Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]

Agak lama aku tidak menyentuh perihal politik kontemporari. Amat memalukan! Itu jawapan awal terhadap senario politik kontemporari. Arena politik tanah air sememangnya tidak pernah dan tidak akan sunyi daripada sebarang kontroversi mahupun cerita liur basi. Selagi mana ada manusia haprak bertopengkan lidah biawak wujud dalam arena politik kita, selagi itulah arena politik Malaysia hanya layak untuk disamakan dengan sarkas yang dihiasi aksi bodoh dan haprak badut-badut berjenama politikus.

Pasca PRU-12, dunia politik kita telah diteaterkan dengan pelbagai ceritera murahan yang dilakonkan oleh sekawan manusia bodoh dan haprak bergelar ahli politik. Berjuta-juta wang rakyat dihabiskan untuk memilih wakil rakyat dalam setiap kali PRU. Namun, semua itu seolah tiada nilai dan harga disisi sekawan manusia bodoh dan haprak ini. Sepanjang tempoh 5 tahun selepas PRU-12 seumpama menonton filem Senario The Movie Episode 2 (Beach Boys). Buang duit! Apa yang kita dapat adalah aksi dan lawak bodoh semata-mata. Wahai manusia bodoh dan haprak! Bukan ini yang kami warga marhaen dambakan daripada kalian!

Diperingkat pusat, kita dihidangkan dengan gelagat ahli parlimen yang buta tentang amanah dan bebanan soal jawab di akhirat kelak. Sesi perbahasan parlimen dihabiskan dengan pertikaman lidah yang entah ape-ape. Tidak kurang juga ada kalangan ahli parlimen yang bershoping sana sini, keluar negara sesuka hati, berkepit dengan selebriti tanpa memikir tanggungjawab di Parlimen. Buktinya persidangan parlimen dipenuhi kerusi berbanding MP!. Lihat saja isu pintasan bajet yang hampir membungkuskan kerajaan hari ini. Isu ini sudah cukup untuk menceritakan kebodohan dan kehaprakan ahli parlimen yang meremehkan amanah rakyat untuk hadir ke setiap sesi persidangan. Tidak kira dipihak kerajaan mahupun pembangkang, dua-dua sama saja!

Jika diselak politik kepartian, budaya cantas mencantas demi menjatuhkan lawan rancak dihidang. Seolah maruah diri, adab sopan dan budaya integriti sudah tidak dipandang. Bermula dengan drama pecat memecat dalam MCA sehingga perebutan jawatan Presiden dalam PPP dan Makkal Sakti, warga marhaen seolah diberikan gambaran sebenar akan halatuju dan matlamat perjuangan politikus ini. Rupanya kuasa, jawatan dan pengaruh itulah takhta utama yang dikejar sebaliknya perjuangan untuk membela nasib warga marhaen sudah kabur dari pandangan.

Kesannya, nasib kita umpama debu-debuan ditiup angin bertebaran tanpa arah dan pembelaan. Betapa rakusnya mereka ini mengejar kuasa dan jawatan sehingga maruah diri, integriti diri dan akhlak murni rela dikorbankan. Sibuk berperang sampai terlupa seluar mereka kian terlondeh sehingga menampakkan najis-najis busuk dibalik lakonan dan lagak seorang pejuang. Lihatlah isu liwat Anwar-Sai-fool kini berulang, pita seks Chua Soi Lek diangkat sebab-musyabab dia dipecat daripada jawatan timbalan, rasuah dan perebutan kuasa ditutup dengan saman menyaman. Inilah realiti politik murahan!

Diperingkat negeri pula, paling mendapat perhatian adalah ceritera DUN Perak. Berebut tempat duduk, jubah speaker, songkok speaker, kunci dewan, boo memboo dan macam-macam lagilah aksi badut dipamerkan kedua belah pihak. Kata mudah, dua-dua bodoh dan haprak!. Menyentuh perihal Perak, aksi lompat katak juga antara menu utama dihidangkan politikus kepada rakyat marhaen. Selagi ada sekawan manusia sebegini, aku cadangkan buat semua warga Malaya. Tak payah mengundi!!. Umpama memilih beruk untuk memetik buah kelapa. Disuruh lain dibuat lain. Sekali lagi bodoh dan haprak! Bermula dengan gagasan tin kosong 16 September sehingga ke hari ini kita tidak henti-henti dihidangkan dengan aksi lompat katak.

Inilah antara pelakon merangkap sekawan katak puru!. ADUN Bota, Dato Nasarudin Hashim, ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu, ADUN Jelapang, Hee Yit Foong, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Hashim, ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, ADUN Lunas Mohd. Radzhi Salleh dan terbaru Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng DAN Ahli Parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri telah selamat menjalani pembedahan plastik untuk bertukar menjadi katak bebas dan katak mesra. Itu belum dikira Ahli Parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali yang dilabel Raja Katak lantaran tiada prinsip dan pegangan. Sekejap dacing sekejap bulan, sekejap atas angin sekejap dijalanan, sekejap menyokong sekejap menentang. Tahniah atas kejayaan anda semua untuk memenuhi hasrat dan alasan bodoh dan haprak!.

Ironinya, ada yang bertukar menjadi katak dek kegagalan mendapat tender dan jawatan mega, ada yang lompat dek tersadung dengan kes rasuah fulus dan seks, ada melatah sehingga terlompat bila disergah malas menjenguk warga marhaen. Hairannya, ada yang ghaib dan ada yang meleleh liur menghentam ketua dalam beberapa hari dan waktu kemudiannya tanpa segan silu muncul disidang akhbar mengumumkan berita gembira keluar parti atas alasan paling maksum atas muka bumi seperti ungkapan keramat Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan ADUN Penanti:

"Dengan lafaz 'bismillahirrahmanirrahim,' saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa, tanah air serta kepentingan rakyat Malaysia, saya mengumumkan penyertaan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN). Dengan sendirinya (saya) keluar PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Insya-Allah saya berdoa agar diberi kekuatan serta bimbingan dalam urusan perjuangan menggunakan wadah baru ini," ceiit!!!. Betapa bodoh dan hapraknya integriti dan I’tiqad politik mereka ini. Dulu sokong bukan kepalang sekarang berubah jadilah si putar alam!. Hilang percaya….lompat!!!!....alasan bodoh…

Di negeri pantai Timur, kita dihangatkan dengan isu tuntutan royalti minyak Kelantan, isu doa, isu tajaan haji Tok Guru, isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang kesemuanya melibatkan Kerajaan PAS Kelantan dengan balaci-balaci politikus lawan. Ada orang nak buat ibadat dan bersedekah kita kutuk dan kita tekan. Konon sedekah haji ada unsur-unsur suapan. Ceitt!! Yang diPerak terang-terang mengaku terima sedekah seks kenapa diam???. Ya! Ada siasatan tetapi kenapa tak kencang seperti hal ehwal di Kelantan? Makin hari makin diam. Terkini, isu Awang Adek@Bodek Awang Hussin berebut mahu mengangkat bendera dengan Menteri Besar Kelantan untuk melepaskan peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) di Dataran Rehal Kota Bharu. Bendera pon nak berebut?.

Sebelumnya, Awang Bodek merangkap Timbalan Menteri Kewangan ini merapu sakan dengan Mustapa Mohamed untuk menidakkan habuan royalti negeri sendiri. Kalau begini peelnya jangan bermimpi UMNO mampu tawan Kelantan. Politik…..di negeri jiran, hangat juga dengan isu pergolakan team A dan team B UMNO Terengganu. Dari cerita ponteng persidangan dek sms ugutan sehinggalah ada desas desus geng Mat Deris mahu bertukar identiti kepada pembangkang. Kecoh sana kecoh sini kononnya sudah hilang kepercayaan kepada pimpinan sekarang!. Walhal umum sudah maklum persengketaan itu puncanya kerana tak puas hati soal pembahagian jawatan dan pengagihan tender projek lumayan. Sepatutnya makin orang tolak makin matanglah tingkah laku dan fikiran. Bukan makin menonjol perangai kebudak-budakan.

Semoga Pilihanraya Umum ke-13 nanti menyaksikan kalangan kemenangan dan kemunculan politikus yang utuh integriti politiknya. Bukan ahli politik yang hanya tahu merapu dan berlagak hebat dibalik topeng pejuang rakyat bawahan. Hakikatnya, kita semua telah penat dan jelek dengan permainan politik murahan, bodoh dan haprak sebegini. Sedang warga marhaen merintih dengan cabaran hidup semasa, pemimpin yang diletak harapan rupanya badut bodoh dan haprak jalanan. Hanya tahu berebut jawatan dan membuncitkan perut dengan kontrak dan tender lumayan!. Konklusinya, badut-badut ini bukan memudahkan tetapi sebenarnya menyusahkan!.

Keluhan Ikhlas:
Warga Marhaen (2-7-11)

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz