Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]

Astaghfirullah……mengucap panjang aku tatkala membaca repekan balas ”anda”....kalau anda ter bosan....maka aku pun tersangat ter ter ter ter bosan dengan kerenah anda.....aku bukanlah manusia yang suka mendedahkan ”seluar” orang dalam blog ini untuk memenuhi naluri dan kepuasan hati anda dengan cara londeh-selondehnya...anda harus ingat.....anda memilih untuk mencari ”pasal” disaluran ini.....cukuplah sekadar aku memberikan jawapan dalam maksud yang samar.....namun, bagi manusia yang rutin bersama....akan tahu siapa yang aku maksudkan......tidak perlulah aku londehkan siapa yang ucapkan tutur ayat tersebut secara ”live” disini.....kalau mahu tahu siapa yang kata.....baik!!!....tanya aku diluar.....yelah....takkan aku nak terhegeh2 beritahu anda sedang anda buat tak tahu......jika anda bertanya.....maka aku akan jawab semuanya......tidak perlu anda timbulkan isu fitnah, salahkan orang lain dan bla bla bla.......

Aku cuba kawal emosi aku dengan cara tulis secara tersirat....kalau aku tulis secara direct.....akan wujudlah unsur-unsur hentam, maki hamun dan sebagainya.....jadi aku pilih pendekatan begini.....aku hairan dengan jawapan anda.....katanya tulisan aku berkisar tentang luahan disatu program......sekarang meleret bukan-bukan katanya.....masalahnya.....siapa yang mulakan kemeleretan ini???....siapa!!!!!!......akukah ataupun anda???>...(aku masih gunakan panggilan anda.....hormatku masih ada...)....siapa yang mulakan tulisan berkejar sana, berkejar sini, berhabis sana, berhabis sini????....siapa yang mulakan tulisan, berkorban sana, berkorban sini, berani sana, berani sini????....maka aku jawablah berdasarkan entri anda......aku berikan jawapan mengapa anda selah-olah bekerja sendiri.....apakah jawapanku berunsur fitnah????...anda boleh tanya secara ikhlas semua pembantu anda......jika benar mereka hamba tuhan.....aku cabar untuk berkata benar......tanyalah!!!!!!!!!!!!

Jangan guna istilah fitnah, salahkan orang lain dan sebagainya sekiranya anda belum lagi bertanya juak-juak dibawah.....apakah benar apa yang aku nukilkan???....apakah benar kalian berkata sedemikian????....anda tidak pernah bertanya kepada mereka dibawah kendalian anda dengan persoalan begitu.....kemudian anda melenting.....aku pemfitnah, salahkan orang lain dan.....sebagainya......hakikatnya, anda membuat analisa berasaskan perasaan dan perspektif anda sendiri......aku cabar anda untuk buktikan aku fitnah dan reka-reka cerita.....berikan aku bukti bahawa tidak ada seorang pon juak-juak anda berkata sedemikian.....aku cabar!!!!!!!!......kemudian.....sekiranya golongan tersebut berdolak dalik....atau mengatakan aku mereka cerita.....aku sendiri akan ”bertanya” kepada mereka disaksikan anda!!!!....ini statement bertulis aku......jika aku benar dalam dakwaanku....maka aku pon boleh katakan....anda juga memfitnah aku......dengan dakwaan aku buat-buat cerita kononnya......

Seterusnya, aku tidak pernah menyentuh soal perkara yang tidak berkait dengan tulisan aku......aku pernah menulis tentang diktator.....apa yang aku tulis adalah berdasarkan situasi yang berlaku pada hari itu......baik....anda mahu aku londeh....aku londehkan....dalam pemilihan peserta ke debat di UTP....apakah anda tidak mencabuli prinsip demokrasi????....bagi sesiapa yang tidak tidur ketika itu.....semuanya meminta keputusan secara majoriti yakni mesyuarat.....anda bersetuju!!!....kemudian bila semuanya memberikan jawapan majoriti terhadap pemilihan seorang peserta.....apakah anda menerima keputusan tersebut???...aku surender jika waktu itu anda terus saja menolak untuk dilakukan undian secara majoriti tetapi terus mengekalkan kemahuan anda sahaja.....umpamanya, MCA akan mengadakan EGM bagi membincangkan 5 usul daripada perwakilan bersabit isu pemecatan Chua Soi Lek....Presiden ambil keputusan berani....sahut permintaan perwakilan....dalam hal ini.....Ong Tee Keat mahu serahkan keputusan membuat pilihan kepada perwakilan......persoalannya....apakah yang akan terjadi...seandainya usul undi tidak percaya kepada Presiden diterima, Chua dikembalikan ke jawatan Timb. Presiden dan keseluruhan hasil EGM tidak memenuhi kehendak dan kemahuan Ong, tetapi....Ong Tee Keat selaku Presiden menolak semua resolusi perwakilan???....inilah yang cuba aku kaitkan.....anda memang buat-buat tak faham....anda kemukakan persoalan mesra....baik.....aku tidak pernah bercakap atau menulis.....anda perlu bertanya khabar atau bergurau senda.....itu permasalahan individu....apa yang aku maksudkan dalam soal pengurusan anda......apakah anda tidak pernah ketepikan kehendak majoriti???...jika tidak.....ahli-ahli sekalian....tepuk dahi tanya hati......apakah anda tidak pernah mengetahui adanya ketidakpuasan hati berkaitan tindakan anda seolah-olah condong kepada kemahuan anda sahaja???....aku malas untuk londeh-selondehnya.....jika anda bertanya......aku akan londehkan selondehnya untuk kepuasan hati anda......paling utama....aku bukanlah pemfitnah.....aku dedah dan luahkan apa yang disampai........

Then....anda bertanya..... ramai ke yang datang mesyuarat dan latihan? Macam mana nak dengar suara kalau datang pun tak. Hentam macam2 tapi pernah ke bagi jalan penyelesaian? Apa sebenarnya isu yang timbul? Jawapan aku mudah…(perlu jawab kalau tidak akan disangka fitnah/salahkan orang lain…) pertama….kenapa ramai yang tak hadir????....kenapa muka-muka sama sahaja setiap kali mesyuarat diadakan???...mengapa tidak pernah diberi jalan penyelesaian???....sebabnya....wujud masalah dalam cara anda mengendalikan ahli....aku ingin bertanya......benarkah anda mengarahkan s/u ataupun anda sendiri menghantar mesej atau makluman kepada semua ahli???...mengapa tidak diberi jalan penyelesaian....sebab....anda tidak mahu dan boleh menerima pandangan, teguran dan kritikan orang lain.....aku boleh berikan contoh ”live” jika anda bertanya......hinggalah sekarang.....berapa kerat ahli yang tinggal?....

”hubungan dengan HEP bermasalah, kini sudah pulih, bantuan juga sentiasa diberi, aduan juga diberi perhatian.” hu3....aku tertarik dengan statement ini.......bagi sesiapa yang rajin....anda boleh tanya kesimpulan dan analisanya dengan Nadia/Rasminie berdasarkan contoh terkini semalam.....aku meragui prosedur ini....aku akui kita memang bertuah kerana hubungan dengan HEP....tapi aku mahu anda sedar.....jika bukan disebabkan tongkat daripada HEP.....sudah lama kita tersungkur....kenapa????...sebab itu kelebihan yang ada pada kelab berbanding PERMAS...(persatuan lain aku tidak tahu)....ingat lagi aku dengan keluhan Syaiha.....kertas kerja perlu dipinda.....bila dihantar perlu ikut format....kalau tidak reject.....tapi kita diberi kelebihan....lantaran itu kita ditongkat.....

Untuk makluman anda....pernah wujud cadangan undi melakukan undi tidak percaya.....gempak juga aku dengar dulu...namun tak tahu mengapa....diam sepi.....aku hanya berikan kritikan.....aku tidak cadangkan anda dijatuhkan.....cara diatas lebih tidak sopan.....namun, aku gunakan cara begini untuk mengingatkan anda.....mengapa anda selalu menayatakan perkara yang aku sebutkan ini dilakukan tanpa unsur periksa? Sebab....apa yang aku londehkan sebelumnya berlegar disebalik tabir....tapi....aku tidak suka cara sebegitu.....aku lebih senang berdepan.....direct selling katakan.....

“Sudah2lah mencipta spekulasi, kontroversi dan menyentap sesiapa.” Terima kasih atas statement sebegini….inilah konklusi terhadap tulisan panjang lebar anda…..apa yang aku tulis adalah spekulasi mainan aku…..apa yang aku tulis adalah kontroversi hasil manipulasi aku…..apa yang aku tulis menyentap (sebelum ini memaki???).....namun, aku berikan semua jawapan balas atas tuduhan anda ini untuk bertanya hati ke hati dengan orang-orang dibawah naungan anda didepan mataku sendiri.....kita boleh lihat nanti....siapa yang boleh berlaku benar, berani dan ada batu......aku mahu lihat sendiri.....apakah sama dengan apa yang pernah mereka nukilkan dulu.....jika tidak sama....maka benarlah andaian anda.....aku mainkan spekulasi, kontroversi dan sentap....namun, jika benar apa yang aku suarakan.....maka....apakah jawapan anda terhadap tuduhan tersebut.....

Di akhirnya.....tidak perlu anda timbulkan soal maaf atau memaafkan.....jika anda terus dengan sikap bergantung dengan andaian semata-mata.....sahutlah cabaran aku.....buktikan aku mereka-mereka cerita/mencetuskan spekulasi.....kemudian barulah anda LAYAK untuk bertutur soal maaf/memaafkan.....aku bukan seperti manusia yang bersikap baling batu sembunyi tangan......jawapan untuk spekulasi, kontroversi dan sentap itu aku wakilkan anda untuk bertanya sendiri dengan juak-juak dibawah naungan anda.....buat adik anda yang telah d’ smash.....hutang kita berkaitan ayat ”sebelum tu cermin dulu daa...”....itu tuntutan aku untuk berdepan.....adikku yang turut dismash???...hu3....aku tidak faham....apakah aku yang bersikap kebudak-budakan ataupun orang lain......

Ingatan buat anda......tulisan aku berkaitan anda ini sahaja:

”Lebih-lebih lagi manusia atasan, sunyi sepi tanpa ada pertanyaan ”okeykah program Bae?” ”ada masalah ngan program x Bae?” ataupun ”ade ape2 lagi yang xsettle yg boleh dibantu?” ataupun satu lagi, ”barang-barang program dah dihantar belum Bae?” kepadaku...”

Ini sahaja tulisan aku berkaitan dengan anda.....dan ayat ini merupakan ayat seseorang yang pernah mengeluh dengan anda.....siapa????....kita terserempak di mana-mana....aku akan berikan jawapan....untuk aku jawab tuduhan......salahkan orang lain.....siapa yang menulis berjela-jela dengan perutusan hari raya berkisar pengorbanan dan sebagainya???...aku hanya menjawab atas apa yang anda tulis panjang lebar.....aku tidak pernah menyentuh hal-hal lain sebelumnya.....anda boleh memberikan respon terhadap tulisan ini sahaja....namun...anda memilih untuk berjela-jela.....

Buat adik anda yang di’smash......ini sahaja pelawaan aku untuk anda bersemuka dengan aku.....aku mahukan ayat ini ditutur didepan aku.....

“sebelum tu cermin diri sendiri... da..."
Ini sahaja.....buat anda.....jangan mudah tersentuh dengan amalan sentimen nepotisme.....masalah anda dengan adik anda tidak sama......jadi....jika dihubungkan dalam satu masalah untuk anda berkongsi bersama.....adalah janggal untuk diterima akal yang waras.....

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz