Putus Asa Adalah Tembok Berlin....Robohkan Ia....Kelak Kejayaan Akan Menyusul...

| 0 comments
]

Antara paruh ayam dan ekor gajah, manakah pilihan kita???....

Itulah antara petikan kata-kata seorang tokoh yang dituturkan oleh Prof. Adnan Nawang dalam kuliah terakhirnya. Bagi kita yang pertama kali mendengar ungkapan tersebut, pastinya kepeningan dalam memahami maksud yang ingin disampaikan. Apa bezanya paruh ayam dan ekor gajah???...apa maksud yang ingin disampaikan disebalik penggunaan simbol paruh ayam dan ekor gajah???..pastinya persoalan sebegini berlegar-legar dalam benak kita….

Jawapannya mudah. Kedua-duanya bergelumang dengan taik!. Namun, tetap jua wujud perbezaan antara kedua-duanya. Perbezaannya adalah pilihan!. Ya! Pilihanlah yang membezakan kedua-duanya. Satu ada pilihan dan satu lagi tidak ada pilihan. Paruh ayam, walaupun bergelumang dengan taik, tetap ada pilihan untuk mematuk hidangan lain selain taik. Paruh ayam boleh memilih nasi basi, rumput, buah-buahan dan lain-lain makanan selain taik. Walaupun dikurniakan tuhan dengan saiz yang kecil, tetapi disebaliknya tuhan jadikan ia pilihan yang pelbagai dan luas.

Namun, ekor gajah tidak punyai peluang untuk membuat pilihan. Walaupun dikurniakan tuhan dengan bentuk dan saiz yang jauh lebih besar daripada paruh ayam, ekor gajah tidak mempunyai pilihan sebesar paruh ayam. Ekor gajah tidak akan terlepas daripada melibas dan membersihkan taik. Khidmatnya tetap tidak lekang daripada membersihkan taik. Sekalipun tiada taik yang keluar untuk dibersihkan, ekor gajah tetap digunakan untuk melindungi dan menutup lubang tempat keluar taik yakni dubur. Konklusinya, fungsi ekor gajah tetap tidak boleh lari daripada taik.

Dalam kehidupan kita, Allah telah kurniakan kita dua pilihan yakni baik dan buruk. Dalam setiap perkara didunia ini, dua pilihan ini sentiasa wujud dalam pilihan kita. Umpamanya, jika kita memilih pekerjaan ada dua pilihan iaitu kerja mulia atau baik dan kedua, kerja jahat ataupun kotor. Dalam membuat pilihan, tidak ada manusia yang inginkan keburukan. Tetap jua kebaikan menjadi pilihan. Tetapi, hakikatnya tidaklah sedemikian. Walaupun manusia itu dikurniakan tuhan dengan akal yang sempurna berbanding ayam dan gajah, wujud juga golongan manusia yang memilih keburukan.

Tidak kiralah sebesar manapun keburukan ataupun sekecil manapun kebaikan, kadang kala manusia tetap memilih kejahatan ataupun keburukan. Misalnya, manusia yang memilih untuk menjadi pelacur bukan tidak ada ruang atau pilihan selain dari sisi kotor tersebut. Mereka mempunyai pelbagai pilihan yang sangat luas untuk menampung kehidupan didunia ini. Sebanyak manapun alasan yang diberi, tetap jua tidak dapat menafikan hakikat mereka mempunyai pilihan yang pelbagai selain menjadi pelacur. Sekalipun tidak ada pilihan kerja yang ekslusif, pilihan kerja seperti tukang sapu, orang gaji, buruh kasar dan lain-lain lebih mulia berbanding kerja kotor tersebut.

Begitu juga dengan pilihan kebaikan. Sebesar manapun peluang untuk manusia melakukan kebaikan, manusia tetap tidak mahu memanfaatkannya. Kadangkala manusia rela memilih keburukan berbanding kebaikan. Misalnya, manusia yang dikurniakan tuhan dengan rezeki yang melimpah ruah tidak mahu menggunakannya untuk tujuan kebaikan. Sekalipun beratus ringgit terpaksa dihabiskan untuk mendapat kepuasan di kelab-kelab malam ataupun dimeja-meja judi, manusia kadangkala tidak rela menghulurkan wang yang kecil nilainya hatta satu sen pun untuk didermakan kepada masjid, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan manusia yang amat memerlukan bantuan.

Akhirul kalam, sehebat manapun akal, lidah dan hati kita untuk melambakkan pelbagai dalih mahupun alasan tetap jua kita tidak boleh nafikan hakikat kita dikurniakan pilihan. Kerna Allah kurniakan akallah manusia dituntut untuk berfikir dan memilih jalan yang baik berbanding jahat. Kerna Allah kurniakan lidahlah manusia dituntut untuk berkata baik berbanding jahat. Dan kerna Allah kurniakan hatilah manusia dituntut untuk mengutamakan iman berbanding nafsu. Maka, buatlah pilihan dalam melayari sebuah kehidupan didunia yang fana ini.......

Baehaqie......

0 comments

Post a Comment

Video Rasmi Mr. Diktator

Karya C' Diktator


Get your own Poll!
bT*xJmx*PTEyMjYyOTc2MDY1MTUmcHQ9MTIyNjI5Nzc5Mjc1MCZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gifbT*xJmx*PTEyMjYyOTY3NDY4NzUmcHQ9MTIyNjI5Njc5NTEwOSZwPTUzMTUxJmQ9Jmc9MSZ*PSZvPWJhZGM4OGU5YTlkMTQyNjI5YzhlZTJlY2VlYTg1MWZk.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif
tracking.php?id=916865 Ce service est offert par bloguez.com : Pour la création de

pilihan blogger

ubat tidurrr....zzzz