Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]

Cantik, lawa, comel, anggun, jelita,.. semuanya begitu sinonim dengan wanita.
walaupun terdapat maksud yang lebih spesifik kepada perkataan² di atas, tetapi ia terarah kepada satu perkara 'cantik'. dan semestinya ungkapan 'cantik' ini merujuk kepada wanita. Lelaki kalau cantik, namanya mak nyah..ha3.Sukar sebenarnya untuk aku terangkan secara detail.Tetapi rasanya tidak ada masalah untuk mengenal samada cantik atau tidak.

Mungkin ada yang akan mengatakan cantik itu berbeza dari orang yang berbeza. Oleh itu, untuk mengelakkan ada yang berkata begitu, cantik untuk post aku ini adalah cantik bagi kebanyakan orang melihat mestilah terutamanya lelaki.:)


Ini adalah contoh cantik dari pandangan aku dan juga lelaki-lelaki di luar sana ( ah, jangan tipu la kalau korang kata gambar ni tak cantik.ha3).(gambar ambil kat google)

Persoalannya..
Adakah 'cantik' itu penting.?

Pada zaman sekarang, 'cantik' adalah antara perkara yang penting bagi seorang wanita.
Pentingnya kecantikan wanita itu sama seperti pentingnya duit bagi seorang lelaki.
Itu memang tidak dapat disangkal lagi. Kerana memang ada bukti dan huraian yang mengatakan perempuan cantik akan dapat banyak kelebihan berbanding perempuan yang 'kurang cantik'.Lihatlah sekeliling anda, perempuan cantik begitu senang untuk mendapat perhatian berbanding perempuan yang kurang cantik.

Kalau aku sudah buat penyataan seperti di atas, kenapa aku bangkitkan pula isu, Penting ke Cantik.?


(“Hancur hati apabila melihat isteri terlebih dulu merayakan ulang tahun kelahirannya dengan lelaki lain dalam bilik hotel, sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk diraikan bersama di rumah,” luah seorang suami yang kecewa dengan perbuatan curang isterinya apabila ditangkap khalwat, awal pagi semalam.)

Selepas anda baca ini, anda akan faham kenapa aku buat entri ini.
(berita sumber kosmo)

Tidak lama kemudian, keluar pula dalam akhbar kosmo.

(Seorang pegawai Imigresen wanita yang ditangkap atas dakwaan berkhalwat pada hari lahirnya bersama seorang lelaki berketurunan Cina di sebuah hotel minggu lalu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.)

Sekali pandang, memang tidak dapat disangkal, perempuan ini memang cantik. Ya, aku melihatnya sebagai seorang yang cantik.

Tetapi itulah hakikat yang berlaku dalam zaman serba moden ini. Cantik atau tidak bukanlah jaminan berperangai baik.

Pada pandangan aku, cantik itu memang penting
sungguh aku tidak tipu kerana aku juga pertama kali akan melihat kepada kecantikan.
Dan aku rasa begitu juga dengan kebanyakan lelaki lain di luar sana.
Memang sudah lumrah lelaki akan melihat kepada kecantikan seseorang wanita.
Mungkin hanya sedikit lelaki melihat perempuan dari sudut lain.

Tetapi.
Tidak ada gunanya cantik jika perangai tak nampak macam orang.

Dan
Lagilah tidak berguna kalau sudahlah tidak cantik, tapi curang.


p/s/s: Lelaki lebih ramai yang curang berbanding perempuan. Itu adalah realitinya. Tetapi dunia kini sudah membuktikan.....perrempuan juga makin ramai yang berlaku curang....Ingin bersaing mungkin......ha3.....Wa Pikirla Sendiri......

Ditulis Oleh:
Tukang Sembelih Ayam Yik Mun

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz