Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 7 comments
]


RUMAH 2-7-11-Presiden Kelab Debat Bahasa Melayu UPSI (KDBM UPSI), Cik Nurul Nadia Binti Ahmad Nazaray telah mengesahkan spekulasi pembelian bas rasmi Kelab Debat Bahasa Melayu UPSI.

Baru-baru ini tersebar khabar angin bahawa Majlis Tertinggi Kelab Debat Bahasa Melayu UPSI telah mendesak Presiden untuk membeli sebuah bas rasmi bagi mengatasi masalah pengangkutan untuk menjayakan sesuatu program kelab ataupun membawa penyokong yang ramai ke mana-mana pertandingan debat intervarsiti Malaysia.

Perkara ini mula mendapat perhatian serius dalam barisan kepimpinan kelab setelah mereka tercabar dengan andaian sesetengah pihak bahawa KDBM UPSI tidak ada duit. Lebih-lebih lagi saingan terdekat KDBM iaitu PERMAS juga diura-urakan akan membeli sebuah bas rasmi. Kejayaan membeli bas rasmi ini dianggap kejayaan secara tidak langsung KDBM terhadap PERMAS.

Keseluruhan kos pembelian bas rasmi ini ditampung melalui dana khas hasil kejayaan pasukan berani mati KDBM menjayakan projek cat pondok bas di Universiti Oxford baru-baru ini. Presiden KDBM juga secara peribadi telah mendermakan keseluruhan wang PTPTNnya untuk menampung kos pembelian bas rasmi ini. Sebagai mengenang jasanya, ahli kelab telah bersetuju untuk menjadikan poster Presiden sebagai penghias dinding bas.

“Saya terharu dan berasa seperti terpinga-pinga ahli kelab sudi meletakkan poster saya di dinding bas, saya harap dengan kejayaan membeli bas ini KDBM akan terus maju tanpa sebarang kontroversi lagi,” kata Ahli Parlimen Taman Bahtera Terez, Nurul Nadia Binti Ahmad Nazaray.

Sementara itu, Setiausaha KDBM mengumumkan seekor kambing akan disembelih bagi meraikan kejayaan KDBM membeli bas rasmi ini. Urusan masak-memasak ini akan ditaja sepenuhnya oleh syarikat catering terkemuka negara iaitu Rasmini & Adnan Attijarah wal Abuyyah Katering. Malam gilang gemilang itu juga turut mendapat liputan rasmi daripada BBC dan akan disiarkan keseluruh pekan Tanjong Malim sahaja.

"Insyaallah saya dan adnan akan menjamu hadirin nanti dengan menu terbaik kami iaitu cengkodok bawang bertatahkan sos cili cap jalil," kata CEO Rasmini & Adnan Attijarah wal Abuyyah Katering, Rasmini Nurung.

Tambah menggempakkan, pemilik butik tersohot tanah air iaitu ADIE THE MAKE-UP ARTIST turut menyumbang dengan tajaan solekan percuma. Pengarah Urusannya, Are-Peez menyatakan hadirin lelaki akan ditaja dengan persalinan kain batik dan baju kebaya, manakala hadirin perempuan pula akan memakai persalinan baju jaket dipadankan dengan kain pelikat.

“Inilah antara gimik dan kelainan yang ingin kami terapkan dalam majlis meraikan pembelian bas rasmi KDBM ini,” kata saudara Are-Peez.

(Vokalis Kumpulan Ya Budu!)

Malam gilang gemilang itu juga akan diserikan dengan nyanyian dikir barat oleh kumpulan dikir terkenal, Ya Budu! yang dianggotai Abu Handhalah, Noraini, Ain, Zurun Jazlin, Suehana, Wan Kedah dan Aqwal. Menurut pengelola majlis, antara gimik pembukaan majlis nanti ialah tarian ballet yang akan dijayakan oleh Pa-Weez dan Noo-Waaz.-Berita Bae (BERBAE)

7 comments

cahaya mataku said... @ January 30, 2010 at 3:48 AM
This comment has been removed by the author.
F.Aminurrashidd said... @ January 30, 2010 at 4:10 AM

lawak weii.. letak lam belog pengucapan awam boleh? heh

diktator mulia said... @ January 30, 2010 at 4:37 AM

wowo....jan....mati aku di caj sebar berita palsu......yayaya....

Cik Mus said... @ January 30, 2010 at 8:45 AM

suka!

Adie De' Make Up Artist said... @ January 31, 2010 at 9:02 AM

oit........ aku da sponsor tu... pe lagi belanje ar.. hahahaha

SuE hAnNa said... @ February 4, 2010 at 3:40 AM

haha...bangga dgn pencapaian kelab debat....
sungguh hebat..... :-p
tp sy bukan penyanyi dikir barat...hehhehe

nadianarzaray said... @ February 5, 2010 at 10:17 AM

ak nk saman!!!!! pengeksploitasian gmbor...
doa2 laaa bg ak mampu beli bus tuk kelab..hehehhe

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz