Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 2 comments
]

Ingatkah teman kita pernah saling memimpikan

Berlari-lari untuk wujudkan kenyataan

Lewati segala keterasingan

Lalui jalan sempit yang tak pernah bertuan



Ingatkah teman kita pernah berpeluh cacian

Diselubungi dan digeliati kesukaran

Walaupun sejenak nafas dari beban

Untuk lewati ruang gelap yang teramat dalam


Ingatkah teman kita pernah berjuang

Walaupun tanpa ada persediaan

Kita tetap teruskan

Walaupun tidak menggapai kemenangan

Keseronokan tetap kita utamakan


Ingatkah teman kita pernah terbang

Terbang bersama-sama di awangan

Destinasi kita bumi kenyalang

Judul diangkat bertemakan perpaduan

Kita tidak menang dengan anugerah mahupun wang

Namun kita berbangga dengan kesungguhan

Walaupun diapit kekurangan

Semua itu bukan sekatan dalam berjuang


Ingatkah teman diri ini dulunya tak dipandang

Terasa kerdil dibalik kelibat pejuang handalan

Namun kerna nasihat dan tunjuk ajarmu teman

Aku merangkak mencari kekuatan

Hasilnya aku beroleh peluang


Namun mungkinkah hari ini aku mengecewakanmu teman

Disebalik tindakan dan keputusan

Yang tidak mendatangkan keuntungan

Buatmu teman mahupun si nasib badan

Namun semuanya kerna kecelaruan

Kecelaruan menggila disebalik senyuman


Sukar untuk diluah mahupun dihebahkan

Kerna inilah bahana kesilapan dan kealpaan

Dalam mematuhi tuntutan tuan alam

Mungkin kalian tergaru-garu tanda kepeningan

Akan maksud ingin ku sampaikan

Namun semuanya telah ku fikirkan


Pengunduranku satu kesukaran

Dilema memuncak memilih kepentingan ataupun tuntutan

Akhirnya itulah yang diputuskan

Aku sisipkan ungkapan jutaan kemaafan

Atas masalah ditanggung kalian


Aku doakan kejayaan dan kejutan

Buat teman seperjuangan

Sahutlah seruan dan harapan

Nescaya kalian mampu membuktikan

Kalian pejuang bukan patung wayang

Serlahkan kekuatan walaupun musuh bukan calang-calang


Akhir kalam....

Buat teman,

Kita pernah duduk bermahkota

Pucuk-pucuk mimpi yang berubah jadi nyata

Dicumbui harumnya putik-putik bunga

Putik impian yang takkan kita lupa


Realitinya sekarang,

Jiwa kosong keyakinanku goyang

Ghairah luntur semangat hilang

Semuanya perlukan masa dan ruang

Untuk aku kembali berjuang

Mungkin diwaktu itu sudah tak diperlukan

Aku terima seadanya jika itu satu ketetapan

Dari muafakat sahabatku para pejuang



Hidup ini hanya kepingan yang terasing di lautan

Memaksa kita memendam kecelaruan

Hidup ini hanya kepingan yang terasing di lautan

Memaksa kita merubah jadi pendiam

2 comments

nurulnadiah said... @ July 22, 2009 at 10:55 AM

Keno bertenang dulu ni napok gayonye
Rilek,perjalanan masih jauh lagi, masih junior lagi,byk peluang lagi

sampai berpuisi bagai nie, JK benar nie
Lek bro, cuba seru balik semangat dabai yg dahulu tue
caya lah

Jgn berenti teros, satu kerugian buat UPSI nanti

shahida nalini said... @ July 23, 2009 at 6:50 AM

knp??

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz