Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]

Assalamualaikum……aku hulurkan salam….biarpun ada yang berkata….tulisanku hanyalah untuk tatapan diriku sendiri…..tak mengapa….

aku bukanlah penulis hebat seperti Raja Petra…..
aku bukanlah pemimpin berpengaruh seperti Anwar/Mahathir…..
aku bukanlah penganilisis tersohor seperti Subky Latiff…..
aku bukanlah sasterawan hebat seperti A.Samad Said......


Tulisanku, bahasaku dan bait-bait ayatku adalah biasa-biasa sahaja berbanding ilmuwan bahasa.....namun, jika inilah tahap kemampuanku.....aku terima seadanya....aku tidak letakkan harapan menggunung untuk tulisanku dibaca.....dikomen berjela-jela....diview berjuta-juta manusia.....mahupun dijadikan rujukan sesiapa.....apa yang ada....hanyalah satu cetusan idea....untuk bergerak seiiring....berjalan selangkah....bersama teman-teman bolgger yang lain.....lantaran itu aku letakkan slogan diatas....idea konkrit, lidah fasih, akal tajam.....anugerah tuhan buat insan terpilih.....aku akui akan kekuatan diri....sesungguhnya tahap dan keupayaan aku masih belum cukup untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan manusia hebat seperti yang aku coretkan diatas ...kerna mereka sememangnya insan terpilih....maka....ideaku tidaklah segah mahupun sehebat nukilan mereka.....lantaran itu aku tidak pernah meletakkan harapan mahupun impian untuk melihat tulisanku menjadi gah seperti golongan diatas.....walaupun idea dan cara tulisan mereka bukanlah maksum...namun, pengaruh mereka untuk membujuk pembaca mengikuti nukilan mereka tidak boleh dinafi.....tidak kisahlah tulisanku dibaca ataupun tidak....apa yang penting....perlu aku jelaskan, tulisan ini hanyalah pandangan peribadi dan cetusan dhaif karya sendiri-sendiri....tidak wajib untuk didengar, dipercaya mahupun diikuti.....

Hidup ini sememangnya dipenuhi unsur suspen dan spekulasi…..kerna itu manusia tidak boleh lari daripada sifat ingin tahu dalam segenap perkara. Demikianlah fitrah yang ditanam oleh Ilahi dalam sanubari setiap umat manusia. Masing-masing mahu berteka teki, meramal itu meramal ini dan bernujum sana bernujum sini….kerna itulah fitrah manusia. Hampir sebulan kita berteka teki siapa yang akan dipilih untuk menjawat gelaran YB Bagan Pianang yang baru dan siapa yang akan kecundang dalam permainan ciku-ciku ah! dalam barisan kepimpinan tertinggi MCA…..minggu ini semua teka-teki dan persoalan yang dicetuskan sudah termaktub jawapannya…..satu jawapan….punyai pemenangnya…..satu lagi win-win situation katanya…..dua-dua pihak yang bertelagah kecundang dalam mempertahankan ego dan agenda diri dek penangan suara majoriti.

Bercerita berkenaan Bagan Pinang, tahniah aku ucapkan buat YB Bagan Pinang yang baru yakni Tan Sri “I.S.A” Samad atas kemenangan besar dalam PRK kali ini. Walaupun aku pasti dan semestinya pasti ucapan tahniah aku tidak mungkin dibaca oleh beliau, tak mengapalah adat menulis aku hulurkan juga ucapan tersebut….dalam PRK Bagan Pinang, pelbagai isu dicanang oleh kedua belah pihak….PAS dengan isu projek terbengkalai, rekod buruk I.S.A, polemik pengisytiharan status PD, keengganan SPR memansuhkan undi pos, penyokong dipukul dan bermacam-macam lagilah isunya…..di pihak BN pula, Kelantan mundur, lawak bodoh Azeez dipukul 9 orang penyokong PAS, pemimpin PR pun ramai banduan (I.S.A hanya kantoi politik wang sajelah), bantuan itu bantuan ini dan macam-macam jugalah ceritera yang tercetus selama tempoh berkempen…..masing-masing dengan hujah dan ego yang tersendiri…..akhirnya, suara majoriti penduduk DUN Bagan Pinang memilih orang lama katanya, Tan Sri I.S.A Samad sebagai wakil rakyat mereka…..lalu terjawablah teka-teki kita selama ini…..I.S.A atau Ustaz Zulkifly pilihan muktamad warga Bagan Pinang……

Kemudiannya, politik tanah air turut digegarkan (sekarang musim gempa bumi kan…) dengan keberanian para perwakilan MCA menolak dua agenda pimpinan tertinggi parti melibatkan percakaran Ong Tee Keat selaku Presiden dan Chua Soi Lek selaku mantan Timb. Presiden….sebelumnya, ramai dikalangan kita berteka teki, siapa yang akan dijulang dan siapa yang akan ditendang?. Menarik untuk diikuti....ada yang meramalkan, usul undi tidak percaya terhadap Ong Tee Keat akan diluluskan, manakala usul menerima kembali keahlian dan dikembalikan jawatan Timb. Presiden kepada Chua Soi Lek akan diterima oleh perwakilan.....lantas membuka ruang penyelesaian yakni Tee Keat ditendang dan Soi Lek dijulang untuk mengambil alih teraju kepimpinan MCA. Selain itu, ada juga yang berpendapat sebaliknya.....namun, perwakilan MCA telah menunjukkan belangnya....kedua-dua pemimpin yang terpalit dengan isu ang pau RM 10 juta dan terkulai layu didakapan perempuan sehingga tersebar rakaman asmaranya kepada umum ditolak oleh suara majoriti perwakilan.....lalu terjawablah teka-teki siapakah yang akan dijulang dan siapakah yang akan ditendang dalam kemelut kepimpinan MCA....

Namun, mungkin satu perkara yang kita terlepas pandang sepanjang berlangsungnya dua isu ini....orang lama bersuara kembali.....siapa???....aku tidak mahu bermain teka-teki.....aku berikan jawapannya.....”MAHA”thir......tokoh yang tidak perlu aku perkenalkan kejayaan peribadinya.....ya!!! ”MAHA”thir memang insan terpilih....tidak ramai dikalangan umat manusia mempunyai ”ong” (tuah) kata orang Cina sepertinya.....harta, pangkat dan segala nikmat dunia dibolotinya....namun, satu perkara yang aku tertarik dengan ”MAHA”thir dalam kedua-dua isu ini adalah kritikan pedas dan terbuka beliau terhadap mana-mana individu yang tidak sealiran dengan kepala hotaknya.....dalam isu Bagan Pinang....awal-awal lagi mat I.S.A ditentang untuk dipilih sebagai calon.....katanya, UMNO tidak berubah jika pilih mat ang pau dalam pemilihan agung UMNO suatu masa dahulu.....UMNO perlu korbankan kepentingan akar umbi demi menjaga imej parti diperingkat nasional.....perasuah perlu dipinggirkan....demikianlah pendapatnya....namun, pandangan ”MAHA”thir sekali lagi dipandang sepi oleh jeneral UMNO selepas pandangannya turut disampahkan di Kuala Terengganu, Penanti dan Permatang Pasir....namun....”MAHA”thir tidak pernah jemu untuk bersuara mengumandangkan pendapatnya yang diarasakan terbaik itu.....teringat aku akan ucapan Sultan Johor semasa merasmikan pembukaan Wilayah Pembangunan Iskandar WPI sewaktu Dollah Badawi dipuncak kuasa dan populariti dek kejayaannya dalam PRU-12 ketika itu. Kata Sultan Johor, ”dah bersara buat-buatlah bersara...., bagilah peluang PM baru bernafas sendiri...”dalam maksud ucapannya....waktu itu ”MAHA”thir sedang rancak melalak dan melenting dengan Dollah Badawi dek angkara Dollah Badawi membatalkan projek jambatan bengkok hasil ilhamnya sewaktu menjadi PM dulu.....maka, dirasakan ”MAHA”thir tidak wajar mengganggu tugas Dollah Badawi....

Tetapi....”MAHA”thir terus juga mengkritik pentadbiran Dollah Badawi.....selepas puas ditibai Dollah Badawi, ”MAHA”thir melancarkan konfrontasinya terhadap menantu Dollah Badawi yakni al-Khairy wal-bersih dan suci.....saat itu ”MAHA”thir mengangkat slogan ”orang tingkat 4” terlalu berkuasa menentu dan mencorakkan pentadbiran Dollah Badawi.....orang ini dirasakan membawa bencana terhadap parti keramatnya....maka...diserulah gerombolan pengikutnya supaya menjahanamkan kekuasaan dan pengaruh ”orang tingkat empat itu”.....namun, disebaliknya terlindung perasaan dukacitanya dek kekalahan anakanda emasnya yakni Mukhriz dalam usaha bertanding dan merebut jawatan Timb. Ketua Pemuda UMNO....tambah parah, al-Khairy wal-bersih dan suci menang tanpa bertanding bagi jawatan idaman anakanda ”MAHA”thir itu....lalu, orang tingkat empat itu pun dihentamlah bertubi-tubi dengan dakwaan berkuasa melebihi Perdana Menteri dan bermaharajalela melahap kontrak-kontrak mega kerajaan....namun, ”MAHA”thir tersentak dek penangan manusia yang dahulunya terhoyong-hayang mempertahankan setiap tindakannya.....saat itu, barulah ”MAHA”thir sedar bahawa semua itu hanya lakonan oleh golongan yang hanya tahu bermuka-muka.....golongan ini dulunya jika disuruh menyapu berak ”MAHA”thir pun mereka sanggup asalkan perut-perut mereka terbela dalam dakapan emas ”MAHA”thir....kini....golongan tersebut sudah bertukar watak....lantaran kekuasaan parti dan negara sudah beralih arah, maka ketaatan mereka pun turut beralih arah.....”MAHA”thir diserang secara bertubi-tubi kononnya sudah nyanyuk dan pergi lepaklah kat masjid!!!!....Dollah Badawi ditongkat habis-habisan...kononnya Melayu tidak diajar untuk kurang hajar kepada tok ketua!!!....hakikatnya, merekalah golongan pengampu yang hanya berkehendakkan habuan semata-mata.....akibatnya, ”MAHA”thir merajuk dan membuat pengisytiharan keluar UMNO sehinggalah Dollah Badawi terlingkup barulah dia akan kembali semula ke dakapan parti keramatnya itu.....terkedu ”MAHA”thir dek serangan yang tidak terduga itu.....dulunya.....disaat ”MAHA”thir membuat pengumuman didepan perwakilan UMNO untuk meletak jawatan, beliau dikerumuni, dipeluk dan ditegah dengan aliran air mata oleh Kak Rapidah Aziz and the gang (ketika itu Ketua Wanita UMNO) supaya menarik balik hasratnya.....lalu akurlah ”MAHA”thir dek bujukan dan rayuan syadis juak-juaknya.....tetapi....selepas hilang jawatan....tiada lagi drama air mata seperti yang dialaminya sewaktu masih berkuasa....”MAHA”thir seperti keseorangan tanpa sokongan bekas panglima perangnya suatu ketika dahulu.....

Namun....”MAHA”thir tidak pernah berputus asa....serangan terhadap Dollah Badawi tetap diteruskan.....mati kutu Dollah Badawi dek percaturan dan permainan ”MAHA”thir....semua yang dibuat tidak betul.....semuanya salah....rupa-rupanya.....”MAHA”thir tidak keseorangan menanggung permainan golongan lalang. Dengan bantuan ”kuasa dalaman”....”MAHA”thir meneruskan misinya menjahanamkan karier politik Dollah Badawi.....terkedu Dollah Badawi apabila nasibnya saling tak tumpah seperti yang berlaku kepada ”MAHA”thir....tambah syadis, menteri kabinetnya sendiri sanggup mengkhianati dan memalukannya apabila disuruh letak jawatan sebagai balasan kekalahan BN dalam PRU-12. Muhyiddin menggerakkan strategi dan usahanya untuk menumbangkan tok ketuanya dengan slogan melakukan transformasi dalam parti supaya BN tidak terkubur dalam PRU-13 nanti.....namun, jangan dilupa.....Muhyiddin tidak bergerak seorang diri.....siapa yang dicari???....Mahathir juga yang dicari.....maka bergabunglah Muhyiddin dengan Mahathir bagi mendesak Dollah Badawi supaya meletak jawatan....akhirnya, Dollah Badawi tersungkur juga walaupun sempat merencana pelan B untuk mengekalkan kuasanya namun tetap juga tunduk dek permainan nakal ”MAHA”thir dan juak-juaknya.....lalu diisytiharkanlah keseluruh negara kemasukan semula ”MAHA”thir kedalam UMNO seiiring perlantikan Najib Razak sebagai PM Malaysia keenam.....paling penting....habuan untuk keberanian Muhyiddin, jawatan TPM dan Timb. Presidem UMNO disandangnya.....sekali lagi.....habuan.....

Kemasukan semula ”MAHA”thir kedalam UMNO tidak bermakna suaranya semakin tenggelam.....”MAHA”thir tetap ligat mencanangkan idea dan pendapatnya walaupun tidak sealiran dengan ketuanya yakni Najib. Baru-baru ini, ”MAHA”thir bertelingkah dengan bekas orang kuatnya yakni Sammy Vellu....kritikan ”MAHA”thir menyebabkan Sammy Vellu melenting sehingga timbul cadangan nakal daripada seorang ahli MIC untuk memberi kalungan selipar kepada ”MAHA”thir....marah sungguh mereka tatkala tok ketua diserang...terkini....seperti isu I.S.A mat ang pau dikritik pencalonannya oleh ”MAHA”thir, kemelut MCA juga tidak terlepas daripada digeletek oleh ”MAHA’thir....kali ini, geletekan ”MAHA”thir tidak ditujukan kepada dua budak beruban yang sedang bertelagah, tetapi kepada Pengerusi BN yakni Najib....pendirian Najib yang memilih untuk diam membisu dan tidak mahu terlibat dalam masalah dalaman MCA tidak dipersetujui oleh ”MAHA”thir....kata beliau, Najib perlu masuk campur.....ketika era pemerintahannya dulu, diakui beliau turut campur tangan tetapi disebalik tabir untuk mengelakkan rungutan daripada kalangan sahabat MCAnya.....sekali lagi......”MAHA’thir tak setuju......

Hakikatnya, ”MAHA”thir perlu berfikir.....walaupun beliau gah dengan kebolehan dan pencapaian peribadi, tetap jua terselit kelemahan dan pemerintahannya dulu....”MAHA”thir perlu ingat, dialah yang membiakkan amalan ang pau dalam pemilihan UMNO melalui pengenalan sistem kuota bagi jawatan yang ditandingi......bermula di zaman dialah, lahirnya golongan seperti mat I.S.A, Datuk Norzula, Ali Rustam dan ramai lagi yang bermurah hati mengedarkan ang pau untuk menang jawatan dalam parti.....dizaman dialah Tun Salleh Abbas dan lain-lain dimalu dan dianiaya demi menjamin survival politik dan kekuasaannya.....dizaman dialah Anwar dan individu tak dibuktikan bersalah oleh mahkamah dibelasah dan meringkuk dalam penjara atas jenama ISA!....dizaman dialah tanah rizab Melayu semakin mengecil atas slogan pembangunan......dizaman dialah Islam dihina apabila ungkapan penghinaan pisau cukur dengan janggut Nabi terbit dari lawak jenaka bibir berkedutnya......dizaman dialah badan kehakiman cuba dirompak ketelusannya apabila terlondeh skandal klip video V.K Linggam yang turut terselit namanya....dizaman dialah undang-undang Islam disekat daripada berfungsi dalam sistem perundangan negara apabila Enakmen Kanun Jenayah II yang diluluskan Sidang DUN Kelantan yang terkandung didalamnya Hukum Hudud, Takzir dan Qisas disekat dengan ugutan saman jika digerakkan.....pemimpin yang diangkat perlu menerima hakikat akan kebenaran hukum alam.....akan ada proses penggantian.....patah tumbuh hilang berganti....seharusnya mantan pemimpin seperti ”MAHA”thir perlu merubah sikap.....jangan amalkan budaya membuat penilaian terhadap prestasi diri berdasarkan bayangan di cermin.....kerna jawapannya tidak selalunya tepat.....tetapi...amalkanlah budaya mencari jawapan dalam menilai prestasi diri melalui pandangan dan teguran orang lain....kerna itu lebih tepat walaupun kadangkala menyakitkan.....biarkanlah orang baru bergerak berdasarkan idea dan konsep baru yang ingin diperjuangkan......

Diakhirnya, (tak mengapa aku gunakan perkataan ini walaupun ada yang menyindirnya...) tak dilupa proses transformasi yang telah berlaku dalam KDBM baru-baru ini.....buat sesiapa yang mencadangkan aku.....aku mohon keampunan jika aku hampakan harapan kalian.....kerna aku disuruh cermin diri dulu.....maka aku cermin diri dahulu.....kemudian aku cerminkan pula harapan tersirat melalui ucapan VIP.....maka, aku bukanlah individu yang layak untuk tugasan itu......demi mengangkat kualiti.....kerna aku tahu aku bukanlah individu yang sempurna dan berkualiti.....maka wajarlah tugasan itu disandang oleh individu yang sememangnya layak untuk tugasan tersebut......aku sanjung semangat Za’ba dalam menolak jawatan dalam UMNO walaupun dialah yang merangka pelan tubuh parti tersebut dengan alasan batang tubuhnya tidak sesuai dengan dunia politik....tetapi sesuai dengan dunia lain yakni penulisan.....hikmahnya.....tidak ada yang terluka, terseksa mahupun gundah gulana.....teruskanlah bakat anda......kerna tidak ada sesiapapun yang mencanangkan pembuangan mana-mana pihak daripada kelab.....buat kepimpinan baru.....chaiyok2!.....bantuanku akan dihulur jika dipinta.....kerna andalah pemegang teraju dan kuasa.......ikhlas dariku bantuan dihulur setakat terdaya.....dan ingatlah.....KDBM bukanlah kelab ekslusif mana-mana pihak....semua pihak berhak untuk terlibat menyumbang tenaga dan idea...jangan malu dan rasa terpinggir dek umur dan peglibatan dunia debat anda yang tidak gah.....kerna kita bekerja bersama-sama.....semoga berkat bakat muda dan baru......kita beroleh kejayaan idaman kalbu....terima kasih buat yang sudi membantu....bertanya khabar, memberi pendapat dan nasihat, memberi dorongan dan nasihat......aku tidak sertakan nama kalian.....supaya tidak ada hidung yang kembang....hu3....realitinya aku menghargai keprihatinan anda dalam membantu.....terima kasih buatmu teman.....buat teman seperjuangan di debat Perpaduan (Kaza, Hairi, Johan, Kama, Razi, Nadia) dan semua yang terlibat dalam debat anjuran Faweez.....terima kasih atas undangan, penghargaan dan penglibatan kalian.....buat Kama....terima kasih atas pujukan anda untuk terlibat dalam pertandingan Pidato baru-baru ini.....tahniah kepada pemenang dan peserta yang terlibat......ni memang yang terakhir dah....tahniah buat Cik Nad dan Razi serta barisan Exco baru atas perlantikan anda......walaupun penglibatan anda masih baru dalam pengurusan kelab.....itu bukanlah halangan untuk anda menyumbangkan sesuatu kepada kelab....kerna kita bekerja secara berpasukan.....bukan berasaskan kekuatan dan kebolehan individu.....mana yang baik kita teruskan....mana yang buruk kita elakkan dan lakukan perubahan kearah kemajuan bersama.......

Sekian.....

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz