedikit sentuhan tangan tuhan dan sedikit sentuhan kepala Maradona”, dan menganggap gol itu sebagai balas dendam Argentina kepada England berikutan meletusnya Perang Falklands 4 tahun sebelumnya. Seandainya tidak ada rakaman kamera, nescaya Maradona akan disanjung sehingga ke hari ini untuk jaringannya itu.

Tetapi rakaman kamera telah membeliakkan mata pengadil dan melondehkan hakikat sebenar bahawa Maradona menjaringkan gol bukanlah bersandarkan kemampuannya, tetapi dibantu dengan tangannya lantaran fizikal yang rendah. Lantas, manusia yang mengetahui hakikat sebenar Maradona menjaring gol dengan tangan mengeji dan menghinanya. Jika manusia tidak dipertontonkan rakaman itu, nescaya manusia akan terus buta dengan hakikat sebenar disebalik jaringan itu.

Gol kedua, Maradona secara solo menggelecek hampir separuh pemain England dan berlari hampir separuh padang untuk menjaringkan gol kemenangan Argentina seterusnya menyingkirkan England dari Piala Dunia 1986. Gol tersebut memang hebat dan Maradona memang layak untuk diangkat sebagai istimewa. Wajarlah gol tersebut diiktiraf FIFA sebagai gol terhebat “Sepanjang Abad Ini”. Gol kedua ini membuktikan Maradona sememangnya hebat dan wajar untuk diangkat sebagai istimewa. Paling utama, Maradona menjaring gol dan memacu kemenangan pasukan secara sendirian. Tidak dibantu sesiapa dan tidak sesekali sama seperti gol pertama itu.

Konklusinya, individu yang benar-benar istimewa kebiasaannya dianggap mustahil untuk dicari tetapi pasukan terbaik tidak mustahil untuk dimiliki. Binalah kemampuan dan kekuatan diri dan pasukan dengan kelengkapan dan keperluan secukupnya. Bukanlah bermaksud kita perlu sempurna, tetapi jika kita bersungguh-sungguh, maka wajarlah untuk kita memperoleh habuan dan nikmat kejuaraan. Sekalipun kita tidak berjaya, tetapi usaha dan kesungguhan kita itu tetap manis untuk dikenang bersama.

Kerana rezeki itu datangnya daripada Allah, maka relevenlah untuk Dia memberi kepada sesiapa yang diingini-Nya. Tetapi yakinlah!, Allah tidak pernah meminggirkan manusia yang berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Buat pendebat UPSI, fikir dan harapanku sempena tahun baru, semangat baru dan azam baru ini. Berusahalah kita untuk meningkatkan prestasi antara satu sama lain. Insyaallah kejayaan akan menyusul untuk tahun 2010 ini atas kesungguhan dan usaha keras kita.

Angkatlah ilmu pengetahuan dan maklumat setinggi-tingginya, asahlah asas, struktur dan teknikal debat setajam-tajamnya, perahlah minda sekuat-kuatnya, pupuklah persefahaman dan ukhuwah semesra-mesranya, buanglah sikap riak, bangga diri dan rasa puas sejauh-jauhnya, tanamlah minat dan kesungguhan sedalam-dalamnya. Tiada guna kita diagung-agungkan walhal kita sebenarnya tak ubah seperti tempurung kosong.

Isinya tiada, airnya kontang. Hanyalah penadah buat peminta sedekah. Bila duit jatuh didalamnya lalu diangkat dan dipujalah ia sebagai tempurung ajaib dan istimewa. Sedang hakikat sebenar tempurung itu tidak pernah diselidiki dan difikirkannya. Maka tersenyumlah manusia sebegini dengan anggapan palsunya sedang kepalsuan melingkari hidupnya…..

4 comments

ain fathihah fhm said... @ January 21, 2010 at 11:49 PM

hidup Bae! haha

diktator mulia said... @ January 22, 2010 at 12:47 AM

ui2......
jan wat demo plak.....sudah letih aku menanggung label pembangkang......ha3

Nuraini Munawar said... @ January 22, 2010 at 2:02 AM

Tak kira, idup abg baee!

Amir Batrisya~ said... @ January 22, 2010 at 3:33 AM

kita mampu berubah!!...

moga ada sinar harapan~

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz