Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 2 comments
]

3 suku, tafsiran khalayak selalunya mengatakan 3 suku itu adalah gila. ya! gila bukan?. namun 3 suku yang ingin aku bicarakan disini adalah berkaitan 3 suku akhir. 3 suku akhir itu adalah suku akhir debat asta (u.malaya), suku akhir debat integrity (utm), dan terkini suku akhir debat perpaduan (unimas). tiga kekalahan berturut2 dipentas suku akhir sememangnya suatu yang perit untuk diterima.

3 kali tersangkut di peringkat suku akhir nyata memeningkan keadaan, meruntungkan perasaan, merencatkan impian & menggugat keyakinan....namun...itu bukanlah halangan maksum yang boleh dijadikan alasan untuk kita berhenti daripada berjuang...inilah debat...dunia yang dipenuhi oleh pelbagai persoalan...kerna itulah sifatnya adalah subjektif....teringat aku akan kata-kata Nelson Mandela,

"kejayaan itu bukanlah beerti kita tidak pernah tersungkur...namun kejayaan itu boleh hadir apabila kita mampu bangkit daripada setiap kekalahan untuk mencapai kejayaan..."

Harapnya, suku akhir di unimas ini adalah yang terakhir...kerna aku dahagakan peringkat seterusnya.....semoga Allah tunaikan impian ini....amin....hu3

bercerita tentang perjalanan ke sarawak (pertandingan debat perpaduan & integrasi nasional 2009),kenangan sepanjang pertandingan ini tidak aku lupakan sampai bila-bila.

Pertamanya, pertandingan ini membuka sejarah baru dalam karier aku sebagai pendebat. bertukar posisi bukanlah suatu yang mudah tatkala kita sudah biasa dengan satu posisi kegemaran kita. namun, semua itu aku angkat sebagai satu cabaran yang perlu aku harungi untuk menjadi pendebat sempurna.

Sejarah telah membuktikan, seorang juara tidak hanya berkebolehan dalam satu aspek semata-mata namun mempunyai kebolehan dalam semua aspek yang diceburi. kebanyakan lagenda yang wujud tidak hanya berorientasi kepada satu2 posisi/kemahiran semata-mata.

Contoh terkini, saudara khairul nizam bakeri dari upm. dalam pertandingan debat integrity di utm, beliau bergelar johan/pendebat terbaik di posisi ketiga/pembidas. terkini, beliau bergelar johan/pendebat terbaik pertandingan debat perpaduan di unimas semalam di posisi pertama/ketua pembangkang. contoh terbaik untuk diikuti oleh semua pendebat termasuk aku.

Sepanjang debat perpaduan ini, pasukan upsi berjaya menduduki ranking ke-4 dibelakang uitm,mmu dan utp. Satu kejayaan juga, kerna dibawahnya terdapat UPM, UM, UNITAR dan UTEM yang turut layak ke pentas suku akhir.

Untuk rekod, diperingkat saringan, team upsi yang dianggotai oleh trio B plus N (BIB, BIBIE, BA'E plus NADIAH) berjaya menewaskan UMT (2 kali), UDM, UTM, UM dengan lima kemenangan dan sekali tewas kepada johan petandingan ini yakni UiTM.

Dengan bantuan, sokongan dan keyakinan Kak Bibah, Kak Nadiah & Bibie aku kuatkan mental yang sudah buntu memikirkan apakah aku mampu untuk berjuang di posisi 3rd ataupun menyerahkan t/jawab itu kepada kak nadiah. posisi 3rd sememangnya berat dan sukar bagi aku.

Lebih-lebih lagi diperlawanan kedua, prestasi aku merudum & keyakinan aku goyah selepas kekalahan kepada pasukan UiTM. Namun, mereka tidak pernah meragui keupayaan/kemampuan aku untuk meneruskan perjuangan. Thanks a lot buat anda semua!.

Kebuntuan aku akhirnya terurai di perlawanan ketiga kerna dalam perlawanan tersebut barulah aku faham akan tuntutan/peranan seorang pembidas. sedikit demi sedikit keyakinan aku mula meningkat dan alhamdulillah dengan kekuatan first speaker(k.bib), keyakinan second speaker (bibie, sokongan padu cik nadiah dan senyuman/kesetiaan cik ziera/encik Muzamil menemani kami sepanjang pertandingan, team upsi berjaya melepasi 5 perlawanan dengan kemenangan/satu kekalahan.

Tak lupa juga, aku ingin rakamkan jutaan apresiasi buat teman2 sokongan dibelakang tabir... nadia, apiz, abu, johan, ami, syera, bro faizi, kak maton & tok2 guru2....sokongan anda adalah penawar mujarab dalam membantu team upsi meneruskan perjuangan walaupun dalam keadaan sukar...

Pertandingan ini memberi satu perubahan berguna untuk aku menjadi lebih baik dalam dunia debat. kami menutup pertandingan ini dengan 5 kemenangan/satu kekalahan dalam peringkat saringan dan kekalahan di suku akhir kepada UPM (w/pun hati kecil merasakan keadilan tidak berpihak kepada kami).







(KENANGAN DI PERKAMPUNGAN BUDAYA SARAWAK)

Buat akhirnya, tahniah buat team UiTM khususnya kepada saudara Nizam Bakeri yang berjaya mengumpul RM 13,000.00 dalam 2 pertandingan berturut2...Seterusnya terima kasih buat rakan2 pendebat dari sume universiti yang terlibat.

Kenangan di perkampungan budaya akan terpahat dalam sejarah hidup mahkluk tuhan bernama al-baehaqie...paling penting....salah satu daripada impian-impian aku sudah termakbul....hihi...

Aku berjaya berada di atas awan dengan bantuan syarikat rakan sekolah aku iaitu Mr. Tony Fernandes/Air Asia....ha3...tak lupa juga thanks buat sahabat kepada cik bibie (aku lupa nama) yang sudi bawak aku & da geng pusing2 bandar Kuching & hantar ke airport Kuching....

Kejadian makan nasi goreng DABAI takkan aku lupakan sampai bila2....ha3...kepada sape2 yang nak g Kuching...jangan lupa...makanlah nasi goreng DABAI...sungguh enak dimakan begitu saja....sehinggakan xsampai separuh aku makan kerna 'terlalu sedap'...ha3...

Sesungguhnya, dalam hidup....setiap manusia mempunyai impian....impian untuk duduk sama tinggi, berdiri sama tinggi dan terbang sama tinggi dengan insan-insan lain......usahalah untuk kita gapai semua itu tatkala ruang dan waktu masih menyebelahi kita...gunakan setiap minit/saat dalam hayat kita untuk penuhi segenap impian kita....

Tatkala dipenghujung hidup....kita bukanlah seorang manusia yang hanya berpijakkan setitis daripada selebar hamparan bumi Allah, berfikiran sekelumit daripada kekuatan minda anugerah Allah, berkomunikasi satu bahasa daripada berjuta-juta bahasa makhluk Allah, berbudaya selapis daripada berlapis-lapis budaya hamba Allah....kelak kita adalah manusia yang benar-benar kerdil dikalangan manusia agung ciptaan Allah.....

thanks LO/UNIMAS/JPNIN/MADUM/UPSI..

2 comments

jumapx said... @ June 17, 2009 at 4:52 AM

salam...
tahniah utk debat perpaduan baru2 nie...
tersangkut di suku akhir bukan satu kerugiaan...tapi satu ujian...bersyukurlah dgn rezeki yang ada...mungkin tuhan belum mahu memberi kejayaan pada kita...kerana ada masa yg lebih sesuai utk kita di berikan rezeki yang lebih baik daripada apa yg kita dapat skrg...

god luck utk perjuangan debat pada masa akan dtg k...

kalam agung said... @ June 17, 2009 at 12:40 PM

ha3....ya2....tidak terlintas itu satu kerugian...namun satu yg perit untuk diterima....moga team fomca mampu mencipta kjutan....good luck untuk apiz, nadia, abu & shahida...

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz