Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]

Syurga dan neraka merupakan dua perkataan yang sering disebut-sebut dalam agama-agama besar di dunia. Tidak hanya dalam Islam, dua perkataan ini popular juga dalam agama lain meskipun dengan istilah dan pengertian yang berbeza. Syurga merujuk kepada tempat kembali nan indah yang menampung orang-orang yang ketika hidupnya beramal soleh. Sebaliknya, neraka adalah tempat seksaan di akhirat bagi orang-orang yang berbuat jahat dan mendustakan Allah.

Selain popular di kalangan ulama atau ahli agama, dua perkataan ini sering dipakai oleh para artis untuk dijadikan judul lagu atau bait-bait senikata atau syair dalam lagu. Antara penyanyi yang membawakan lirik ´syurga´ dan ´neraka´ ialah Allahyarham Chrisye. Chrisye, atau nama lengkapnya Chrismansyah Rahadi (namanya sebelum memeluk Islam ialah Christian Rahadi), merupakan pemuzik dan penyanyi pop legenda Indonesia. Dalam bait lagunya, wujud suatu makna yang cukup menyentuh hati seandainya difikirkan dengan baik. Perhatikan lirik lagu ini:

…Apakah kita semua
Benar-benar tulus
Menyembah pada-Nya
Atau mungkin kita hanya
Takut pada neraka
Dan inginkan syurga.
Jika syurga dan neraka tak pernah ada
Masihkah kau bersujud kepada-Nya…


Chrisye seolah-olah mengingatkan kita semua untuk bertanya sejauh mana keikhlasan kita mengabdi diri kepada Allah. Apakah ibadah manusia yang dilakukannya hanya bermaksud mengharapkan masuk syurga dan takut dimasukkan ke neraka? Chrisye seolah-olah mengajak manusia mencapai hakikat kerohanian tertinggi bak para sufi, iaitu mendekatkan diri kepada Tuhan kerana cinta, bukan kerana mengharap pahala dan takut akan seksanya.

Pastinya kita pernah mendengar kisah seorang wanita mulia. Rabiatul Adawiyah merupakan antara ahli sufi yang kukuh imannya lantaran kecintaannya kepada tuhan Yang Esa. Rabiatul Adawiyah pernah berdoa kepada Tuhan, jika beliau menyembah Allah kerana takut api neraka, maka bakarlah beliau di dalamnya. Dan jika beliau menyembah-Nya kerana tamak akan syurga-Nya, maka haramkanlah dia daripadanya! Bandingkanlah doa seorang manusia yang memanfaatkan setiap saat dalam hidupnya untuk mengingati Allah dengan doa kita manusia biasa. Umpama langit dan bumi bukan?. Persoalannya, mengapakah kita tidak mampu dan takut untuk berdoa seperti Rabiatul Adawiyah?. Tidak lain dan tidak bukan jawapannya adalah iman.

Seperti peringatan Nabi, iman umat akhir zaman umpama senipis kulit bawang. Mudah saja untuk dipecah dan dirosakkan hatta dengan hanya satu jentikan lemah. Usahkan berdoa seperti Rabiatul Adawiyah, memohon pertolongan daripada tuhan pun sukar untuk kita praktikkan setiap waktu dan saat. Cuma, diwaktu kita berdepan dengan masalah dan rintangan barulah kita tadahkan tangan memohon bantuan-Nya. Demikianlah jauhnya perbezaan antara kita dengan manusia hebat seperti Rabiatul Adawiyah. Berbalik kepada lirik lagu Chrisye, benarlah persoalannya. Jika tidak wujud syurga dan neraka, sudah tentu manusia tidak akan menyembah tuhan Yang Esa.

Kerna ancaman syurga dan nerakalah manusia menggerakkan sendi-sendi, urat-urat dan anggota badan untuk menyembah tuhan. Amat sukar untuk kita akui hakikat ini, namun inilah realiti yang berlaku diakhir zaman. Sedang kita diperingat akan ancaman neraka pun masih ada segelintir manusia yang mengabaikan tuntutan Ilahi. Maka, jawapan untuk persoalan Chrisye dalam lirik lagunya sudah tentu manusia tidak akan beribadat dan menyembah tuhan jika tidak wujud ancaman neraka dan ganjaran syurga.

Akhirul kalam, carilah iman dan taqwa sebagai tiang sepanjang kita bernafas, bergerak dan berfikir dalam jasad bernama manusia. Kerna status mayat tidak akan memberikan kita peluang untuk merubah nasib diakhirat kelak. Buat teman sekalian, aku tinggalkan nukilan ini dengan luahan hati Chrisye:

…Sebetulnya ada hal yang sudah mengusik saya, jauh sebelum bertemu Yanti (isteri). Yakni, krisis keimanan saya. Di tengah-tengah kesibukan saya bermuzik, sebetulnya saya merasakan kesepian yang misteri. Saya seperti merindukan sesuatu yang tidak bisa saya gambarkan bentuknya. Diam-diam saya menekuni agama Islam, hingga suatu saat saya menjadi sangat yakin. Saya ingin memeluk Islam…

(Luahan hati Chrisye sebelum memeluk agama Islam pada 1982)

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz