Aku mulakan tulisan ini dengan dialog berikut:
Atokku: “Hello….Amad ko nie?”
Amad: “Ho….Amadla nie…..chat ko?”
Atokku: “Chat….mu tok kelik ko?”
Amad: “Oghe tokleh janjila ayoh….banyok kijo etek…..kalu tak dok kijo oghe kelik kot jumaat ni….tapi tok janjila….”
Atokku: “Pitih ado lagi ko??”
Amad: “Pitih?....ado lagi……”
Atokku: “Ado bapo lagi??”
Amad: “Ado dale seghatuh lagi….takpo…dale Tabung Aji ado lagi tuh….”
Atokku: “Esok ayoh gi masok…..”
Pitih or dalam Bahasa Jawa bermaksud duit tidak akan ada istilah cukup dalam dunia ini. Jika diberi segunung pun, manusia tidak akan berkata cukup untuk sejenis spesis bernama duit. Hatta bijak manapun kita mengurus duit, untuk berkata cukup adalah suatu yang boleh dianggap mustahil!. Kerna duit tidak pernah dan akan cukup!. Lantaran itu, Carlos Slim (Taikun Telekomunikasi Mexico) walaupun telah diangkat menjadi manusia terkaya didunia, pun tidak akan mengisytiharkan cukup! untuk duit!.
Begitu juga manusia kedua terkaya didunia, Bill Gates potong jari tidak akan kata cukup untuk mengumpul duit. Walaupun berjuta-juta dolar dikeluar untuk aktiviti derma dan kebajikan, Bill Gates tidak akan berkata tidak untuk menyaksikan kantungnya terus memboyot melalui jenama Microsoft. Baru-baru ini Majalah Forbes telah mengisytiharkan Carlos Slim muncul manusia terkaya didunia dengan asetnya berjumlah AS$53.5 bilion (RM177.5 bilion) dan Bill Gates kedua terkaya dengan jumlah asetnya mencecah RM176 bilion. Pokoknya, mereka pun masih belum mengucapkan “Enough!” pada duit!.
Bayangkan dengan jumlah sebanyak itu, mereka sebenarnya sudah lebih daripada cukup untuk menampung keperluan harian hidup. Namun, untuk berkata cukup pada duit adalah mustahil bukan?. Jika dicantum aset dua manusia terkaya didunia ini jumlahnya mencecah ke angka RM 353.5 Bilion!!!. Bayangkan jumlah aset dua manusia ini sebenarnya sudah cukup untuk mengatasi Rizab Antarabangsa Malaysia berjumlah RM 331.8 Bilion sehingga tahun 2009. Mudahnya, jika dua manusia inipun tidak mampu untuk berkata cukup pada duit, inikan pula manusia terkaya di katil 2-7-11 bilik no 1 bertempat di KHAR mampu untuk berkata cukup pada duit?. Sudah tentu tidak!!!.
Tahukah anda, sepanjang 5 semester aku bertapa di UPSI tidak pernah aku rasa sesempit dan sesesak ini. Semester ni adalah tempoh paling kritikal buat simpanan Rizab Antarabangsa Negara al-Baehaqie!!!. Mengikut laporan Ketua Audit aku, RM 557.00 (Lima Ratus Lima Puluh Tujuh Ringgit yerrr bukan Lima Ratus Lima Puluh Billion yerrr) telah aku “sedekahkan” untuk tiket kapal terbang AK 3105 ke Sabah. Kelmarin, aku dengan murah dan “Bae”khatinya membuat sumbangan kilat kepada mekanik dan tuan punya kereta. Bajetnya RM 200.00 perlu aku dermakan semata-mata untuk aktiviti “menghangit” dan “mengasap kemiyankan” kereta kancil Merah Pudar di R&R Rawang.
Kereta Kancil yang dipandu bekas juara dunia 7 kali Formula One iaitu Michael Syai'MacherEzal telah berasap dan hangit kini telah berhoneymoon di bengkel dekat Taman Bernam. Itu belum dikira jumlah hutang negara al-Baehaqie dengan negara luar. Amer saja jumlahnya mencecah $100 bilion Jutaria/Saidina bersamaan RM 100.00 untuk pembelian aksesori kenangan buat warganegara al-Baehaqie di Sabah baru-baru ini. Berdasarkan repot dari Unit Perancangan Ekonomi Aku mengisytiharkan, untuk suku ketiga semester ni Semester 6 bagi tahun 2010 negara al-Baehaqie telah mencatat defisit sebanyak 1.5% daripada pendapatan keseluruhan PTPTN semester ni. Teruk prestasi kewangan aku kan?.
Bukan aku tak mencuba untuk meningkatkan prestasi kewangan aku. Pernah aku lancarkan Pakej Ransangan Ekonomi melalui aktiviti mengambil tempahan design poster dan banner di Kedai Abang Pejal serta membuat pinjaman dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau istilah regularnya Bank of Eddy Safbree. Namun, langkah yang aku ambil nampaknya kurang berkesan. Aku pernah cuba untuk tingkatkan Indeks Foreign Direct Investment (FDI) atau Indeks Pelaburan Langsung Asing melalui alternatif liberalisasi latihan debat.
Lapangan debat adalah antara penyumbang berpotensi untuk memenuhi kantung aku. Maka, aku lakukan liberalisasi dari sudut latihan dengan memanggil Abang Jaamat dan Abang Mat untuk melabur dalam lapangan debat UPSI. Begitu juga dalam soal pengurusan KDBM, aku dan Jemaah Menteri yang lain telah melakukan penstrukturan semula KDBM dengan cara menghapuskan sekatan-sekatan dan daki yang melemahkan prestasi debat UPSI. Namun, usaha ini masih belum mampu untuk memberi kesan terhadap prestasi kewangan aku.
Lapangan debat belum mampu menjadi penyumbang terbesar kepada bajet kewangan aku lantaran prestasi dan rezeki belum kunjung lagi. Sehingga ke hari ini, kewangan aku tetap tidak dapat mengelak untuk bergantung sepenuhnya melalui hasil sumbangan PETRONAS. PETRONAS atau nama penuhnya Pertolongan Tok Or Nenek Aku Sayang di kampong telah menjadi penyumbang terbesar kepada kekuatan bajet tahunan/bulanan aku. Namun, seperti Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS MALAYSIA) yang menyumbang kira-kira RM75 bilion setahun kepada kerajaan persekutuan, di mana ia bersamaan dengan kira-kira 42 peratus daripada pendapatan negara tetap akan ada had dan keupayaan untuk mencari sumber rezekinya yakni minyak.
Walaupun PETRONAS telah berkembang menjadi sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa bersepadu dengan kepentingan perniagaan di 31 negara dan tersenarai di kalangan syarikat terbesar Fortune Global 500 di dunia serta berada di kedudukan kelapan bagi syarikat paling mendapat untung di dunia dan syarikat yang paling meraih untung di Asia, suatu masa PETRONAS tetap akan berdepan dengan kekeringan sumber dan batasan operasi. Begitu juga dengan Pertolongan Tok Or Nenek Aku Sayang (PETRONAS aku), disaat kudrat kian dimamah usia, akan tiba saatnya mereka berdua akan berdepan dengan masalah seperti yang dialami oleh PETRONAS MALAYSIA.
Maka, aku perlu bertindak dengan segera!. Sebelum masalah bertukar kepada krisis, aku perlu bertindak dengan lebih agresif dalam merencana polisi dan dasar kewangan aku. Antaranya, aku perlu potong bajet keraian seperti Top Up HP, naik teksi/prebet sapu, beli kerepek depan lif tiap-tiap malam, makan keropok lekor di Zee Tom Yam, menghangitkan kereta ke UP Town pagi-pagi buta dan beberapa tabiat yang boleh diklasifikasikan sebagai tak perlu koyt!!!.....namun, mampukah aku berjimat cermat?....hu3….aku perlukan doa dan keyakinan anda!!!.....
Doalah aku mampu menjadi seorang yang sangat berhati-hati dengan duit supaya aku boleh menjadi seorang cu terbaik buat dua jeneral di kampong…..Buat akhirnya, aku ada dua cadangan dan langkah segera untuk mengatasi masalah ekonomi aku ni. Pertama, dengan seikhlas hati, aku tawarkan satu kerja kosong sebagai Menteri Kewangan dengan gaji 5 pocen!. Sesaper yang berminat bolehlah hubungi PA aku iaitu saudara Ahmad Baihaqi@Amad. Kedua, kepada sesiapa yang rasa-rasa nak buat pahala lebih, bolehlah isi borang jadi penaja aku…..ha3…..sekian…..moga aku lebih berjimat!!!!......Aku mula rindukan PETRONAS AKU!!!!....MY Jeneral….tunggu ambo d’ kapong….Mizz u…..Muah3!!!!
.
Digital Marketing Services in the USA: Key Strategies for Success
-
Successful Digital Marketing Services in the USA In today’s digital
landscape, businesses must adopt strategic digital marketing services to
remain competi...
1 month ago
8 comments
kak mini mesti berminat dengan kerja tu ~~~
abg bae..gud luck k..
jgn tensen2 tau..nnt org kt kg pun ssh hati..
be strong ! ^_^
TABAHKAN HATI ~~~~
Huhuhu.. Jumpa la pakar ekonomi nie (KAZA).. Huhuhu
ha3...khop khun khap sumer....yer en. kaza...ader aper2 pakej ekonomi baru ker tuk tolong aku up bajet nih???...kih3
Bnyak jer jenis pakej tu.. Huhuu.. Tinggal pilih jer..
tuu laaa...gatai p uptown pg2 buta....kan daa kna sedekahkan pitih tuu....
hahahhaha...
dr apa yg aku baca, cam xde fungsi je gabenor negara al-baihaqi nie.. duduk mengangkang dalam ofis ko???
Post a Comment