Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 5 comments
]

Sentiasa ada persengketaan dalam hidup, persengketaan itu boleh hadir dalam pelbagai figura samada tragik mahupun biasa-biasa saja. Hidup ini tidak pernah serik dihidang dengan pelbagai persengketaan sesama umat manusia.

Bermula daripada golongan atasan sehinggalah golongan bawahan, komuniti antarabangsa sehinggalah komuniti domestik, kelompok masyarakat sehinggalah kalangan individu persengketaan tidak pernah sunyi untuk didengari.

Terbaru, di Indonesia Hotel Ritz Carltan dan Hotel JW Marriott yang berdekatan. Dua pengeboman yang berasingan di hotel ini yang merupakan hotel mewah lima bintang sering dilanggani oleh golongan diplomat dan ahli perniagaan berlaku.

Selepas berselang tiga tahun pengeboman di Hotel JW Marriott, pada tahun 2003, Jumaat lalu sekali lagi hotel yang sama menjadi sasaran pengebom berani mati yang membunuh sembilan orang dan mencederakan berdozen yang lain.

Serangan berani mati yang setakat ini tiada pihak yang mengaku melakukannya juga berselang empat tahun dari serangan Bali yang mengorbankan lebih 200 pengunjung asing terutama dari Australia.

Apa jua lembaran alasan dan kenyataan yang dihujahkan, semua itu hanya hanya berfokus kepada satu perkara, persengketaan antara manusia tidak pernah surut dan hasilnya menyeksakan semua.

Seterusnya, jika kita menjenguk helaian sejarah, terdapat pelbagai tragedi dan perlakuan yang menjurus kepada persengketaan antara manusia. Perang Iraq-Iran, Perang Teluk 1 & 2, Perang Semenanjung Korea, Pembersihan Etnik Bosnia dan Krisis Israel-Palestin yang tidak berkesudahan merupakan antara fakta konkrit menggambarkan persengketaan antara manusia.

Dewasa ini, kita dihidangkan dengan Krisis Nuklear Korea Utara, Keganasan Etnik Uighur di China, Rampasan Kuasa di Honduras, Siri Pengeboman di Iraq, Demontrasi di Iran, Siri Demonstrasi Antara Baju Merah-Kuning di Thailand merupakan antara picisan contoh persengketaan umat manusia.

Begitu juga dalam konteks dalaman kita, sentiasa wujud persengketaan samada melibatkan diri kita dengan orang lain mahupun konflik dalaman diri sendiri. Persengketaan itu tidak pernah sunyi. Sering saja membelenggui kehidupan kita.

Sejarah telah membuktikan, persengketaan bukanlah suatu yang asing dalam kehidupan. Lihat saja persengketaan antara Habil dan Qabil yakni putera Nabi Adam dan pembiak bangsa manusia menjadi bukti persengketaan telah lama wujud.

Manusia sering saja bersengketa, kerna itulah tentuan takdir dari-Nya. Namun, persoalannya, mengapakah semua ini berlaku?. Apakah dunia ini tidak akan sempurna tanpa persengketaan?. Apakah kita akan hanya beroleh jawapan dengan hanya mencari salah siapa?.

Tidak bagi aku!. Kerna persengketaan itu hanya hadir bilamana manusia berhadapan dengan pertembungan idea, pendapat, ideologi, prinsip yang membawa kepada salah faham.

Ya! Salah faham. Lantaran itu, tuding menuding akan wujud tatkala manusia berhadapan dengan persengketaan. Masing-masing berjuang mempertahankan idea, pendapat, ideologi, prinsip yang aku sebutkan tadi.

Maka, jawapan untuk semua ini tidak lain dan tidak bukan pertumpahan darah, pergaduhan, pembunuhan, peperangan sehinggalah putus hubungan saudara, sahabat dan akhirnya bermasam muka.

Seharusnya, kita semua bertanya kepada diri, apakah semua itu jawapan terbaik untuk menyelesaikan persengketaan antara kita? Ataupun kita masih mempunyai alternatif lain yang jauh lebih baik?.

Aku pasti, semua manusia memilih untuk berkata, kita ada alternatif lain yang jauh lebih baik. Bagi aku, jawapannya mudah toleransi.....namun, tidak semua ummat mampu melakukannya....toleransi boleh hadir dalam pelbagai bentuk definisi.

Terpulang kepada siapa yang mentafsirkannya. Bagi aku, toleransi itu bermaksud, kita perlu memahami antara satu sama lain....ianya tidak terhenti disitu, kita perlu bertindak dan memikirkan bersama bagaimanakah konsep memahami itu mampu merapatkan jurang perbezaan antara kita.

Aku percaya, semua perkara mampu untuk kita kolaborasikan bersama seandainya kita mahu dan bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.

Berbalik kepada diri aku, salam kemaafan buat semua insan yang pernah bersengketa dengan aku....akhir kalam hentikanlah segala persengketaan bertunjangkan kesumat dan dendam.

Berjabatlah tangan untuk kemandirian sebuah kehidupan yang diertikan melalui senyuman, kegembiraan dan gurau senda. Jangan pula nanti kita tertunduk dan terduduk lantaran kekesalan yang menggila bahana kesumat dan dendam dihati kita.

Salam keamanan buat semua!

5 comments

NNCR said... @ July 20, 2009 at 12:11 AM

Yes ini hidup bai,

Sedangkan dua pihak yang saling menyayangi pun selalu bersengketa

Apatah lagi dua pihak yang saling membenci

p/s: gambar coming soon bai, jgn bersengketa dengan aku wohohoho. hak3

diktator mulia said... @ July 20, 2009 at 2:07 AM

siapakah dua pihak yg saling myygi tu cik nad??....ha3....bgaduh gak ka???

NNCR said... @ July 20, 2009 at 2:54 AM

Aku bukan bercakap tentang AKU atau SESIAPA lerrr, aku bercakap secara AM-nya lah

Subhanallah, mengucap panjangggg muslimat PAS ini ( gilerrr perasaaaann)

har3

diktator mulia said... @ July 20, 2009 at 11:34 AM

ha3....da jadi muslimat pas???....yalah tu....beselah tengah bahagia.....xdak poblem an....kui3...yg ptg nasik minyak tu....ehem2...jan lupo...

NNCR said... @ July 20, 2009 at 1:51 PM

ye la sgt bahagia tue :D.ko nk makan nasik minyak ko doakan la suro cepat,haha

Anyway good luck DAS 2009. yeahhhhh.kalo menang panggil belanja aku, aku dtg sure

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz