Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak meminta umat Islam menjadikan al-Quran sebagai sumber ilmu dan intelektual dalam kehidupan di samping membaca dan menghafaz kitab suci itu.

Perdana Menteri berkata, al-Quran mengandungi mutiara pengetahuan amat berharga untuk manusia, manakala membaca dan menghafaz ayat suci adalah sesuatu yang afdal kerana diberikan pahala oleh Allah. Beliau berkata ilmuwan Islam terdahulu menjadikan al-Quran sebagai sumber berfikir dan mencetuskan anjakan perubahan dalam kehidupan bagi menyelesaikan kemaslahatan ummah.

"Al-Quran juga membimbing kita bagaimana memahami definisi kemajuan dan modenisasi serta pedoman kepada kita (mengenai) pengertian sains dan teknologi," katanya pada majlis penyampaian imbuhan khas kepada johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa, di sini semalam. Beliau berkata tradisi membudayakan al-Quran di kalangan masyarakat Islam akan menjadikan ilmu Islam berkembang dan menunjangi cabang ilmu serta kemajuan.

"Ia akan membuahkan ilmu tentang akidah, ibadat, akhlak, syariah dan fekah berserta akar kekarnya yang mampu memayungi peribadi manusia yang unggul umpama pohon rendang tempat manusia menumpang teduh," katanya.

"Al-Quran juga membimbing kita bagaimana memahami definisi kemajuan dan modenisasi serta pedoman kepada kita (mengenai) pengertian sains dan teknologi," katanya pada majlis penyampaian imbuhan khas kepada johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa, di sini semalam.

*Sumber: Berita Harian Khamis, 04 Mac 2010

Apakah ajakan ini sesuatu yang serius? atau hanya satu publisiti mahupun gimik murahan?. Al-Quran bukan hanya untuk dibaca dan dikaji. Tetapi al-Quran adalah untuk diamal dan dipraktik. Itulah perbezaan al-Quran dengan kitab mahupun buku lain.

Hukum mengamal dan mempraktik ilmu dan kontennya adalah wajib. Beratnya hukum wajib mentaati al-Quran ini bukan biasa-biasa, tetapi wajibnya mentaati konten al-Quran sehingga boleh jadi kufur jika ada yang berkata tidak wajib mentaatinya.

Persoalannya, apakah ajakan Najib ini sesuatu yang bersifat serius?. jika serius, aku nantikan perubahan ekstrem dilakukan oleh beliau. Mengapa aku katakan perubahan ekstrem?. Kerna perubahan yang wajib dilakukan oleh beliau bukan hanya merubah nama ataupun imej sahaja. Tetapi isi perut yang kian membusuk perlu juga ditukar dan dicuci. Isi perut yang aku maksudkan adalah kandungan dan ijtihad pentadbiran negara masa kini perlu ditukar ganti.

Jika benar Perdana Menteri mahu al-Quran membimbing kita, lakukanlah perubahan dalam perlembagaan negara. Angkatlah al-Quran sebagai teras perlembagaan dan pemerintahan negara. Jika kita boleh berdemo dan ekstream dalam isu Kalimah Allah, mengapa kita bisu, pekak dan buta untuk mendaulatkan al-Quran sebagai teras perlembagaan negara?.

Jika benar Perdana Menteri mahu al-Quran dijadikan paying untuk melindungi peribadi manusia, ubahlah dasar partinya dan negara untuk menerima syariat Islam sebenar sebagai panduan hidup dan bernegara. Mengapa ditolak Hudud, Qisas dan Takzir sebagai undang-undang mulia untuk diikuti bersama?. Sedang dalam bab nikah kahwin/Munakahat kita terima syariat dan aturan Islam. Sedang dalam bab Ekono/Muammalat kita makin terbuka untuk mengaplikasikannya. Mengapa dalam bab jinayat/siasah negara kita sepi seolah-olah tidak berminat untuk mengaktifkannya?.

Jika benar Perdana Menteri mahu al-Quran dijadikan sumber berfikir untuk mencetuskan anjakan perubahan dalam kehidupan bagi menyelesaikan kemaslahatan ummah. Hapuskanlah pusat judi, kilang arak, riba’ dalam perbankan semasa, amalan-amalan syirik seperti kalungan bunga di Tugu Negara dan maksiat melampau. Kerna itulah antara saranan dan perintah Allah di dalam al-Quran. Amar makruf nahi munkar. Jika kita bersungguh dan berhabis wang ringgit membina taman Islam, masjid Islam, pusat Islam, mengapa tidak kita bersungguh menutup tempat dan amalan maksiat yang menghanyutkan aqidah umat Islam?

Hapanku, semoga apa yang diterbit dan dipaculkan daripada lidah Najib ini direalitikan. Kerna hukum untuk mengangkat dan mentaati al-Quran itu bukan hanya melibatkan individu ataupun sebahagian Muslim tetapi melibatkan semua umat Islam. Tidak kiralah ahli UMNO, PAS, DAP, PKR, MIC, MCA, GERAKAN dan lain-lain selagi I’tiqadnya adalah Islam maka selagi itulah tanggungjawab mendaulatkan al-Quran ini terpikul di bahu kita.

Sedangkan Nabi merubah manusia daripada jahil kepada maju bersandarkan kandungan dan aturan al-Quran, mengapa kita masih rapuh untuk meyakini al-Quran sebagai teras hidup bernegara?. Benarkah PM ajak ummah hayati al-Quran??? Atau hanya sekadar secebis teks catik dibaca tetapi sebenarnya tiada apa-apa…..Persoalan ini tetap akan terapung dibenakku selagi tiada perubahan selari dengan kata-kata.

Aku Hamba Allah Seperti Kalian:
Baehaqie 2-7-11

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz